(Zafran POV)
Sengaja aku duduk di sofa yang mempunyai tiga tempat duduk. Muat muat aku, Auni dengan Mama je manakala Baba duduk di kerusi single. Bella takda pilihan, dia kena duduk dengan Zafril di kerusi yang mempunyai dua tempat duduk.
Aku perhati dua mahkluk di depanku. Bella pandang aku, Zafril pandang Bella. Hati aku sakit. Aku kalihkan pandangan.
"So bila dah berkumpul ni elok lah Baba nak cakap pasal jawatan Ril dalam syarikat Baba" Baba memulakan perbualan dengan topik 'jawatan'. Topik yang amat bosan bagiku. Mataku masih setia memandang Baba. Yelah, takkan nak pandang adegan dating tak jadi Zafril dengan Bella kot.
"Baba nak lantik Zafril jadi COO dalam syarikat Ziz Cooparation." Aku mengangguk. Not bad jugak jawatan yang baba bagi dekat abang ni. Tapi aku sikit pun tak ada hati nak jejak syarikat tu maybe sebab bukan minat aku. Aku mana suka duduk dalam bilik yang ada aircond lepastu menghadap komputer 24jam. Baik tidur kalau macamtu. Lagi satu kalau aku jejak je syarikat tu mesti semua staff perempuan tak boleh buat kerja. Elok lah abang yang control, lagipun dia single. Tu pun kalau dia taknak Bella balik lah.
"Ril ok je Ba" balas Zafril dengan cara profesional. Aku pandang sekilas kearah Zafril. Masa kat U amek undang-undang tapi jadi COO syarikat Baba. Apalah!
"Zaf diam je kenapa?" Sapa Baba ketika melihat aku mengelamun jauh. Aku tersentak dan terus menoleh memandang Baba. Semua mata tertumpu kepadaku.
"Zaf takda benda nak cakap so Zaf diamlah Ba" jawabku sambil mengurut belakang tengkuk. Sempat aku melihat Bella yang sudah memandangku dengan pandangan redup. Dia tersepit ke bila ada Zafril? Takkan lah. Dia mana suka aku lagi lagi nak stay dengan aku sampai akhir hayat dia.
"Dari dulu Baba suruh Zaf yang urus syarikat tapi Zaf kata tak minatlah apalah, banyak je alasan" Baba mula berleter. Aku hanya tersenyum paksa.
"Zaf kan dah besarlah sayang. Taulah dia nak urus diri macam mana. Kalau dia tak reti berdikari takdanya si Zaf ni kahwin dulu daripada Ril" Mama mula mencelah. Aku tak tau nak senyum ke nak tumbuk orang sekarang ni. Berdikari apanya ma kalau Zaf sendiri tak boleh bahagiakan anak dara orang.
"Saya taulah. By the way, selamat datang ke keluarga Zakaria ye Nabella Izaty." Kata Baba, menyambut baik kedatangan Bella di dalam keluarga ini. Kini, semua mata mula tertumpu kearah Bella. Bella sempat menunduk malu dan berkata "Terima kasih"
Bella ni semua benda dia buat aku nampak comel. Haih angau betul kau ni Zafran.
"Mama nak mintak maaf sebab pernah tengking kamu atau sakitkan hati kamu. Mama taknak Zaf terluka macam Ril je" sambung Mama dengan nada ikhlas. Baguslah kalau mama dengan Bella dah berbaik. Bella bangun daripada tempat duduknya. Sebelum itu Bella sempat menjeling abang Ril ketika mama menyelitkan nama abang di dalam percakapannya.
Bella datang kearah mama dan memeluk mama. Mama sedikit terkejut tapi tidak menolak pelukan Bella malah makin dieratkan.
Bella berkata "Bella pun nak mintak maaf kalau Bella ada buat salah." Suaranya kedengaran sayu.
"Its okay Bella, benda dah lepas. Kita start buku baru, ok" Drama ibu dan menantu pulak menjadi tatapan keluarga Zakaria. Bella meleraikan pelukan dan mengelap sisa air mata nya. Bella jangan nangis! Kau buat aku nangis sekali tau!
Bella kembali duduk di sebelah Zafril kelihatan Zafril menghulurkan Bella sapu tangan berwarna biru laut. Bella menyambutnya tanpa menolak tetapi perkara yang menyakitkan hati apabila tangan mereka mula berlaga dan mata mereka bersatu antara satu sama lain seperti mereka sedang bercinta.
Aku tak sanggup nak tengok semua ni lagi. Aku kena bagi alasan supaya tak duduk kat sini tengok drama free ni.
"Zaf nak smoke kat luar jap" aku mengangkat punggung dan berlalu kearah pintu utama rumahku menuju ke taman. Kedengaran mama dan baba memarahiku.
YOU ARE READING
Suami Stranger
RomanceKalau mencintai itu senang seperti kata orang lain pasti aku akan mencintai Zafran dengan setulus hati sejak dari awal perkenalan. - Bella Kalau aku tau kau adalah jodohku, aku akan pastikan kau jadi milik aku dari dulu. Aku takkan tinggalkan kau...