Bab38

19.6K 578 7
                                    

Aku celikkan mata perlahan lahan. Mata yang terasa berat bagaikam tidur berminggu minggu. Aku pandang siling (?) atas. Aku pandang ke kiri terdapat  beberapa katil pesakit yang berpenghuni. Dengan keadaan sebegini aku dapat rasakan bahawa aku berada di hospital. Aku imbau kembali saat Melia menikam ku. Kawan yang selama ni boleh dikatakan talam dua muka. Depan lain belakang lain.

Setahun ketika pemergian Zafran ke hungarian aku dan Zafril bersungguh sungguh untuk memulihkan ingatanku. Jujur, mula mula kitaorang mengalami banyak kesukaran dan tak tahu nak mula dari mana dulu tapi lama lama kitaorang dah biasa dan mula dengan seseorang yang bernama Melia,—

Bila diselidik satu demi satu baru aku ingat Melia yang buang semua ubat aku. Melia yang pisahkan aku dan family aku sampai family aku menjauhkan diri dari aku dan membawa diri ke Pulau Pinang. Melia buat semua tu sebab dia berdendam atau lebih tepat tidak berpuas hati dengan apa yang aku miliki. Aku dapat pointer lebih banyak dari dia pun dia nak dengki, rezeki masing masing. Tapi paling Melia berdendam adalah apabila aku berkahwin dengan Zafran. Salah dia juga siapa suruh libatkan aku. Semua maklumat ni aku tau daripada family Melia dan Farith. Bila di bawa berbincang rupanya Farith ni boleh bertolak ansur orangnya. Dia juga mula redha akan kematian Rina.

Sedang sibuk aku mengimbau memori setahun yang lepas gegendang telingaku dapat menangkap suara yang aku rindukan saat aku 'tidur'. Orang yang selalu hadir di dalam mimpi ku dan memberi dorongan dan sokongan untuk aku lebih kuat untuk melawan apa apa sahaja dugaan yang datang menimpa. Kerana orang itu lah aku dapat membuka mata pada hari ini.

Zafran.

"Sayang," sapa Zafran. Muka Zafran pucat dan tak bermaya. Aku kesian kan dia. Kalau aku bertenaga memang Zafran dah tak boleh lepas dari pelukan aku. Aku pandang wajahnya dengan senyuman yang terukir di bibir.

"Kejap biy panggil doktor, sayang jangan tidur balik." Sempat Zafran berpesan kepadaku. Aku hanya mengangguk kecil dan memandang bayangan Zafran yang semakin hilang.

Beberapa minit kemudian seorang doktor perempuan yang agak muda datang bersama Zafran.

Aku di periksa di segenap kawasan badanku. Susah betul jadi orang sakit ni. Sakit dekat tempat lain tempat lain yang dia check.

"Kamu bertuah sebab dia tak tusuk dekat rahim kamu." Jelas doktor muda tadi dengan nametagnya yang tertera nama Haira. Aku mengangguk, faham. Masih lemah.

"Bila isteri saya boleh discharge doktor?" Ketika Doktor Haira sedang menulis sesuatu, Zafran sempat menanyakan soalan. Amboi si suami tak sabar sabar. Aku tersenyum lagi, Zafran selalu mengambil berat tentang aku. Aku rasa bertuah.

"Tak sabar nak bermanja dengan isteri ye Encik Zafran." Kata kata doktor tersebut membuatkan darah aku naik ke muka. Malu bakhang. Eh, aku yang malu asal doh. Kelihatan Zafran meramas rambut di belakang tengkuknya sambil tersenyum.

"Adalah sikit." Jawapan Zafran memang persis orang tak reti malu. Doktor tersebut tergelak kecil.

"Insha Allah kalau Puan Nabella tak ada apa apa puan boleh keluar dalam 2 atau 3 hari lagi." Doktor tersebut memberi penerangan dengan lebih lanjut. Zafran mengangguk, faham.

"Okay saya pergi dulu eh? Kalau ada apa apa boleh cakap dengan nurse dekat kaunter tu." Sambung Doktor Haira lagi. Aku dan Zafran mengangguk serentak.

Kelibat Doktor Haira semakin menghilang. Aku pandang wajah Zafran yang sudah sedia duduk di atas kerusi berdekatan dengan katil yang menempatkan aku.

"Sayang, biy rindu," mendayu suara Zafran. Oh babe, i cannotlah. Aku senyum, manis. Zafran genggam tanganku kuat, lagak seperti aku dah tinggalkan dia lama sangat.

Suami StrangerWhere stories live. Discover now