Bab3

20.3K 866 19
                                    

(Nabella POV)

Zafran datang menaiki kereta Mercedes. Haih aku dah kata jangan datang. Degil!

"Come" jemput Zafran apabila cermin tingkapnya dibuka sebelah pemandu. Aku berdengus.

"Saya mintak alamat rumah awak bukan minta awak jemput saya." Aku cuba untuk bertenang. Kawal emosi Bella , kawal.

Zafran keluar daripada keretanya. Dia mendekatiku.

"Tiba tiba harini I banyak masa terluang." Kedengaran seperti sindiran. Sebab aku, dia dapat banyak masa?

"Tapi saya takda masa nak layan kerenah awak" bidasku. Pelik. Lelaki di depannya sangat pelik personalitinya.

"Boleh tak you masuk je kereta I and kita boleh balik cepat." Katanya sambil membuka pintu kereta untukku. Aku menjeling.

"Fine" jawabku sambil menghentak kaki dan masuk ke dalam perut kereta milik Zafran.

-----

Di dalam kereta sunyi tanpa suara. Aku membuang pandang ke luar tingkap.

"You dah dapat jawapan?" Soal Zafran memecahkan kesunyian. Aku memandangnya sekilas.

"Jawapan apa?" Soal ku tidak mengerti. Aku faham maksudnya cuma nak dia jelaskan soalan dia dengan lebih tepat.

"About our marriage?" Dia menyoal lagi, kali ni aku melepaskan keluhan. Dia memandang ku sekilas.

"Soon" jawabku sepatah, malas hendak menjawab panjang panjang. Cukuplah aku amnesia 24jam dan tup tup my family buang aku, my crush penyebab aku kahwin dengan Zafran. Ah!

"Soon, what?" Soal Zafran lagi. Ok dia ni memang banyak soalan lah. Bila aku tanya dia subuh tadi selamba je buat muka bengis. Benci betullah.

"Tak lama lagi tau lah sebab apa saya kahwin dengan awak" balasku bermalas malasan sambil mata masih membuang pandang ke luar tingkap.

"Good" jawab Zafran. Aku mendengar hanya tersengih.

Yeah mestilah 'good' sebab awak boleh together with your lovely bae. Bisik kata hatiku.

-------

Sesampai sahaja di rumah Zafran aku terus meluru masuk ke bilik tanpa menghiraukan Mama Zafran yang berada di ruang tamu. Kedengaran Zafran menyapa Mama nya.

"Hi ma" sapa Zafran.

Aku masuk ke bilik dan terus mengemas pakaian pakaian ku.

Come on Bella berapa helai baju je lagi

Tiba tiba ada seseorang menguak pintu. Aku menoleh. Siapa ni? Ingatkan Zafran.

"Ops sorry kakak ipar" kata perempuan tersebut, kemungkinan adik Zafran. Lawa, orangnya tinggi. Aku hanya tersenyum.

Perempuan tersebut melangkah masuk ke dalam bilik Zafran.

Aku ingat dia nak keluar.

Dia memegang pipiku sambil tersenyum. Aku? Aku kaku seperti menunggu perlakuan dia yang seterusnya.

"Omg how cute my kakak ipar." Jeritnya nyaring sambil menarik kedua dua pipiku. Aku hanya menahan sakit dan cuba melepaskan pegangannya.

Selepas berjaya melepaskan pegangan dia. Aku bertanya "Nama siapa?"

Dia tersenyum dan menjawab "Antasia Auni. Call me Adik jelah kalau nak panggil nickname lain pun boleh. Auni misalnya."

Aku turut tersenyum dan beberapa saat kemudian Zafran memasuki biliknya.

"Adik buat apa kat bilik abang?" Soal Zafran kepada adiknya.

"Curi wife you lah" kata Auni sambil menjelirkan lidah dan keluar dari bilik Zafran sambil berlari.

"Eh budak ni. Aku leku kang" balas Zafran dengan gaya ingin memukul kepala adiknya tetapi tidak sempat.

Mata Zafran kini beralih kepada ku. Aku kembali mengemas beg pakaian ku.

"Nak pergi mana?" Soalnya serius sambil menyandarkan badannya dia pintu almari baju dan berpeluk tubuh.

"Hotel" jawabku sepatah tanpa menoleh.

"Why?" Soalnya lagi, aku tahu mesti dahinya sedang berkerut.

"Sebab antara kita tak ada apa apa. Ok?" Balasku dan kali ini aku memandang tepat ke arah matanya. Aku sedikit tersentak. Jantungku berdenyut kencang. Feeling apa ni?

"Ok. Tapi you kena ingat you still under my tanggungjawab. You, wife I so I berhak halang You pergi." Kata Zafran tanpa riak muka. Dia serius nak halang aku? Ok I dare you. Cubalah kalau boleh.

"Sukahati lah. Saya tetap nak keluar" kini aku semakin hampir dengan badannya seperti mencabar. Dia diam, kaku.

Tiba tiba dia meraih pinggangku. Mukanya di dekatkan ke telingaku.

"Sekali you bertapak keluar dari pintu rumah I , I kiss you dekat dahi. Dua kali you tapak keluar. I kiss you on mouth. And seterusnya makin ke bawah lah." Kata katanya cukup membuatkan muka ku merah. Aku menoleh ke arah mukanya. Dia tersengih.

"Saya tak kenal awak! Awak stranger!" Jeritku geram. Zafran terus menjarakkan dirinya daripada ku.

"Hey chill. You stranger bagi I jugak tapi You isteri I so tanggungjawab I kena jaga You" Zafran cuba menenangkan ku. Dada ku mula berombak. Zafran benar benar mencabar kesabaranku.

"Saya tak suka.." Belum sempat aku menghabiskan ayatku tiba tiba..

"Anak aku pun tak suka kau so kau jangan risaulah." Suara tersebut mendatar tapi ada riak tak puas hati dari mimik wajahnya. Mama Zafran menghampiriku dan Zafran.

"Nak keluar? Silakan.." Mama Zafran seperti mengalu ngalukan pemergian ku. Aku tak tau kenapa bila dekat dengan Mama Zafran aku rasa sakit hati dan nak menangis.

"Thank you" kata ku sambil mengambil beg pakaian ku dan melangkah laju keluar daripada rumah Zafran. Semasa menuruni tangga terlihat Auni sedang menangis dan memanggil namaku. Aku membiarkannya dan terus keluar.

-----

Please bagi support untuk saya continue this story or i'll delete this story later.

Suami StrangerWhere stories live. Discover now