(Nabella POV)
Hari ke-2 tanpa Kak Mira.
"Haih penatnya" aku mengurut ngurut badanku. Terasa sakit satu badan. Dengan assignment yang bertimbun si Prof Singa tu bagi. Tired !
Aku menuju ke dapur untuk memasak. Ok lets see. Nak masak apa ye? Tengok fridge..
Ayam
Telur
Daun Kunyit
Santan.
Cili padi.Ok cun! Boleh buat gulai lemak cili padi.
Selesai memasak dan makan aku terus ke ruang tamu untuk menonton TV.
Nasib baik semua pagar dah kunci so Zafran tak boleh terjah masuk macam haritu lagi.
Malam ni aku tonton TV dengan rasa aman sambil tangan memegang sebiji epal.
Tepat pukul 12 malam aku dengar seperti orang cuba membuka pintu rumah Kak Mira.
Eh cepatnya Kak Mira balik. Detik ku di dalam hati.
Aku melangkah perlahan kearah pintu rumah. Baru sahaja aku mahu memegang tombol pintu..
"Arghhhhh" aku dan makhluk tersebut menjerit serentak.
Aku diam.
Makhluk tersebut diam.
"Ish sana lah" kata makhluk tersebut sambil meletakkan kunci rumah di atas meja yang berada di ruang tamu.
"A..aw..awak buat apa kat sini?"soalku tergagap gagap. Dah gapo gagap pulok ni. Aku hampir menampar muka ku sendiri.
"Teman wife sendiri pun tak boleh?" ha amek, soalan di balas soalan. Aku masih di depan pintu tanpa beranjak manakala makhluk tersebut sudah duduk di sofa.
"Macam mana awak dapat kunci rumah Kak Mira?" Soal ku lagi. Banyak tanda tanya kat otak aku sekarang ni.
"Kak Mira? Siapa tu? Ok whatever" eh dia ni tau ke tak siapa Kak Mira tu sebenarnya.
Aku lihat dengan teliti setiap inci muka makhluk di depan ku, lama.
Handsome.
Kaya.
Kerjaya? Idk.
Perangai? Sekejap baik sekejap jahat. Sekarang baik.
"Ha you termenung apa tu? I lapar" sergah Zafran. Aku terjaga ke alam realiti.
"Ha apa dia?" Aduh Nabella kau ni dah kenapa. Suka sangat tengok muka laki sampai berangan.
"I lapar" muka still tiada riak. Wow , satu je aku tau pasal Zafran. Dia takda mimik muka.
"Ada lauk sikit, jomlah makan" ajak ku. Ye, memang cukup cukup je lauk tu sebab aku tak masak banyak.
"Lets go" Zafran sudah melangkah laju ke arah meja makan. Aku hanya membuntuti nya.
Aku menyenduk nasi dan lauk ke pinggan nya. Aku tenung lagi mukanya yang sedang makan. Makan pun handsome!
Wake up Bella. Nanti dia fikir kau suka dia pulak. Rintih ku sambil menggeleng gelengkan kepala.
Zafran memandang ku sekilas.
"Dah kenapa? You taknak makan?" Eh lepas marah ajak makan pulak.
"Its okay, saya dah makan" balasku. Kenyang dah mencekik tadi. Zafran kembali menyuap makanan ke dalam mulutnya.
YOU ARE READING
Suami Stranger
RomanceKalau mencintai itu senang seperti kata orang lain pasti aku akan mencintai Zafran dengan setulus hati sejak dari awal perkenalan. - Bella Kalau aku tau kau adalah jodohku, aku akan pastikan kau jadi milik aku dari dulu. Aku takkan tinggalkan kau...