Harini kelas aku bermula seperti biasa selepas cuti semester yang panjang dan agak membosankan kerana terpaksa menghadap muka si Zafran tiap tiap pagi tiap tiap tengah hari tiap tiap malam tiap tiap hari. Kalau tak menyakitkan takpelah ni asyik nak cari pasal je.
Pasal surat cerai tu? Dia dah koyak kertas tu. Mula mula muka aku memang nak buat riak terkejut nak mampus tapi cover lah konon aku tak suka dia. Pui, drama je lebih Bella ni.
Pensyarah sedang membebel memberi penerangan di hadapan aku yang berada di belakang hanya main pen dan termenung sehingga habis waktu kelas. Nampak dah aku bukan calon dekan.
Aku mengatur langkahku menuju ke kedai buku. Aku nak cari novel novel cinta yang terbaru.
Sampai sahaja di dalam kedai buku tersebut aku jadi rambang mata. Omg banyaknya buku best best. Tak boleh tinggal satu pun buku keluaran terbaru ni. Aku melihat buku tersebut satu persatu sampai aku tak sedar yang aku sedang melanggar seseorang.
"Auch, sorry encik!" Aku memohon maaf di atas kebiadapan ku melanggar lelaki tersebut secara tak sengaja. Nasib baik dia tak pegang buku kalau tak jadi drama pulak kat sini. Drama kutip kutip buku.
Lelaki tersebut mengangkat muka dan tersenyum tapi muka lelaki macam muka..
"Farith!?" Selepas aku menyebut terus lelaki tersebut tersentak. Sah dia memang Farith! Farith ingin melarikan diri tetapi aku lagi tangkas daripada dia. Aku sempat menarik belakang bajunya. Kalau dia taknak baju dia koyak kenalah dengar apa yang aku nak cakap dengan dia.
"Nak lari mana?" Aku sudah mengangkat sebelah keningku. Aku cuba untuk memerlinya. Dia ingat aku tak boleh cari dia ke?
"Aku—aku—" kata Farith tergagap gagap. Aku hanya menanti jawapannya dengan muka yang penuh sindiran. Kau nak main main dengan aku ye Farith, ok boleh je.
"Aku setia mendengar ni Farith" potongku. Tanganku masih mengggengam hujung bajunya. Takut lari lah katakan. Muka Farith mula kelihatan serba salah. Ah kau memang salah nak buat muka serba salah pulak.
"Bukan aku sorang yang kenakan kau malam tu" tanpa di ajukan soalan, Farith sudah tahu jawapan nya. Nice shot Farith. Kau tipu aku! Takkan lah kau bersubahat dengan orang lain? Tak guna punya jantan, menyesal aku jadikan kau crush.
"Perlu ke kau buat aku macam tu? Kalau nak tolak cinta aku pun tak payahlah sampai kahwin kan aku dengan mamat annoying tu!?" Kataku separa menjerit. Geram betullah kalau tengok muka Farith ni. Dah takda makna bila pandang Farith terus nampak bintang. Hilang dah semua bintang tu. Farith hanya membuat muka simpati. Err please lah bukan simpati yang aku nampak sekarang tapi menyampah!
"Aku geram dengan Zafran sebabtu aku kena kan dia. Sebabtu aku buat korang berdua kena tangkap basah. Biar dia rasa siapa suruh dia rampas Rina daripada aku." Jelas Farith dengan riak muka bengang. Ye, dia betul betul marah. Aku sudah mengecilkan mataku memandangnya.
"So kau babitkan aku?" Soalku. Dia benci Zafran tapi dia babitkan aku? Ok nonsense. Sangat tak munasabah! Tapak tangan aku ni rasa macam nak melekat je kat pipi dia nasib baik tangan ni masih boleh di kawal.
"Melia yang babitkan kau! Dia suka Zafran tapi dalam masa sama dia benci tengok Zafran dengan Rina. Dia psiko!" Jerit Farith dengan nada tak puas hati. Sabar aku dah melebihi tahap. Tapak tanganku terus menghinggap di pipi Farith.
"Jangan babitkan kawan aku dalam hal ni!" Kali ni aku mula yang menjerit. Orang sekeliling yang membeli buku aku hiraukan walaupun aku dapat rasakan daripada ekor mata aku yang sedang banyak mata mata memerhatikan adegan tampar menampar dan bertengkar aku dengan Farith.
"Kau pun sama gila dengan kawan kau—Bella, sama gila!" Balas Farith tetapi dengan nada suara yang agak perlahan sambil tangannya sibuk membelek mulutnya. Tak sumbing pun mulut kau kalau kena tampar dengan aku lah.
YOU ARE READING
Suami Stranger
RomanceKalau mencintai itu senang seperti kata orang lain pasti aku akan mencintai Zafran dengan setulus hati sejak dari awal perkenalan. - Bella Kalau aku tau kau adalah jodohku, aku akan pastikan kau jadi milik aku dari dulu. Aku takkan tinggalkan kau...