Bab 5

2.7K 158 7
                                    

"I tak sukalah dengan cikgu tuisyen agama I tu. Berlagak macam ustaz tapi mulut puaka." Dengan hati yang masih membara aku menyedut cool blog coklat dengan rakus.

"Ustaz mulut puaka? Hahah funneh lah you ni. But I pun sebenarnya pernah jumpa dengan someone yang alim tapi perangai tak semenggah." Balas Hafiq dengan nada menyampah.

"Seriously? Hahah berjodohnya kita ni. Can you share what did that person did to you? "balasku dengan nada yang manja.

"Hurmm. You know kan Fuz. I menetap di Australia sebelum ni sebab I kena belajar handle syarikat papa I dekat sana. Then ada satu program ni. Syarikat papa I jadi sponsor so I kena tolong handle. Program tu berkaitan dengan anak anak yatim di sana yang sedang mencari agama. So, ada satu team daripada Mesir yang bertanggungjawab menerangkan pasal Islam pada mereka. Ada seorang lelaki ni. People in Australia call him Musy ." Hafiq berhenti seketika untuk mengambil nafas. Aku setia mendengar.

"Dalam team tu, dia ada tunang. But masa tu I tak tahu pun itu tunang dia. For the first sight I rasa lain bila nampak tunang dia. Dia berpurdah, tapi mata dia cukup bercahaya. I suka dengan gaya dia mengajar anak anak yatim di sana. Semua cara dia buat I tertarik. I cuba dekati dia. One day, ada satu lawatan di satu pantai. Satu petang ni, dia duduk seorang diri di hujung pantai. I cuba dekati dia dan cuba memulakan perkenalan. Belum sempat apa apa, tiba tiba I kena tumbuk dari belakang. Rupa rupanya Musy yang tumbuk I." Rahang Hafiq bergerak gerak tanda dia masih marah dengan lelaki bernama Musy itu.

"Dia tuduh I cuba nak rosakkan tunang dia. Padahal I cuba nak berkenalan dengan perempuan tu. Mana I tahu perempuan tu tunang dia. Tuduhan dia buat I rasa terhina sangat. Ramai orang yang tahu pasal tu sebab dia yang jaja cerita palsu tu dekat semua orang. Sebab tu I nekad untuk balik ke Malaysia sebab terlalu geram dengan Musy yang sesuka fitnah I . Gaya dia memang nampak alim. Kalau dia bercakap, sesiapa pun akan percaya. Tapi siapa sangka orang yang nampak warak macam dia suka sebarkan fitnah. So, you tak perlu risaulah dengan cikgu tuisyen you tu. Dia tu cuma luaran je nampak lebih hebat daripada kita. Tapi sebenarnya hipokrit" Hafiq tersenyum sinis di akhir ceritanya.

Aku agak terperanjat dengan cerita Hafiq. Tetapi senyuman sinis mula terukir di bibir merahku. Jadi lepas ni, si Faiz tu tak payah nak berlagak sangat dengan aku sebab orang macam dia tu hipokrit semata mata.

"Emm Fiq. Dah nak senja ni. Jom hantar I balik. Rimas pulak pakai baju sekolah ni dari pagi"

"Alaaa. Dah nak balik ke? Cepatnyaa. Esok kan cuti. Baru nak belanja you wayang malam ni."

"Memanglah esok cuti. Tapi esok I ada kelas tambahan. Next time okay?"

"Emm okay dear. Anything for you"

Kami melangkah keluar daripada mall dengan gelak ketawa. Walaupun sekejap sahaja lepak dengan Hafiq, tapi cukup buat aku gembira. Dia sangat menghayalkanku sehingga aku hampir lupa dengan semua masalah hidupku. Hafiq. Dia jejaka yang hebat pada pandangan mataku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Lewat kamu balik Ikha. Pergi mana? Tadi tu siapa yang hantar?" Papa menyoal macam polis pencen. Sesuatu yang pelik bila papa ada di rumah dan menunggu aku balik.

"Eh papa. Tadi tu kawan Ikha. Kitorang lepak sekejap dekat mall." Aku cuba menutup rasa gugup. Kalau boleh taknak papa tahu pasal Hafiz. Papa bukannya bagi kalau aku kawan dengan lelaki.

"Kamu tu perempuan Ikha. Kena ingat sikit. Jangan sebarangan kawan dengan sesiapa. Jaga maruah papa dan mama. Kamu tu bukannya boleh percaya sangat" suara papa mula meninggi. Aku dah mula geram. Papa suka kongkong hidup aku.

"I knowlah papa. Papa tak payah lah risau sangat. Hidup Ikha terlalu 'bahagia' ada mama dan papa yang selalu luangkan masa dengan Ikha. Jadi Ikha takda masa kat luar sana sebab terlalu busy dengan kasih sayang mama dan papa." Cukup pedas aku menyindir papa.

Dengan laju aku terus menuju ke tingkat atas. Panggilan papa aku hiraukan. Aku benci papa. Bukan salah aku kalau aku ada kawan lelaki dekat luar sana. Bukan papa dan mama kisah pun! Huh! Pintu bilikku dihempas kuat. Dengan hati yang panas, aku menghempas badan di atas katil.

Lima belas minit berlalu, hatiku mula reda. Dengan perlahan aku melangkah ke dalam bilik mandi dan merendam badan di dalam bath tub. Rasa lega sedikit.

Aku bermain buih sabun sambil menyanyi. Rasa seronok sangat. Memang setiap bilik kami ada satu bilik mandi khas beserta bath tub. Jadi kami tak perlu berkongsi bilik mandi. Papa kaya, jadi buat apa bersusah payah berkongsi bilik mandi kan.

Tok tok tok! Tok tok tok! Dari dalam bilik air, aku terdengar pintu bilikku diketuk berkali kali. Arghhh! Siapa pulak tu. Mengganggu sahaja. Dengan malas, aku membilas badan sedikit lalu menyarung bath robe. Pintu masih diketuk berkali kali. Geram pulak aku.

"Nak apa???!!" Terus sahaja aku sergah orang yang mengetuk pintu sejurus aku membuka pintu. Aku tergamam. Dia juga tergamam. Faiz. Dia terus memalingkan wajah. Mungkin terkejut dengan badanku yang hanya berbalut bath robe. Haih. Pak ustaz dah lemah iman ke?

"Nak apa ya Abang Faiz?" Sengaja aku memanjakan suaraku dan memanggil dia abang.

"Papa suruh turun makan" mendatar dan tegas. Terus dia ingin berlalu pergi.

Dengan pantas aku menyambar lengannya yang tersarung baju melayu. Faiz menarik semula tangannya dengan kasar. Dia masih membelakangkanku.

"Fuzaikha! Tolong ya. Jangan sentuh saya sesuka hati. Tolong bezakan antara yang halal dengan yang haram."

"Wow wow wow. Rilekslah. Bukan sentuh kulit pun. Orang sentuh lengan baju je. Tak haram pun. Lainlah kalau sentuh macam ni." Aku mendekatinya dan mencuit pipinya dengan laju.

"Fuzaikha!" Dia memusingkan badannya. Kemudian menarik hujung tuala yang berbalut di kepalaku. Kepalaku dihentak ke dinding dan sepantas kilat, dia mengunci aku di dinding dengan kedua dua tangannya. Jarak kami agak dekat tapi masih dalam zon yang selamat.

Aku terjerit kecil tapi badan masih terkaku. Anak matanya menikam tajam mataku. Macam nak tembus! Dadaku berombak kencang. Tanda terkejut dan marah.

Aku cuba melepaskan diri tapi amrannya cukup menggerunkanku. "Make a move and I will kiss you immediately" Gila! Beraninya ustaz ni nak cium aku! Ada ke ustaz macam ni?

Faiz tersenyum sinis.
"Tahu pun takut. Ingatkan berani sangat tadi" Matanya tegak memandang mataku. Aku perasan dia tidak memandang tempat lain. Kepung aku macam ni berani, tapi nak tengok badan aku pun takut. Tapi aku hanya simpan kata kataku. Takut kena cium!

"Fuzaikha..... Awak ni memanglah kurang kasih sayang. Kalau awak teringin sangat nak pegang saya, awak cakap jelah. Jangan uji iman saya macam tu. Kalau awak dah teringin sangat, saya boleh minta izin dengan papa awak untuk bernikah dengan awak. Malam ni jugak kita boleh nikah." Ayatnya tersusun tapi menyakitkan. Aku terkedu.

Faiz tersenyum senget dan mengenyit mata ke arahku lalu melangkah pergi. Aku menarik nafas lega. Tanganku mengepal penumbuk. "Siapa nak kahwin dengan orang gila macam kau ha!" Sepantas kilat dia hilang dari pandangan.

Dengan hati yang sebal aku masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu. Haih nasib kaulah pintu. Harini je dua kali kena hempas. Di dalam bilik aku mengambil bantal dan menjerit sekuat hati.

"Faiz !!! Matilah kau nanti!! Aku akan seksa kau hidup hidup. Biar kau rasa menyesal sebab kenal dengan aku!! Tunggu kau Faiz!!!! Arghhhh!!!"

Baru nak jerit untuk kali kedua, suara mama pula kedengaran di luar pintu bilik. "Fuzaikha. I saw everything. Kalau taknak nikah malam ni, baik cepat turun makan."

"Whhhaaattt??!!"

Kerana Dia Al-MusyarraqohWhere stories live. Discover now