Bab 23

2.6K 158 13
                                    

"Faiz! Jom apa ha?!!" Aku menolak kuat badan Faiz apabila selangkah lagi aku akan terjatuh di atas.

Seram!

"Aduh!" Selamba dia je ketuk kepala aku.

"Sakitlah!"

"Heiy budak kecik ni. Orang ketuk sikit je tau."

"Apa yang sikit. Sakit tau. Tangan dia tu dahlah besar macam anak gajah! Huh!"

Faiz membelek tapak tangannya. Kemudian...

"Nah setepek tapak tangan anak gajah"

"Ahhhhh! Faizzzz!!!!" Aku menjerit kuat apabila dia dengan selamba menolak badanku dengan satu tapak tangannya.

Gerammnya!!! Boleh pulak dia ketawa tak ingat dunia macam tu. Siap tekan tekan perut lagi. Huh!

Dalam usaha untuk duduk dan stabilkan badan, aku menjerit lagi.

"Faiz gilaaaa!!!!..."

Belum habis jeritanku, dia lompat ke atasku dan menekup mulutku pantas.

Akhirnya posisi kami berada di ambang bahaya. Aku berada di bawahnya dengan mulut ditekup. Mata kubuntang besar. Terkejut!

Faiz pula di atasku dengan tangan kanan menutup mulutku dan tangan kiri menahan badannya daripada menhempapku. Matanya. Sukar untuk aku tafsirkan. Bibirnya tidak beriak.

Satu senyuman nipis ditarik.

"Fuzaikha... kita ni dekat rumah Ummi tau. Dan ada jugak sepupu saya yang belum balik. Kalau awak dok jerit macam tu, awak tak rasa ke diorang akan fikir bukan bukan?"

Aku menolak badannya sehingga dia terbaring menelentang di sebelahku. Satu ketawa dilepaskan. Eiyy geramnya aku!

Cepat cepat aku duduk dan menyilangkan tangan di dada.

"Huh! Biarlah apa diorang nak fikir pun! Awak tu ha! Sesuka hati je tolak saya. Sakit tau! Tahulah anak gajah. Tapi tak payah nak tolak betul betul. Sewel! Dah tolak orang, bukan nak kesian ke apa,ni lagi dike.."

"Kalau awak cakap lagi saya cium awak. Satu.. dua.." cepat cepat aku menutup mulut.

"Hahahaha. Kan diam . Ye ye. I'm sorry Cik Fuzaikha. Tadi tu orang ajak tidur je. Awak tu ha yang fikir entah apa apa. Dah baring. Saya tahu apa dalam fikiran awak tu. Jadi jangan risau, saya takkan kacau awak. Selamat Malam."

Faiz membetulkan posisinya ksemudian baring membelakangkanku.

Dalam diam aku menarik nafas lega. Nasib baik dia faham.

Perlahan lahan aku membaringkan diri di sebelah Faiz. Bantal peluk dijadikan penghadang. Aku juga baring membelakangkannya.

Mata terkebil kebil. Entah kenapa aku tak rasa mengantuk walau jam hampir mencecah angka 12.

Seminit... dua minit.. tiga minit...

"Faiz.."

"Hmm.."

"Awak dah tidur ke?"

"Hmm.."

Hmm je dia balas. Mungkin penat sangat kot. Takpalah masa nilah sesuai untuk aku cakap supaya dia tak ingat esok.

"Terima kasih dan maaf"

"Hmmm.."

"Terima kasih sebab terima saya"

"Hmm"

"Maaf sebab..."

Dia diam. Tiada balasan hmm. Sudah  lena mungkin.

Kerana Dia Al-MusyarraqohWhere stories live. Discover now