Bab 14

2.3K 186 5
                                    

Gelap gelita. Tak ada cahaya langsung. Aku seolah olah buta. Tak berani nak melangkah. Tak tahu apa yang ada di depan.

Aku cuba menjerit tapi tak ada suara yang terkeluar. Sumpah. Aku takut sangat! Dalam ketakutan yang teramat, aku cuba menenangkan diri. Mata aku pejam rapat.

"Fuzaikha..." suara tu!

Aku buka mata. Tidak semena mena satu cahaya yang terang menyilaukan pandanganku. Di tengah tengah cahaya itu, berdirinya satu susuk tubuh lelaki yang tinggi.

Aku cuba mengejar dia. Tetapi tanganku terikat di belakang. Saat aku toleh ke belakang, terlihat wajah papa, mama, abang dan kakak dengan jelas sekali. Muka mereka sangat tenang.

"Pergilah Fuzaikha. Dia kebahagiaan kamu. Dia cahaya untuk hati kamu. Lepaskan kami" suara mama sangat sayu oada pendengaranku.

Baru aku sedar, rupa rupanya tanganku yang memegang erat tangan tangan keluargaku. Aku tak faham. Aku tak tahu. Apa semua ni?

Perlahan lahan, mereka menolak tanganku. Seluruh keluargaku mengundur meninggalkanku. Aku cuba mengejar, tetapi langkahku kaku. Cuma tangisan yang aku mampu hamburkan.

"Tolong jangan pergi!" Jeritanku langsung tidak diendahkan. Makin lama, mereka ditelan kegelapan. Tidak semena mena rasa takut itu datang semula.

Aku tak kuat. Kaki menjadi lemah. Saat aku hampir terjatuh, sepasang tangan menyambut tubuhku. Mendakapku erat dari belakang. Tubuh kami bersatu. Dia mengunciku dalam pelukannya.

"Shh awak selamat dengan saya Fuzaikha"

"Allah!" Mataku terbuka. Cepat cepat aku duduk dan bersandar di kepala katil. Air mata masih menitis. Aku menangis teresak esak. Mimpi apa tadi?

Kenapa aku asyik mimpi macam tu? Dan setiap kali pasti aku akan menangis. Seolah olah benda itu betul betul terjadi. Apa petanda mimpi tu?

Aku cuba menenangkan diri. Tapi aku tak mampu. Entah kenapa. Air mata seakan tak mahu berhenti. Juraian demi juraian. Aku takut. Aku keliru. Apa yang patut aku buat? Apa semua ni? Arghh!

Aku duduk memeluk kaki. Aku rasa 5 minit aku dalam keadaan begini. Mimpi tadi menerjah fikiran semula. Pelukan tu. Siapa dia? Aku yakin itu lelaki. Tapi siapa?

Telefon di sisi aku pandang sekilas. Entah kenapa, hatiku tergerak menyebut nama Faiz. Telefonku capai dan aplikasi Whatsapp aku buka.

Al-Musyarraqoh. Last seen: 3.34 am.

Jam sekarang 3.37 am. Maknanya Faiz baru lepas bukak Whatsapp. Cepat cepat aku menaip.

To: Al-Musyarraqoh
Assalamualaikum. Awak tak tidur ke?

Itu je aku mampu taip. Air mata masih berbaki.

Lagu Drag Me Down berkumandang dari telefonku tanda ada panggilan yang masuk.

Incoming call: Al-Musyarraqoh.

Cepat cepat aku lap air mata. Butang hijau aku slide.

"Assalamualaikum Fuzaikha. Kenapa mesej saya tengah pagi ni? Esok pagi kan awak mula SPM. You need a well rest."

Aku diam. Tak tahu kenapa suara Faiz cukup membuaikan perasaanku.

"Fuzaikha? Awak okay? Cakaplah. Awak ada masalah ke?"

Masih diam.

"Fuzaikha. Baik awak cakap sesuatu. Awaa nak saya datang rumah awak sekarang? Saya gerak ni"

"Faiz..."

Dua dua terdiam. Aku cuba kawal suara.

"Awak tak tidur lagi ke?" Perlahan aku bertanya.

Kerana Dia Al-MusyarraqohWhere stories live. Discover now