Letak roti, letak salad, letak sos cili bentuk smiley (?), letak kepingan sosej, letak salad again and akhir sekali roti dan...tadaaa dah siap breakfast yang penuh kasih sayang daripada Bella untuk Zafran.
Kelihatan Zafran berjalan menuruni tangga. Aku segera mendapatkannya dengan membawa sandwich yang aku sediakan sebentar tadi.
"Awak tengok ni saya buatkan sandwich untuk awak." Kataku dengan lemah lembut sambil menghulurkan roti sandwich kepada Zafran. Zafran tersengih sinis.
"Its okay Bella, i nak pergi breakfast dengan Dira. You makan jelah sandwich ni." Zafran menolak pelawaanku dan mula melangkah menuju ke keretanya. Kereta yang aku sering pandu ketika ketiadaannya di Malaysia. Dira? Nama yang agak baru bagiku. Huh, dulu Rina sekarang Dira. Nice Zafran.
Aku berlari anak menuju kearah Zafran. Zafran sudah menghidupkan enjin keretanya, hampir sahaja dia menekan minyak nasib aku baik sebab sampai sesaat lebih awal.
Aku ketuk tingkap keretanya yang agak gelap berkali kali. Di tanganku masih terletak elok sandwich yang aku buat.
Zafran turunkan tingkap keretanya perlahan-lahan dan mengangkat sebelah keningnya.
"I dah cakap yang—" aku mematikan kata kata Zafran dengan menyuapkan sandwich yang aku pegang tadi ke mulutnya. Perlahan-lahan Zafran mengunyah kerana takut tercekik.
"Setiap hari saya akan seksa awak dengan cara macam ni. Bye" kataku sambil flip hair dan masuk ke dalam rumah. Wooh dalam perkarangan rumah kan so takpe kalau tak pakai tudung lagipun rumah Baba ni jauh dengan jiran yang lain, banglo lah katakan.
Well betul lah peribahasa kata malang tidak berbau. Peribahasa ke tu? Hahahaha. Zafran turun daripada keretanya dan menarik pergelangan tanganku. Aku kini menghadapnya.
"Maksudnya setiap hari you kena main game ni dengan i." Katanya, tersengih. Stoplah sengih macam nak sindir aku macam nak kutuk aku macam nak terkam aku. Stop boleh kan? Aku sudah mengerutkan dahiku. Game?
"Game apa? Ha kalau main kiss kiss saya suka lah." Aku cuba untuk loyar buruk dengan Zafran tapi tak jadi pulak sebab Zafran terus menekan kedua belah pipiku dan menyumbatkan sandwich yang digigitnya tadi ke dalam mulutku dengan muka serius.
Semua anggotaku bagaikan di paku terus sahaja kaku dan menanti akibat yang seterusnya.
"Saya nak bagi direct kiss melalui roti sandwich lah ni." Sinis Zafran lalu menggigit hujung roti yang bertentangan. Makin lama mukanya makin dekat. Makin lama juga makin aku rasakan semua darah naik kemukaku.
Dalam beberapa inci sahaja lagi bibirnya akan melekap dibibirku. Aku cuba untuk tidak mengalah dengan membuka mata dan berdiri tanpa bergerak. Zafran turut merenung anak mataku sambil mulutnya tidak henti henti menggigit sandwich.
Anak matanya seperti memberitahu ku bahawa 'taknak menyerah kalah ke?' Aku tetap dengan kedegilan ku. Bella sanggup buat apa sahaja asalkan Zafran kembali kepadanya. Aku bermonolog sendirian.
Idea jahat aku mula menerjah ke dalam kotak fikiran ku. Kedua tanganku perlahan lahan melingkar di lehernya Zafran. Aku meramas belakang rambutnya dengan lembut. Muka Zafran terus berubah riak. Aku senyum dalam diam. Yes, berjaya. Kelihatan kedua dua belah telinga Zafran telah merah padam.
Entah kenapa aku suka dengan apa yang aku buat pada Zafran ketika ini. Tanpa aku sedar ada satu tangan menjalar di pinggangku. Tangan Zafran! Aku hampir melepaskan roti sandwich yang ku gigit.
No, aku tak boleh biar Zafran menang. Aku meramas belakang rambutnya lagi manakala Zafran makin liar dengan meramas pinggangku dan makin keatas sehingga aku terjerit dan melepaskan roti sandwich tersebut.
YOU ARE READING
Suami Stranger
RomanceKalau mencintai itu senang seperti kata orang lain pasti aku akan mencintai Zafran dengan setulus hati sejak dari awal perkenalan. - Bella Kalau aku tau kau adalah jodohku, aku akan pastikan kau jadi milik aku dari dulu. Aku takkan tinggalkan kau...