Bab 24

2.5K 157 6
                                    

Kereta dipandu tenang. Haziq di sebelah aku perhati dengan pelik. Apa masalah mamat ni eh?

Tadi dengan Ummi bukan main ceria lagi. Bila masuk je dalam kereta terus senyap dan masam memanjang. Dia memang macam ni, atau dia ada something wrong dengan aku?

Baik aku test dia.

"Tak faham betullah dengan Faiz ni kan Haziq? Sesuka hati dia je suruh saya naik dengan Haziq."

Diam. Aku rasa suara aku dah cukup kuat kot untuk dia dengar. Kenapa tak respons?

"Kesian Haziq kena hantar saya pagi ni. Tak lambat ke nak ke tempat kerja nanti?"

Masih diam lagi. Ehh panasnya aku dengan Haziq ni. Adik dengan abang memang sama je perangai. Annoying!

"Dah takda mulut ke nak cakap? Tadi dengan Ummi bukan main kecoh lagi. Memang talam eh?"

Ha amek ko sedas aku bagi.

"Hey budak. Kau boleh diam je tak? Aku menyampah lah tengok kau kat sini."

Hohoho. Kau aku? Tadi bukan main berabang abang. Apa masalah dia tak suka aku? Bukan aku kacau dia pun. Pleaselah!

"Apa masalah kau sebenarnya? Aku cakap elok elok kan? Yang tiba tiba nak angin ni kenapa? Bukan aku buat masalah dengan kau pun!" Nak sangat kan? Rasakan!

"Ohhh. Boleh tahan jugak eh kau punya kurang ajar! Entah macam mana Ummi boleh suruh Faiz kahwin dengan kau, aku pun tak faham. Perempuan gatal! Baru lepas SPM dah beria nak kahwin. "

Whattt??!!

"Hey mamat sewel! Jaga sikit eh mulut tu! Bukan aku yang beria ria nak kahwin eh. Semua tu arahan Ummi!"

"Tapi kau boleh kan tolak cadangan tu? Hey, aku tahulah Faiz tak setuju dengan cadangan Ummi. Tapi kau yang dok gedik pujuk pujuk Faiz"

"Kau ingat aku saja je ke buat macam tu?! Aku ada sebab akulah!"

"Sebab apa? Sebab dah tak pandai jaga diri sendiri? Mak ayah kau dulu tak pernah ajar ke?"

"Berhentikan kereta sekarang!"

Brek mengejut ditekan. Hampir alu terhumban di dashboard. Hampir sahaja aku ingin menitiskan air mata. Tapi perasaan marah menguasai segala galanya.

"Eh Haziq. Kalau kau tk puas hati macam mana pun dengan aku, tolong jangan libatkan parents aku yang dah tertanam dekat bawah tanah tu. Jangan lupa, Faiz milik aku sekarang. Kau tak takut ke aku boleh buat apa sahaja yang aku nak pada Faiz tu?"

"Hey perempuan! Kau tak payah buat apa apa lagi dekat Faiz. Cukup dengan perkahwinan korang, kau dah hancurkan masa depan Faiz. Kau tahu tak, impian Faiz dari kecil, nak jadi doktor selepas tamat pengajian dekat sana. Dan itu juga harapan terbesar Ummi. Tapi disebabkan kau sorang, impian Faiz hancur macam tu je, dan harapan Ummi hilang sekelip mata. Atas apa yang kau dah buat, kau ingat aku nak diam dan boleh sukakan kau sebagai adik ipar? Memang taklah!"

Kini, aku yang terdiam. Tapi... bukan salah aku sepenuhnya.

"Baik kau keluar sekarang. Alang alang dah sampai. Faiz tunggu kau dekat area tasik."

Aku memandang sekeliling. Rupa rupanya dia membawaku ke taman rekreasi. Tanpa banyak kata, aku terus meluru keluar dengan air mata yang hangat mengalir laju.
Aku berlari ke dalam kawasan rekreasi da n masuk ke dalam kawasan pagar sesat. Di kawasan yang ahak tersorok, aku terduduk lemah dengan air mata yang makin laju mengalir.

Betul ke apa yang Haziq kata tadi? Salah aku ke semuanya? Tapi. Aku cuma nak lindungi diri sendiri. Atau perbuatan aku terlalu mementingkan diri?

Mama... Papa...
Ikha takut.. kenapa tinggalkan Fuzaikha sorang sorang dalam dunia ni? Kenapa biarkan Fuzaikha terjebak dengan keluarga Faiz dan jadi penghancur kehidupan mereka?

Kerana Dia Al-MusyarraqohWhere stories live. Discover now