"Waalaikummussalam" siapa pulak ni? Harap harap bukan pencegah maksiat lah ye sebab aku dengan Zafran memang dah sah menikah, aku rasa lah. Err, makin fikir makin sakit kepala.
"Maaf puan, ni ada sikit lauk pauk dari surau berdekatan. Kami ada buat kenduri kesyukuran tadi untuk pembukaan surau baru.." Oh, orang surau rupanya..nasib baik. Aku tersenyum dan menyambut hulurannya.
"Ni je yang kami ada, rasalah ye." Aku mengganguk dan berkata " terima kasih " sambil tersenyum.
"Kami pergi dulu ye, assalammualaikum" permisi lelaki yang berjubah itu. Aku hanya mengangguk sekali lagi dan membalas salamnya.
Aku tutup semula pintu rumah —perlahan. Aku bawa bungkusan makanan yang diberikan lelaki tadi menuju ke dapur.
Alhamdulillah, rezeki aku dengan Zafran harini. Tak payah makan luar dan paling best TAK PAYAH MASAK! Kahkahkah.
Aku hidangkan lauk pauk yang diberi di atas meja. Banyak betul lauk dia. Ada ayam masak kurma. Asam pedas. Kari ikan. Sayur campur dan beberapa potong tembikai susu. Uish kalau makan berdua ni memang tak habis. Apa kata ajak Kak Mira dengan Melia makan malam dengan kitaorang. Yes! meriah sikit rumah ni.
Aku mencapai handphone ku yang berada di atas rak. Aku mula menaip mesej kepada Melia.
To: Melia
Text : Kau kat mana?Dalam beberapa minit kemudian mesej masuk. Aku segera menekan notification di handphone ku.
From : Melia
Text : Rumah ja. Kenapa?Cun dah tu! Aku boleh ajak di makan malam sama sama.
To : Melia
Text : Jom dinner dengan aku.Aku menunggu hampir 10 minit baru mesej daripada Melia sampai.
From: Melia
Text : Boleh, dekat mana?Yeah! Ni yang buat aku sayang kau ni Melia.
To: Melia
Text : Nanti aku bagi alamat.Ok Melia done √. Siapa pulak eh? Ha Kak Mira.
Aku mula mencari nombor Kak Mira untuk di dail. Ok dah jumpa. Aku tekan button hijau di skrin telefon.
Tutt!
Tutt!
Tutt!
"Nombor yang anda dail.." Eh aku nak dengar suara Kak Mira bukan perempuan ni. Ah call lagi lah.
Tutt!
Tutt!
Tutt!
"Hello.." Kedengaran suara Kak Mira di sebalik speaker handphone ku. Aku sudah tersenyum riang. Dapat pun telefon, ingatkan taknak angkat call aku tadi.
"Kak Mira ni Bella. Kak Mira free tak malam ni?" Soalku tergesa gesa. Kredit tinggal rm2.10 ni kena cepat dan pantas kalau tak nak cekup kredit siapa. Kedengaran agak bising dan bingit, sakit telinga. Aku tak dapat nak kesan Kak Mira kat mana sekarang ni.
"Akak kat side sekarang ni. Malam ni akak ada dinner dengan pekerja. Sorry ye Bella. Kenapa, malam ni ada something special ke?" Ala, Kak Mira ni asyik kerja je. Aku mula mengeluh. Tak bestlah kalau takda Kak Mira.
"Takda apa apa lah kak. Kerja elok elok bye" balasku. Malas mahu menggangu Kak Mira kerja. Dah la aku banyak kali ganggu, kacau, meroyan dengan Kak Mira. Kali ni biarlah Kak Mira dinner dengan pekerja semua. Aku dah ada Melia pun ok.
[Pukul 8.00 malam]
"Mana Melia ni.." Aku sudah mundar mandir mengelilingi sofa panjang milik Zafran. Zafran yang duduk di sofa tersebut pun dah naik pening asyik tengok aku ke hulu hilir tanpa henti.
"I pening lah tengok you ni. Duduk boleh tak?" Pinta Zafran. Aku hanya menggeleng. Tak boleh nak cakap apa apa waktu genting macam ni. Kot kot Melia tak jadi datang ke? Ha macam mana? Terpaksa makan dua orang je dengan si Zafran singa ni. Taknak aku.
"Duduk!" Suara Zafran tegas apabila melihat gelengganku sebentar tadi. Automatik aku terduduk di sebelahnya.
"Boleh pun duduk, ingatkan bontot ada bisul" ewah ewah sedap je mulut tu kata bontot aku ada bisul. Habistu mulut dia yang banyak cakap tu sebab banyak makan bontot ayam lah kan? Aku hanya menjelingnya.
Beberapa minit kemudian loceng rumah Zafran berbunyi. Eh rumah dia ada loceng? Habistu orang petang tadi ketuk? Ha tak tau lah tu rumah ni ada loceng.
Aku terus meluru laju menuju ke arah pintu. Aku membukanya dengan penuh teruja. Bila bukak je pintu terpancul lah muka yang paling aku rindu, Melia.
"Weh rindu" kataku sambil memeluk Melia, Melia membalasnya. Aku melepaskan pelukan dan menarikkannya untuk masuk ke dalam rumah.
"Aku ingatkan kau tak datang" mulutku sekarang seperti komputer, ada je benda aku nak cakap. Tak sempat nak pelawa Melia duduk.
"Mestilah datang" Melia turut tersenyum dan mencuit sedikit bahuku.
"Jom makan, i dah lapar" perbualan kami tergantung akibat singa kebulur. Dia dah makan kot petang tadi sibuk nak makan lagi. Aku hanya menjergilkan mata.
"Jom makan. Kita sambung sembang dekat meja makan eh" sambungku selepas percakapan aku dengan Melia di potong oleh singa kebulur. Aku menarik Melia menuju ke meja makan manakala Zafran sudah terlebih dahulu berada di meja makan.
Hampir 10 minit kami bertiga duduk di meja makan tapi suasana di situ amatlah janggal dan krik krik, aku je yang banyak cakap. Zafran? Dia bukak mulut untuk makan je. Melia tu kalau aku tanya dia jawablah.
Dengan tiba tiba nya Zafran membuka mulut untuk bercakap tapi bukan dengan aku tapi dengan Melia. Ha banyak kau tapi dia!
"So you lah Melia?" Soal Zafran. Melia kelihatan terkebil kebil. Aku hanya melihat drama mereka. Ada sedikit cemburu tapi aku jauhkan perasaan tu. Aku tak layak.
"Err..aah" jawab Melia sambil mukanya di tundukkan sedikit. Jarang Melia malu dengan orang sampai kena tunduk sebegitu rupa.
"Stop call i malam malam. Rimas" dari lontaran suara Zafran, aku dapat rasa yang dia tak suka Melia makan malam dengan kitaorang tapi kenapa? Kenapa Melia kenal Zafran sampai boleh call setiap malam? Kenapa aku tak tau semua ni? Zafran bangun — mengangkat pinggan dan membasuhnya manakala Melia masih menunduk.
"Sorry tau sebab Zafran cakap kasar macam tu" aku pulak nak minta maaf bagi pihak dia. Tah apa apa lah si singa ni, tak reti jaga hati orang langsung. Ketika aku cuba memujuk Melia, kelihatan Zafran melintasi aku dan Melia yang masih berada di meja makan.
Melia turut bangun dan meminta izin untuk pulang. Aku hanya mengganguk dan menghantarnya menuju ke pintu. Aku tak mampu nak hantar Melia sampai bawah sebab aku takut aku sesat. Nampaknya Zafran betul betul dah malukan Melia depan aku. Nasib baik aku dah ceritakan semuanya pasal Zafran dekat Melia so takdelah Melia salah faham nanti.
Aku berjalan menuju ke arah Zafran yang sedang ralit melihat cerita kartun di TV.
"Awak dah rosakkan dinner kita tau tak" marahku. Tahap kesabaran aku dah hampir di penghujungnya. Selama ni aku diam je dengan perangai dia yang annoying tu tapi kali ni Zafran dah melampau.
"Kita?" Zafran ni main soal soal pulak dia. Makin geram pulak aku tengok muka dia ni.
"Yes. Kita. You, Melia and me" ha kalau tak faham lagi tak tau lah aku nak cakap apa. Zafran hanya mengangguk. Err angguk angguk, tampar kepala tu kang.
"Done? Ok i nak masuk tidur. Goodnight" balas Zafran sambil mengangkat bontot menuju ke biliknya. Biadap betullah, orang belum habis cakap lagi dah bla macam tu je.
Aku hanya memandang pemergian Zafran dengan pandangan kecik—besar je.
--------
YOU ARE READING
Suami Stranger
RomanceKalau mencintai itu senang seperti kata orang lain pasti aku akan mencintai Zafran dengan setulus hati sejak dari awal perkenalan. - Bella Kalau aku tau kau adalah jodohku, aku akan pastikan kau jadi milik aku dari dulu. Aku takkan tinggalkan kau...