"I need your help," kata Zafran sedikit berbisik di telingaku dengan dagunya ditongkatkan di atas bahuku.
Aku bilas tanganku yang basah dan berpusing menghadap Zafran. Zafran membuat muka kasihan.
Laa, dah kenapa pulak dia ni. Aku kemudian pandang sandwich yang berada di meja makan—tak diusik, maksudnya Zafran tak menjamah lagi.
"Kenapa ni?" Suaraku bersimpati. Ewah makin pandai pulak aku buat suara isteri solehah. Zafran menurunkan anak matanya menuju ke tangan kanannya. Aku turut sama mengikut ekor matanya.Di tapak tangan Zafran ada tali leher berwarna hitam. Aku pandang tali leher tersebut dengan kerutan.
"Kenapa dengan tali leher?" Kataku ingin kepastian. Takkan pakai tali leher pun tak reti. Habis selama ni dia pakai macam mana?
"Abang tak reti pakai tie lah sayang. Boleh tolong?" Pinta Zafran sambil menggaru belakang tengkuknya. Aku pandang Zafran dengan jelingan. Ni tektik nak mengada ngada ke? Banyak tengok drama sangat si Zafran ni.
"Sorry saya busy." Aku flip hair sambil berpusing semula menghadap sinki yang dipenuhi pinggan dan mangkuk. Dalam sesaat aku menghadap sinki terus pinggangku dirangkul.
Posisi seperti tadi.
"Sayang betul-betul nak dapat satu football team ke?" Ugut Zafran. Mukaku sedikit memerah tapi aku kawal dengan hanya memfokuskan untuk membasuh pinggan. Padahal dalam otak fikir macam macam.
'Betul ke nak satu football team?'
'Kalau betul macam mana?'
Bermacam macam yang difikirkan olehku sehingga lupa Zafran masih memelukku dan kali ini tangannya makin gatal meraba raba pergelangan tanganku membuatkan aku tersentak.
"Zafran, apa ni! Saya nak basuh pinggan lah." Aku sedikit meninggi suara di situ. Terkejut campur gementar. Zafran menarik muka dan melepaskan pelukan.
Berdosa lagi.
"Zafran." Aku tarik tangan Zafran, lembut. Riak wajah Zafran tenang, tak macam marah tapi aku tau dia mesti terasa dengan kata aku tadi.
"Takpelah sayang. Abang boleh buat sendiri." Katanya dan mula membelit tali leher tersebut di lehernya. Siap sahaja mengikat tali leher aku tenungnya, lama.
Aku tersenyum sendiri menyebabkan Zafran memandangku pelik dan mengangkat sebelah keningnya.
"Comel jugak husband Bella ni bila merajuk." Kataku sambil mencubit kedua belah pipi Zafran. Zafran sedikit berkerut. Tangan aku kemudian jatuh kepada tali lehernya.
"Tadi marah sekarang..." Nada suara merajuk Zafran dah keluar. Aku makin melebarkan senyuman. Adoi, makin lama makin comel pulak suami aku ni.
"Sorrylah. Meh saya betulkan tie awak ni." Kataku sambil membetulkan tali lehernya yang kelihatan longgar. Sedang aku membetulkan tali lehernya dapat ku rasakan mata Zafran tidak lekang memandangku. Ehem, lawa sangat ke aku pagi ni.
"Sayang.." Zafran memagut (?) daguku supaya mendonggak memandangnya. Aku hanya menurut. Aku pandang anak matanya yang berwarna hazel. Mata yang lama sangat aku tak tenung. Aku senyum dalam diam.
"Kita pergi honeymoon nak?" Dengar sahaja perkataan haneymoom terus otak aku berfikir tentang malam pertama. Dasar Bella gatal. Hahahaha.
"Hmm.." Aku agak ragu ragu untuk berkata dan akhirnya di potong oleh Zafran.
"Takkan pergi honeymoon pun tak sedia lagi." Aik, menyidir nampak. Deep tau. Aku jelingnya.
"Boleh je tapi saya kena mintak cuti awal awal lah. Bila nak pergi? Kalini honeymoon kan, bukan duduk hotel lagi." Wow, tiba tiba tahap keyakinan diri melonjak. Zafran sudah tersengih memandangku.
YOU ARE READING
Suami Stranger
RomanceKalau mencintai itu senang seperti kata orang lain pasti aku akan mencintai Zafran dengan setulus hati sejak dari awal perkenalan. - Bella Kalau aku tau kau adalah jodohku, aku akan pastikan kau jadi milik aku dari dulu. Aku takkan tinggalkan kau...