Bab 27

2.8K 154 24
                                    

Pagi kedua sebagai isteri Faiz Al-Musyarraqoh lebih baik berbanding semalam kerana pagi ini kami solat subuh berjemaah. Aku masih malu nak mengaku yang aku lupa beberapa bacaan dalam solat. Takpalah. Janji dia nampak aku solat.

Aku membetulkan pashmina yang terletak elok di atas kepala. Hati terasa sikit berdebar. Hasil perbincangan semalam, 3 perkara yang diputuskan oleh walid.

Pertama, kami akan pergi berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu. Aku masih boleh terima pergi bulan madu dengan Faiz. Yelah bulan madu bermaksud bercuti! Tapi masalahnya kenapa Pulau Redang?? Tak boleh terima beb. Aku tak suka pulau!!!

Kedua, tentang perniagaan arwah Papa dan Mama. Walid kata, papa selalu berpesan dengannya supaya walau apa pun yang terjadi pada papa, dia nak perniagaannya diteruskan oleh anaknya sendiri. Maknanya sekarang ni, akulah yang kena handle business arwah papa . Oh! No! Aku tak rela. Aku tak minat!

Ketiga, bukan pasal aku tapi pasal Faiz. Disebabkan pernikahan kami, Faiz terpaksa menangguh pelajarannya dahulu. Buat masa sekarang Faiz akan bekerja dengan walid dahulu. Walaupun aku tahu Faiz juga seperti aku yang tak minat dengan perniagaan sebab semalam riak wajahnya berubah apabila walid meminta dia bekerja di syarikat. Dia akan menyambung pengajiannya apabila tiba masanya nanti. Bila masanya? Aku pun tak pasti. Mungkin lepas kitorang bercerai kot.

Haihh. Aku mengeluh panjang. Everything look easy but it is hard in the deep inside.

"Pagi pagi tu senyumlah. Kenapa mengeluh panjang sangat?" Faiz menegurku sebaik sahaja keluar dari bilik mandi.

Bau wangi tubuhnya memenuhi ruang bilik. Faiz sudah lengkap berpakaian. Seluar jeans hitam dengan baju merah hati yang dipakai menyerlahkan lagi warna putih kulitnya. Aku tersenyum melihat rambutnya yang masih basah.

"Takda apa apalah. Hmmm. Cumaa..."

"Cuma tak rela kena handle business family?"

"Exactly! Huwaaaa" aku tak dapat menyembunyikan rasaku.

Pagi ini walid meminta aku melawat pejabat arwah papa. Walaupun papa dan mama sudah tiada tetapi pejabat mereka masih beroperasi seperti biasa dengan pantauan walid.

"Haihhh. Ingat saya sorang je tak rela" dalam diam Faiz turut mengeluh. Dia duduk di birai katil. Aku mengambil tempat di sebelah dia.

"Alaa Faizzzz. Saya tak minat langsung tau business ni. Tak masuk betul kepala saya! Saya nak jadi pereka fesyen. Fesyen pakaian, fesyen rambut, fesyen aksesori, macam macam fesyenlah!"

"Fesyen. Emm. Dahtu saya ni ha. Kalau minat business, dah lama saya ambil course tu. Tapi sebab saya tak minatlah, saya ambil kedoktoran."

"Emm. Malangnya kita"

"Aipp. Tak baik cakap macam tu. Kita bukannya malang. Tapi takdir kita sudah ditetapkan macam ni. Walaupun kita tak rela, saya yakin ,pasti ada hikmah yang besar."

Aku terdiam. Masih belum cukup faham apa Faiz katakan. Hikmah apa macam ni?

"Dah dah. Jangaa down. Even awak tak minat, cuba awak niat buat semua ni kerana Allah. InsyaAllah walaupun awak tak minat, lama lama awak akan redha."

Tidak semena mena Faiz melingkari tangannya di bahuku. Aku terkesima.

"Emm. Faa...Faiz. Apa maksud awak niat kerana Allah?"

"Maksudnya. Setiap hari sebelum awak pergi kerja awak tetapkan dalam hati, awak pergi kerja kerana Allah semata mata. Sebab ini takdir yang telah Allah tetapkan untuk awak. InsyaAllah. Akan selalu ada jalan yang terbaik untuk awak"

"So, maknanya sebelum pergi kerja, saya kena cakap dalam hati, saya pergi kerja kerana Allah?"

"Yupss. Absolutely. Tp lebih bagus kalau awak niat bukan setakat pergi kerja sahaja, tapi awak niatkan setiap langkah awak kerana Allah."

Kerana Dia Al-MusyarraqohWhere stories live. Discover now