Entah kenapa makin lama aku makin lali dengan perangai Zafran. Makin lama makin keinginan nak mendekatinya hilang. Pernah juga aku terdengar perbualan Zafran melalui telefon. Kemungkinan besar si pemilik suara yang menelefon Zafran itu adalah Dira. Boleh kira lah berapa kali aku dan Zafran bercakap dalam beberapa minggu ni.
"Puan,"
"Puan!" Aku tersentak. Oh, mengelamun rupanya aku ni. Aku memandang kearah seorang wanita yang segak memakai baju rasmi TUDM.
"Ye, ada apa?" Tanyaku, formal. Bagi aku pangkat dalam dunia ni semua sama. Saling menghormati antara satu sama lain. Aku berpangkat tinggi pun sebab Baba ada pengaruh yang besar dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebabtu Zafran senang senang je dapat masuk TLDM.
"Puan lupa ke harini ada meeting dengan Captain Zafran dekat Pelabuhan Klang," Zapp! Dengar nama Captain Zafran terus mati semua saraf dalam badan. Bos lah ni!
"Pukul berapa ye?" Cuba untuk bersuara profesional padahal dalam hati. Matilah aku. Benci tengok Zafran. Ha semua ada.
"Around 2 p.m." Aku hanya mengangguk dan berkata "terima kasih"
Pegawai tersebut keluar terus menghilangkan diri daripada bilikku. Aku mula mengeluh.
(Cut)
Fuh! Harap-harap meeting ni berjalan dengan lancar. Aku perlahan-lahan menuju ke bilik yang tertera nama 'Kapten Zafran'. Aku ketuk pintu beberapa kali dan kemudian kedengaran sahutan di dalam bilik yang menyuruhku masuk.
Aku melangkah masuk ke dalam bilik Zafran dengan bacaan 'bismillah'. Baru sahaja dua langkah aku masuk ke dalam biliknya aku dapat rasakan bilik tersebut panas membahang.
Zafran sedang memakaikan kotnya kepada seorang perempuan tinggi, langsing dan putih dalam keadaan seperti berpeluk daripada belakang.
YaAllah bagi aku kekuatan.
"Bella.." Mendatar sahaja panggilannya, mungkin tak sangka aku yang akan masuk ke dalam biliknya. Terus Zafran melepaskan perempuan tersebut. Riaksi dua orang di depanku ini nampak begitu terkejut. Well, orang dah buat salah mestilah takut.
Aku tersenyum sinis.
"Excuse me, please call me Puan Bella not Bella." Nampaknya belang Bella dah keluar. Aku cuba bersikap profesional. Work is work. Privacy is privacy. Bukan prinsip hidup aku tapi ia akan jadi prinsip hidup aku tak lama lagi.
Zafran seperti kematian kata. Diam dan terus membisu. Aku jalan mendekati meja kerjanya. Kerja tentera ni ala ala kerja pejabat pulak aku tengok. Zafran seperti berbisik sesuatu di telinga perempuan yang berada di sampingnya. Perempuan tersebut keluar daripada bilik Zafran dengan segera. Sempat juga aku berbalas senyuman dengannya.
Senyum tu kan sedekah.
"Silakan duduk, Puan Bella." Puan Bella ditekan kuat oleh Zafran. Nak perli aku? Tahulah lepasni aku jadi 'Cik'.
Aku duduk berhadapan dengannya. Macam mana gaya orang meeting macam tulah aku dengan Zafran. Dua-dua cuba untuk tidak campur-aduk kan perihal peribadi semasa bekerja. Lagipun aku dan Zafran bekerja di bawah orang so susah sikit nak buat perangai.
"Ingatkan Puan Bella taknak datang tu yang i bemesra dengan bakal wife i tadi." Hati aku macam ditusuk-tusuk oleh berbagai-bagai senjata tajam seperti pisau, lembing, anak panah dan pelbagai. Aku mengawal riak wajahku begitu juga Zafran.
"Sorry i'm late." Aku meminta maaf atas kelewatanku. Bukan aku tak menepati waktu tapi tahu jelah jalan raya negara Malaysia ni. Tak sah kalau tak jammed terutama di kawasan Kuala Lumpur.
"It's okay so kita boleh mulakan?" Aku hanya mengangguk.
Kami membincangkan tentang penarikkan golongan muda ke dalam ATM. Bagaimana nak menarik minat mereka untuk menyertai tentera. Dalam sesi perbincangan ini tidak sangka yang aku dan Zafran ada persamaan. Aku dan Zafran bercadang untuk mengadakan kempen khidmat tentera di sekolah menengah.
YOU ARE READING
Suami Stranger
RomanceKalau mencintai itu senang seperti kata orang lain pasti aku akan mencintai Zafran dengan setulus hati sejak dari awal perkenalan. - Bella Kalau aku tau kau adalah jodohku, aku akan pastikan kau jadi milik aku dari dulu. Aku takkan tinggalkan kau...