Bab 1

8.1K 213 8
                                    

Aku. Hayqa Fuzaikha. Pelajar Tingkatan 5. Ada Papa dan Mama yang selalu sibuk dengan business mereka. Hingga aku, anak bongsu mereka terabai. Ada abang yang suka menyakat tapi juga sibuk kerana sedang belajar selok belok perniagaan papa dan mama. Kakak pula tak habis habis dengan kuliah dan aktiviti luarnya. Entahlah. Aku rasa bosan dengan hidup aku. 

"Cik, kita dah sampai sekolah." Tutur Pak Rais penuh sopan.
Aku hanya tersenyum dan terus keluar dari kereta. Walaupun Pak Rais pemandu peribadiku, tapi aku segan apabila dia membukakan pintu kereta untukku. Yalah. Siapalah aku ni untuk dilayan sebegitu. Aku hanya menumpang kekayaan orang tuaku.

Aku melangkah menuju ke dewan. Sudah ramai pelajar yang telah tiba dan bersedia untuk memulakan perhimpunan pagi. Tiba sahaja di barisan kelas, aku memulakan rutin biasa. Iaitu menyalami setiap seorang rakan rakan ku.

Lima belas minit kemudian, kami dibenarkan untuk masuk ke kelas. Waktu pertama ialah waktu Fizik di Makmal Fizik oleh Cikgu Hadina. Perjalanan satu hari di sekolah sama seperti biasa. Bosan dan membosankan. Walaupun rakan kelasku terdiri daripada 25 pelajar, tetapi kemeriahan mereka jarang mengusik hatiku.

Aku kosong walau aku sering bergaul dengan mereka. Kalau lah diorang tahu aku kawan dengan mereka semata mata kerana aku pelajar contoh sekolah, pasti mereka akan kecewa. Ahh. Kisah apa aku. Kehadiran mereka tak pernah buat aku rasa gembira. Senyuman aku, ketawaku, boleh dikatakan semua palsu. Mungkin sebab aku tak biasa bersosial sejak kecil.

"Fuzaikha, jom rehat sama sama" kawan semeja ku, Huda dan Fazera mengajak .

"Emm. Takpalah. Aku ada kerja sikit nak buat" balasku tersenyum.

"Wuu. Dak dak Lpp. Busy je memanjang. Hahahha" Nani , juga rakan semeja ku membalas.

"Haha. Mana adaa. Aku nak siapkan laporan fizik tadi. Jadi, malam nanti aku boleh buat kerja lain."

"Wuu. Patutlah jadi pelajar top10 sekolah. Rajin sangat. Huhu." Syarina, kawan semejaku juga membalas.

Dalam hatiku sudah menyumpah seranah. Buat benda baik pun kena perli ke? Sebab nilah aku tak berapa gemar bergaul dengan rakan rakan. Tapi aku bijak mengawal riak muka. Aku hanya tersenyum dan ketawa dengan kata kata mereka.

Kelas yang sunyi aku pandang sepi. Haih. Susah juga hidup jadi pelajar contoh ni. Diperhatikan, dinilai dan tak ketinggalan juga dikeji. Perlahan lahan air mataku mengalir. Ahh. Aku benci air mata ni. Aku benci jadi lemah. Tapi tak tahu kenapa. Inilah diriku sejak dulu lagi. Menangis bila hati terusik. Tapi aku tak pernah menangis di hadapan manusia. Aku taknak kelihatan lemah.

......................................................................

Petang itu, aku tiba di rumah pada jam 4 petang. Rumah masih sunyi. Papa dan Mama pasti sedang sibuk menguruskan hal pejabat. Maklumlah mereka menguruskan bisness sendiri. Kakakku pula pasti sibuk dengan kuliahnya. Abangku mungkin sedang bertungkus lumus mengkaji bidang perniagaan di kelas persendirian sementelah dia yang akan mewarisi perniagaan keluarga kami.

"Cik Fuzaikha nak makan apa petang ni? Saya sediakan." Mak Teha, pembantu rumah kami bertanya.

Aku yang baru sahaja ingin melangkah naik ke atas terhenti. Ini lagi satu masalah. Aku memandang Mak Teha dan tersenyum sinis.

" Mak Teha, berapa juta kali saya nak pesan? Kalau saya balik je dari sekolah , saya tak nak makan melainkan saya sendiri yang akan turun makan. Jadi, Mak Teha tak perlulah bersusah tanya saya setiap hari. Rimas tahu tak? Rimas!" Balasku dengan selamba.

Kurang ajar? Kisah apa aku. Bukannya Papa dengan Mama dengar. Lagipun diorang tak pernah nak ambil kisah pun tentang aku. Siapa je aku ni untuk mereka?

Aku hempaskan tubuhku ke atas katil. Mata mula layu. Penghawa dingin sangat menyamankan ku. Akhirnya aku terlena dengan baju sekolah masih tersarung di tubuh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Fuzaikha... Fuzaikha... Fuzaikha..." Tiga kali namaku diseru oleh suara lelaki. Suara itu. Mendamaikanku. Suara itu. Memberiku sejuta rasa dan jiwa. Semakin lama suara itu semakin kuat tapi tetap mendamaikan. Namun aku tidak kenal siapakah pemilik suara tersebut.

Baru aku tersedar. Aku di mana? Tempat ini sangat sunyi. Di kananku adalah suatu cahaya yang sangat terang. Dan aku yakin suara yang mendamaikan itu datang dari situ. Aku menoleh ke kiri apabila terasa angin bertiup lembut dari situ.

Di sisi kiriku, aku dapat melihat papa, mama, abang dan kakak berpakaian serba putih. Tidak semena mena satu rasa kasih dan sayang terbit dari hatiku. Aku dapat rasakan kasih dan cinta mereka terhadapku. Aku cuba mengejar mereka, tapi kakiku seolah olah kaku. Aku menjerit nama mereka. Namun mereka semakin jauh. Aku melihat mereka menunding ke arah kananku.

Sepantas kilat aku menoleh ke kanan dan melihat dari jauh, susuk tubuh seorang lelaki menghampiriku. Wajahnya tidak kelihatan. Aku yakin, pasti dialah pemilik suara tadi. Seketika, aku tersedar dan cuba mencari semula keluargaku di sisi kiri. Tapi semuanya kosong dan gelap. Aku keliru. Lelaki tadi semakin menghampiri. Aku rasa tenang dengan kehadirannya tapi aku inginkan keluargaku. Aku mula menangis dan terus menangis.

"Cik, cik, cik Fuzaikha bangun!"

Aku tersentak. Mata terbuka luas. Arghh. Rupa rupanya itu semua mimpi sahaja. Tapi. Kenapa semuanya seolah olah realiti. Keluarga ku, lelaki tersebut. Apa motifnya? Siapa dia? Kenapa dia muncul dalam mimpiku?

"Cik Fuzaikha tak apa apa? Kenapa Cik Fuzaikha menangis?" Pertanyaan Mak Teha mematikan persoalanku.

"Tak ada apalah Mak Teha. Saya mimpi buruk tadi. Kenapa Mak Teha ada dalam bilik saya?" Tanyaku semula sambil mengelap saki air mata. Malu apabila orang lain melihat kelemahanku.

"Encik Redhza suruh Cik turun makan malam bersama. Cik lupa ke harini hari Khamis?" Ouhh ya. Hampir aku terlupa. Papa memang mewajibkan kami semua makan malam bersama setiap hari Khamis. Kononnya taknak hubungan kami renggang. Kata kata Papa itu buat aku tertawa sinis, tapi aku terpaksa akur akan arahannya.

Makan bersama atau tidak, hubungan kami sekeluarga tetap renggang. Padaku semuanya salah Papa dan Mama yang terlalu mengejarkan kekayaan dan kemajuan perniagaan mereka. Aku mengeluh lagi. Hingga terlupa mimpi tadi. Susuk tubuh Mak Teha dah menghilang. Mungkin sudah turun ke bawah.

Jam sudah menununjukkan angka 8. Cepat cepat aku bersiap dan turun ke bawah. Tiba sahaja di anak tangga terakhir, aku terdengar suara riuh rendah dari ruang makan. Apabila aku menghampiri, rupa rupanya Uncle Salleh dan Aunty Leha yang datang bersama sama anak mereka . Haziq, anak sulung mereka memang aku kenal, Najiha pula anak bongsu mereka. Juga aku kenal. Cuma, siapa pula lelaki yang duduk membelakangkanku itu?

Kerana Dia Al-MusyarraqohWhere stories live. Discover now