Bab 22

2.5K 163 5
                                    

Aku duduk di birai katil dengan debaran yang menggila di dada. Faiz di dalam bilik air sedang membersihkan diri. Bunyi pancuran air jelas kedengaran dari dalam bilik air.

Jam menunjukkan angka 11. Tapi aku belum membersihkan diri lagi kerana terpaksa melayan kerenah sepupu sepapat Faiz yang seolah olah taknak balik ke rumah sendiri.

Jam 10.45 baru mereka pulang. Faiz meminta izin masuk ke bilik dahulu sementara aku mengemas sedikit pakaianku ke dalam beg untuk dibawa ke bilik Faiz.

Sejujurnya aku tak rela dengan perkahwinan ini, tetapi disebabkan ugutan yang menggusarkanku saban hari, aku mengambil keputusan ini.

Bunyi air sudah berhenti. Tanda Faiz sudah selesai mandi. Makin berdebar rasanya. Bukannya apa. Aku takut Faiz akan menuntut 'hak' dia malam ni.

Weyh tolonglah. Aku baru masuk 18 tahun. Apa yang aku tahu pasal nikah kahwin ni semua? Lagipun aku takda perasaan langsung dekat Faiz.

Tombol pintu dipusing dari dalam bilik mandi kemudian tersembul wajah Faiz. Feuh nasib baik dia pakai baju dengan tuala yang terlilit dari pinggangnya ke bawah lutut.

Sebuah senyuman dihadiahkan buatku. Nampak manis. Jujur aku katakan. Dengan wajahnya yang masih basah, rambutnya juga basah dan terpacak tak tersusun. Tapi tetap kelihatan kemas.

"Saya tahu saya nampak menggoda lepas mandi, tapi better awak pergi mandi dulu. Segarkan diri dulu." Kata kata Faiz menyedarkanku dari lamunan.

Aduh kantoi pulak. Buat malu je perhati anak bujang orang lama lama. Eh bujang ke? Suami akulah tu.

"Tolonglah jangan perasan. Dia tu mandi lama sangat. Geram tahu tak" aku bangun sambil memeluk tuala dan pakaianku.

Selangkah lagi aku ke dalam bilik mandi, Faiz bersuara lagi.

"Alolo. Lama le sayang? Sorrylah. Lain kali kita mandi sama sama ya. Jadi tak adalah awak nak tunggu lama sangat."

Mukaku dah merah.

"Gila! Taknak saya. Welk" aku menjelir lidah ke arahnya. Kemudian aku menghempas pintu bilik mandi.

Terdengar ketawa Faiz yang kuat dari luar. Geramnya!! Tak habis habis dengan perangai tak matang dia tu. Gedik je lebih.

Aku menggantung baju dan tuala di penyangkut . Iphone 6s aku letakkan di atas sinki. Sengaja aku membawa telefonku ke dalam tandas. Kerana waktu waktu begini biasanya 'dia' akan menggangguku. Aku taknak Faiz tahu tentang hal ini.

Selesai menggosok gigi dan mencuci muka, aku membuka air pancut. Baru sahaja aku ingin tenggelam di dalam pancuran itu, telefonku berdering.

Aku terdiam. Mataku memandang skrin telefon. Benar. Memang 'dia'. Tak salah lagi.
Perasaan takut mula menguasai. Tangan terketar ketar. Tapi aku gagahkan juga untuk mengangkat telefonku.

Ahh. Apa yang perlu aku takutkan lagi? Aku sudah ada Faiz sekarang. Dan Faiz akan menjaga dan melindungiku. Aku pasti aku selamat selagi aku berada di bawak kasih sayang Faiz.

Butang hijau ditekan. Telefon kutekapkan di telinga.

"Hello Hayqa. Still remember me right? Hahaha. Aku bukan apalah Hayqa. Aku pun ada life aku sendiri. Aku ada banyak lagi benda nak buat. Tapi aku sayangkan kau Fuzaikha. Aku call kau hampir tiap minggu ni untuk ingtkan kau yang... aku takkan lupa semua kenangan aku dengan kau! Hahahahhhha!"

Tanganku menggeletar. Selalunya aku akan terus meletakkan telefonku tetapi entah kenapa hari ini aku terlebih berani. Mungkin kerana aku fikir Faiz ada bersamaku.

"Hey perempuan! Apa yang jadi dulu bukan salah aku sepenuhnya! Tapi kaulah puncanya! Tolong jangan kacau aku lagi!" Keras suaraku. Tapi aku tahan agar aku tidak menjerit. Bimbang Faiz akan mendengar.

Kerana Dia Al-MusyarraqohWhere stories live. Discover now