Rasa janggal sangat bila jalan berdua-duaan dengan Zafril. Perasaan yang berbeza berbanding masa aku dan Zafril sedang bercinta dulu. Aku tak selesa. Aku lebih selesa bersama Zafran walaupun dia selalu menyindir dan 'mengaum'.
"Awak termenung apa?" Tegur Zafril setelah sekian lama aku mendiamkan diri berfikir tentang perasaan ku yang bercampur. Aku senyum paksa.
"Tak ada apa apa." balasku sambil meneguk air jus epal yang di-order sebentar tadi. Kelihatan riak wajah Zafril yang kurang puas hati dengan jawapan ku.
"Awak tengah fikir something kan Bella? I know." Kata kata Zafril bagaikan membuat semua aliran darahku berhenti. Jujur aku kata Zafril lebih mengenali ku berbanding Zafran. Aku diam, membisu.
"Mana awak hilang Bella? Saya ingat awak dah meninggal sejak kemalangan kapal karam tu" sambung Zafril dengan pandangan yang redup. Zafril, please jangan pandang saya dengan muka macamtu—ia buat saya makin simpati dengan awak.
"Saya masuk hospital lain sebab hospital yang awak stay tu dah full" balasku sambil mengeluh. Sebab kemalangan tu jugak lah aku amnesia. Sejak tu jugak Zafril tak pernah cari aku.
"Saya?" Soal Zafril agak terkejut. Eh dah kenapa? Betullah dia yang masuk hospital tu atau dia pun amnesia macam aku.
"Yelah, awak—" aku sudah berngerutkan dahiku. Sihat tak Zafril ni?
"Oh ha—betullah saya. Hehehe" aik? Aku sudah memandangnya dengan pandangan pelik. Something wrong. Zafril ada rahsia kan apa apa ke?
"Saya kena balik cepat ni tak boleh lama lama takut Zafran marah." Aku memberi alasan padahal Zafran tak kesah pun. Huh, sakit pulak hati ni bila ingat kata kata Zafran selepas balik dari rumah baba haritu.
"Tapi saya call Zafran malam tadi," muka aku sudah memaparkan riak terkejut. What? Ah apalah yang dibualkan si kembar ni.
"Dia kata awak boleh balik lewat sikit, dia izinkan." sambung Zafril dan tersenyum ikhlas. Aku hanya menggaru belakang tengkuk ku yang dibaluti kain tudung chiffon dan tersenyum. Sekali lagi senyumku dibuat buat.
"Awak patut cakap 'thank you' dekat Zafran sebab bagi kita dating harini." Kata Zafril sambil senyum dengan meneguk kopi americano nya. Zafril memang murah dengan senyuman sebabtu semua perempuan pun boleh 'cair' bila duduk berdua-duaan dengan dia. Aku pun boleh 'cair' tapi semua tu waktu dulu—lama dulu. Sekarang ni senyuman Zafran jugak yang aku selalu nantikan.
"Zafran ada suruh saya fikir masak masak" aku mula buka bicara setelah aku dan Zafril masing masing mendiamkan diri. Ha, malaikat lalu lah tu. Ok melawak je!
"Fikir masak masak? Macam mana nak masak sambil fikir dan macam mana nak fikir masa masak? Eh peninglah" Zafril cuba melawak tapi dia pulak yang pening dengan lawak sendiri. Aku menahan diri daripada gelak. Zafril such a perfect guy. Bagi aku Zafril sempurna, tiada cacat cela.
"Ok ok be serious Zafril." Aku cuba memberhentikan lawaknya yang memang berkesan bagiku. Zafril kini memaparkan riak serius nya tapi sempat pulak dia buat wink kearah aku sambil smirk. Damn, hot. Aku melarikan pandangan.
Ni minum-minum biasa ke atau sambil menyelam minum air?
"Zafran suruh saya pilih antara awak dan dia." Kataku sekali nafas. Kelihatan muka Zafril berubah. Zafril kembali menarik cawan kopi nya dan diteguk perlahan lahan. Aku pula membuang pandang ke luar cafe.
"Heh, dia tu suka sangat give up sebelum bertanding." Kata kata Zafril sangat sinis. Aku tahu dia tujukan untuk siapa. Mestilah, Zafran!
"So saya decide—" belum sempat aku menghabiskan ayatku tiba tiba aku terpandang kearah dua manusia yang sedang memimpin tangan. Salah sorang daripada dua makhluk Allah itu aku kenal. Zafran dengan seorang wanita. Terus mati kata kataku akibat melihat adegan tidak berbayar itu.
Zafril turut memalingkan muka kearah pandanganku. Zafril bangun dahulu mendekati Zafran diikuti aku.
Sampai sahaja di depan Zafran, Zafril terus melayangkan satu tumbukan yang sangat padu kearah muka Zafran. Zafran rebah ke lantai. Perempuan di sebelah Zafran terus mendapatkan Zafran dan meribanya.
"Bodoh!" Maki Zafril. Ini pertama kali aku mendengar Zafril marah dengan memaki orang dengan sedemikian rupa. Aku bagai patung cendana— diam, tidak bergerak apatah lagi bercakap. Hati aku mulai sakit.
Zafran berdengus dan mengaduh "I nak bangun lah Rina" kata Zafran sambil dibantu oleh perempuan yang bernama Rina. Perempuan yang aku tahu hanya pada nama bukan rupa.
"Abang kenapa?" Soal Zafran sambil mengurut ngurut pipinya yang kelihatan kebiru biruan akibat di tumbuk oleh Zafril. Zafril sudah mengenggam penumbuk. Geram barangkali.
"Sorry tertumbuk." Kata Zafril dengan riak muka bengis. Riak yang jarang aku lihat.
Perempuan di sebelah Zafril sudah memeluk lengan sasa milik Zafran. Aku hanya menjadi pemerhati. Hati ni tak payah cakaplah, rasa nak pecah pun ada.
"Gila ke? Sakit tau!" Zafran meninggikan suaranya. Zafril pula sudah tersenyum sinis.
Rina di sebelah Zafran kelihatan keliru mungkin sebab depan dia sekarang ada dua 'Zafran'.
"Saya decide nak pilih Zafril." Celahku dengan senyuman yang paling terpaksa aku hadiahkan untuk Zafran. Baik aku mencelah sebelum pipi Zafran penuh dengan lebam akibat ditumbuk bertubi tubi dengan Zafril.
Zafril terus menoleh kearahku dengan wajah tidak percaya. Percayalah Zafril, ni jawapan saya. Aku pergi meninggalkan Rina, Zafran dan Zafril. Diaorang dah besar so pandai pandailah diaorang nak settle kan masalah ni.
------------
"Bella.."
"Bella.."
"Bella.."
Kedengaran suara Zafran memanggil manggil namaku. Haih, malasnya nak keluar daripada bilik. Dengan langkah paling perlahan aku berjalan menuju ke pintu bilik.
Aku membuka pintu bilik dengan malas. Bosanlah kalau asyik nak gaduh je setiap hari.
"Bella, kita kena berbincang" Kata Zafran selepas melihat aku memulas tombol pintu bilik. Aku datang merapati Zafran dengan langkah yang longlai. Bincang? Bincang apa lagi Zafran, huh. Dahla kepala berdenyut semacam je lepas tengok adegan sweet bertukar adegan tumbuk menumbuk tadi. Mood nak bercakap memang hilang seratus peratus.
"Saya dah decide so keputusan kat tangan awak. Saya redha kalau awak betul betul nak lepaskan saya." Mataku sudah berkaca. Aku tak pernah selemah ni dengan lelaki. Zafran tarik tanganku perlahan.
"I tak ada maksud pun nak—" kepalaku kembali berdenyut dan dunia kini berpusing. Aku kerdipkan mata beberapa kali tetap berpusing. Pandangan mula kabur dan kaki mula lemah dan longlai.
"Bella kenapa ni?" Soal Zafran, dia mendakapku apabila aku hampir terjatuh mencium lantai. Aku kini berada di dakapan Zafran. Akhirnya air mataku jatuh. Kenapa Zafran kena amek berat pasal aku bila semuanya akan berakhir tak lama lagi.
Pandanganku semakin kabur dan mulai gelap.
---------
Yeah author update xD sebabkan author akan tinggalkan semua reader dalam seminggu so author update lah ye. ^^
Jangan emo sangat bila baca. Hihi.
YOU ARE READING
Suami Stranger
RomanceKalau mencintai itu senang seperti kata orang lain pasti aku akan mencintai Zafran dengan setulus hati sejak dari awal perkenalan. - Bella Kalau aku tau kau adalah jodohku, aku akan pastikan kau jadi milik aku dari dulu. Aku takkan tinggalkan kau...