Bab 4

2.8K 155 4
                                    

"You look depressed beauty girl. What's wrong. May I know? Maybe I can be your healer?"

Eh eh mamat ni siapa pulak? Datang datang je tanya apa masalah aku. Apa masalah dia? Orang gila ke? Tapi takkan lah orang gila hensem macam ni. Muka ada iras iras Kim Hyun Joong .

"Emm Maaflah mungkin Encik salah orang. Saya tak kenal encik."

"Hahahaha. Awak ni kelakarlah." Eh dia ketawa pulak. Ni yang makin panas ni .

"Memanglah awak tak kenal saya. Saya pun tak kenal awak. Tapi saya perhatikan je awak dari awak mula masuk Pizza Hut ni tadi. Tak tahu kenapa. Mungkin aura awak kuat sangat kot buat saya terpaku dan nak dekati awak. Jangan salah anggap okay. Saya cuma nak kawam dengan awak" terangnya panjang lebar beserta senyuman yang boleh buat perempuan cair.

Aku buat muka selamba. Kawan? Baru pandang sekali dah nak jadi kawan? Tapi apa salahnya kan. Kawan je. Lagipun mana tahu boleh jadi kawan shopping aku. Taklah bosan sangat.

"Show me your honesty if you really want to be friend with me" aku tersenyum senget ke arahnya. Muka dia dah berubah riak. Hahaha. Padan muka. Nak kawan sangat kan, fikirlah cara nak tambat hati aku. Ni Fuzaikha lah. Bukan calang calang orang dapat kawan dengan aku.

"Honesty? Not a big deal. Anything for you cute girl" katanya sambil mengenyit mata ke arahku. Mula mula pretty lepastu beauty sekarang cute pulak. Haih sweet talker ke apa mamat ni aku masih tersenyum lalu menyedut air coke.

Tidak semena mena lelaki di hadapannya berdiri dan memandang kepada semua pelanggan di Pizza Hut tersebut.

"Hai semua. Saya Hafiq . Saya baru nak berkawan dengan cik manis depan saya ni. Tapi dia suruh saya tunjukkan keikhlasan saya. Emm. Boleh awak semua jadi saksi yang saya ikhlas nak kawan dengan dia?" Dengan selamba dia kata macam tu depan orang ramai.

Gila! Perkataan itu yang terlintas di fikiranku sekarang. Semua orang di restoran ni memberi respons. Ada yang bersiul, ada yang ketawa, tak ketinggalan juga ada yang mengejek. Aku dah malu tak terkata. Geramnya dengan mamat depan ni!

"Haishh. Please sit down. Memalukanlah!" Arahku dengan tegas. Dia cuma senyum tak bersalah.

"So that's part of my honesty. Can you accept my friendship now?"

"Ya ya ya. But please don't do that stupid thing again"

"Anything for you dear. Anyway I am Hafiq Fauzi. You can address me Hafiq or only just Fiq. I'm 19 years old. How about you sweety?" Dia menghulurkan salam perkenalan. Aku menyambutnya dengan perkenalan yang ringkas.

"Hayqa Fuzaikha. Call me Fuzaikha or just Fuz or Zaikha. 17."

"What a nice name. I love it. So you have done your lunch. Let us have some chat while walk around?"

"Emm. Why not? Let's go" Entah kenapa aku rasa selesa dengan Hafiq. Keperamahan dia buat aku tersenyum. Jarang aku tersenyum macam ni.

Belum sempat aku nak keluarkan duit untuk bayar makananku, Hafiq terlebih dahulu menghulurkan wang kepada cashier. Aku hanya mampu mengucapkan terima kasih. Aku ingin menggantikam semula tapi katanya anggap sebagai hadiah permulaan persahabatan. Aku terima dengan senang hati.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

From: Charming Hafiq.
Baru 4 hari tak jumpa I dah rindu you gila gila. Oh God please help me.

Aku tersenyum apabila menerima whatsapp daripada Hafiq. Dia sendiri yang save 'Charming Hafiq' di contact list phone ku. Walaupun baru sehari mengenalinya, tapi buat aku cukup terhibur dengan tingkah laku dan mesej mesejnya yang kelakar dan mencuit hati. Panggilan juga sudah bertukar dari awak-saya kepada I-You. Semuanya idea gila Hafiq dan aku cuma layankan sahaja.

To: Charming Hafiq
Are sure you already miss me? Baru 5 hari kita kenal. That fast? You are so funny men. I can' t believe you. Welkkk.

Baru sahaja menekan butang send, Mak Teha mengetuk pintu bilikku.

"Cik Fuzaikha. Encik Faiz dah sampai. Dia ada di bilik bacaan."

Faiz? Ahh Hampir aku terlupa pasal mamat tu. Harini hari Rabu. Kelas dia yang pertama secara rasmi. Dengan malas, aku melangkah keuar dengan membimbit buku agama islam dan bekas pensel. Dalam perjalanan menuju ke bilik bacaan yang hanya selang beberapa bilik denganku, otak ligat mencari idea untuk mengenakan Faiz semula malam ni.

Dari luar pintu bilik, aku melihat Faiz sedang menadah tangan. Aku hanya tersenyum sinis. Haa bagus bagus. Baca doa banyak banyak semoga kau tak keluar bilik ni dengan air mata.

"Panjangnya doa awak. Doa supaya tak lemah iman nak lawan saya?"

Sempat dia meraup wajahnya sebelum tersenyum manis ke arahku. Hish. Senyum? Taktik baru ke nak kacau mental aku? Ah abaikan. Dia nak uji kau je tu. Kuat Fuzaikha, kuat.
"Taklah. Saya doa supaya tak ada syaitan yang akan menghasut saya daripada tinggalkan majlis ilmu dengan kata yang tak sepatutnya macam harituh. Sejujurnya saya minta maaf atas silap saya. Dan saya juga berdoa semoga awak tak menjadi manusia yang bertopengkan syaitan yang menjadi punca rosaknya majlis ilmu" sempat dia mengutuk aku di akhir ayatnya. Nampaknya dia lebih tenang dan nampaknya dia sedang menggunakan teknik baru untuk menundukkanku. Takpa takpa. Ni baru permulaan.

"Pergi mati dengan doa awak. Ustaz celup. Mulut puaka." Dengan selamba aku menghina dia.

Aku mengambil tempat di hadapannya. Riak wajahnya ku perhatikan dengan pandangan tidak percaya. Aku kutuk dia tapi dia masih boleh senyum? Sewel ke apa? Atau salah dengar ingat aku puji dia?

"Terima kasih atas pujian awak. Saya hargainya. Jadi, mari kita mulakan kelas" sah, telinga dia bermasalah.

"You better go to hospital to get a medical check up on you ears. Mungkin ada masalah. Atau pergi ke tadika semula untuk bezakan antara hinaan dan pujian?" Cukup sinis untuk telinga dia dengar.

"Apa kata kita pergi hospital atau tadika sama sama. Awak boleh check lidah awak. Mana tahu tersalah makan sampai lidah awak asyik nak menghina sahaja. Dan boleh belajar di tadika cara bertutur dengan sopan. Tadika Pasti pun ok. Boleh belajar ikut cara Islam yang betul" dia masih tersenyum memandangku.

"So rude men. Sedar sikit ni rumah siapa"

"Sedarlah jugak yang awak sedang bercakap dengan seseorang yang lebih tua daripada awak"

"Who cares who are you? I can do as I wish since this is my house. Saya boleh halau awak bila bila masa sahajalah yang saya nak. Saya tak perlukan lelaki hipokrit macam awak untuk ajar saya. Gaya ustaz tapi mulut puaka. Golongan macam awak inilah yang merosakkan imej imej ustaz kat luar sana" aku mengetap rahangku. Suhu kemarahanku sudah meningkat. Lebih lebih lagi apabila melihat dia masih tersenyum.

"Dah habis? Tak apalah. Saya diamkan sahaja semua kata kata awak. Mungkin awak kurang kasih sayang. Sebab tu biadap sikit. Awak patut cari Allah untuk peroleh kasih sayang sebenar. Masih belum terlambat."

Kurang kasih sayang??!! Kurang ajarnya! Belum sempat aku membidas, papa mengetuk pintu dan melangkah masuk. Kami tidak menghiraukan kehadiran papa. Mata kami terus berlaga. Wajahnya tenang tapi matanya cukup tajam memandangku. Tak mahu mengalah, aku juga memandangnya tajam.

"Kenapa main tenung tenung ni? Don't tell me that both of you are in love?" Papa menegur kami.

"No!" Kami membalas serentak.

Kerana Dia Al-MusyarraqohWhere stories live. Discover now