Bab29

20.1K 659 20
                                    

Aku pandang belakang badan Zafran dan Zafril yang sedang membuat warm up bersama di halaman rumah selepas pulang dari jogging. Tiada beza. Tiada beza dari segi rupa. Tiada beza dari segi percakapan, sweet talker. Tapi ada satu sahaja perbezaan, perasaan. Perasaan..cinta.

Aku tersenyum sendiri sampai tidak perasan yang Zafran sedang memerhatiku dengan pandangan menggoda. Zafran melambaikan tangannya. Aku hanya menjuihkan (?) kan bibirku.

Zafran berlari anak menuju kearahku. Aku sedikit terkejut dengan tindakan sepantas kilat Zafran. Dia datang kat aku sebab nak peluk ke nak suruh ambil air kosong ni? Eh takkan lah nak peluk aku. Merepek.

"Hi queen." Kata Zafran yang sudah berdiri betul-betul di depanku sambil mengenyitkan sebelah matanya. Aku diam, memerhati.

"Sejak bila dekat rumah Baba ni ada orang putih." Aku jeling Zafran. Zafran tergelak kecil. Zafran nak apa sebenarnya ni, dari semalam gelak macam orang gila.

"Tulah you tu nama je pernah couple dengan abang Ril tapi pasal latar belakang keluarga abang Ril pun you tak tau." Kata-katanya membuatkan aku berkerut. Ha kerut lah selalu, nak cepat tua ke?

"Sibuklah." Kenapa cakap merepek-repek aku ni.

"Actually i mix. Malay dan germany so i memang orang putih lah kan?" Aku hanya membuang pandang kearah taman yang hanya ada pokok untuk dilihat. Meluat betullah dengar Zafran ni meninggi diri.

"Bella.." Panggil Zafran mendayu. Heh, suka buat suara menggoda. Nasib baik aku je selalu dengar suara dia yang gedik ni kalau perempuan lain dengar macam mana? Ha tak ke bermadu aku nanti.

"Nak apa?" Nak cakap tu cakap jelah tak payah nak 'Bella..' 'Bella..'

"I nak.."

"Bella boleh buatkan milo untuk abang." Kata Zafran di potong oleh Zafril. Padan muka! Tulah suka cakap sangkut sangkut. Nasib kamulah suamiku.

"Kejap ye, Bella pergi buatkan."  Aku melemparkan senyuman yang paling manis kepada Zafril. Aku hanya pandang Zafran sekilas, nak je aku jelir lidah.

--------

(Zafran POV)

Abang Ril ni memang.....

"Abang!" Kataku sedikit menjerit dengan menampar kuat lengan abang Ril. Mahu bertumbuk ni, dahlah aku ni jenis panas baran.

"Apa benda, Zaf?" Soal Abang Ril dengan muka terkejut. Mestilah terkejut sebab aku pukul lengan dia tiba tiba dengan kuat dan padu pulak tu. Kalau ada sakit jantung mahu buat doa tahlil malam ni.

"Zaf baru nak sweet sweet dengan Bella tau." Aku membuat suara ala-ala merajuk. Ingat lelaki tak boleh jadi gedik macam perempuan ke?

"Apa? Abang tak fahamlah."

"Dahla abang nak ikut Bella." Kata Abang Ril dan pantas kakinya berlalu meninggalku sendirian.

Hish, bila nak berbaik dengan Bella ada je halangan tau. Ingat ni cerita hindustan ke?

(Cut)

Nak tanya ke tak?

Tanya ke tak?

Ke tak?

Tak?

Ok aku nak pergi tanya!

Aku ketuk pintu bilik Zafran berkali kali. Tiada respon.

"Hish pekak ke!?" Aku cakap sendiri sambil membuat gaya mahu menyepak pintu biliknya, tanpa sedar ada seseorang yang berdiri betul-betul di belakangku. Baru mahu menoleh, badan aku kehilangan keseimbangan dan hampir terjatuh ke belakang tapi nasib menyebelahiku—ada satu tangan mencapai kemas pinggangku.

Suami StrangerWhere stories live. Discover now