Bab 12

2.4K 187 9
                                    

Kereta dipandu tenang. Aku diam tidak berkutik. Sedikit hampa mungkin. Ingatkan Hafiq yang panggil tapi rupanya Faiz.

"Awak suka makanan arab?" Suara Faiz memecahkan kesunyian.

"Bolehlah"

"Nak makan makanan arab? Saya belanja sekali sebagai hadiah untuk anugerah tadi"
"Tak payahlah. Saya nak balik" aku dah tak ada mood.

"Kita pergi jugak"

"Kalau macam tu baik tak payah tanya" geram betul aku.

Kedua dua bunga di tangan aku pandang sayu. Sejambak dari Faiz. Sejambak dari entah siapa. Aku teringin sangat nak tahu siapa yang bagi bunga ni. Tak tahu kenapa. Tapi bunga ni macam something.

"Dah dahlah tu tenung bunga tu."

"Sibuk jelah"

"Yang lagi satu siapa bagi?"

"Tak tahu."

Diam lagi. Cepatnya mood aku ni berubah ubah. Malas nak fikir lagi. Bunga aku letak di tempat duduk belakang. Mataku melihat Faiz yang tenang memandu.

Faiz . Kadang kadang menyakitkan hati. Tapi kadang kadang aku rasa tenang dengan dia. Siapa dia sebenarnya.

Raut wajahnya aku perhatikan. Muka yang bebas dari sebarang jerawat atau apa apa kotoran. Senang kata flawless lah muka dia. Mata yang bulat dan jernih. Kening yang elok terbentuk. Alis mata sedikit lentik. Hidung yang mancung. Bibirnya agak lebar tapi agak nipis dan cantik terbentuk.

Boleh dikatakan wajahnya hampir sempurna. Tapi kenapa pada aku tak berapa handsome dan wajahnya agak keperempuanan ehk. Mungkin sebab kulitnya putih melepak, kalah warna kulitku yang sedikit gelap. Mungkin juga sebab bibirnya yang agak merah jambu.

Di dagunya terdapat sejemput janggut kambing. Orang kata lelaki yang berjanggut ni handsome tapi tidak pada aku. Aku lebih suka lelaki yang tiada sebarang janggut. Juga pada aku lelaki mestilah maskulin.

Tetapi Faiz ni, taklah kurus sangat. Nampak jugak ketegapan tububnya, tapi tidak berapa sado senang cakap.

Haish. Apa aku merepek ni. Pergi tenung anak bujang orang lepas tu fikir entah apa apa. Shuh shuh shuh. Jahatnya fikiran ni.

"So boleh comment? "

"Comment apa?" Eh apa Faiz ni tiba tiba nak suruh orang comment.

"Commentlah pasal saya. Sebab bukan main khusyuk lagi awak perhatikan saya dari tadi. Kalau dah jatuh hati ke apa ke cakap tau" sempat dia mengenyit mata ke arahku.

Huish. Gila ah mamat ni.

"Please jangan perasan sangat boleh tak? Saya cuma tengok je sama ada awak atau saya lebih cantik. Dan of course saya lebih cantik sebab saya perempuan asli." Sengaja aku menipu. Menutup gugup.

"Perempuan? Punya handsome muka saya ni awak kata perempuan? Awak tahu tak perempuan kalau tengok saya sekali pandang je, boleh jatuh hati sampai beratus kali tau"

"Ya Allah kenapalah aku boleh terjebak dengan lelaki perasan nak mati macam ni. Tolonglah Faiz. Perempuan buta pun belum tentu nak jatuh hati dengan awak. "

"Hahah. Kalau perempuan buta tu tahu macam mana tahap kekacakan saya ni, dia sanggup jadi buta untuk selamanya sebab takut dia terkam muka saya yang terlalu handsome ni ha"

"Eiyyyukks. Plastic bag please. Saya patut belikan awak cermin banyak banyak supaya awak sedar muka girlish awak tu"

"Eh tak perlulah. Cermin pun malu nak tengok mula saya tau. Cermin pun boleh jatuh hati dengan aura saya"

Kerana Dia Al-MusyarraqohWhere stories live. Discover now