Air hujan yang turun sama lebatnya dengan air yang keluar dari tubir mataku seolah olah memahami kesengsaraan hati ini . Saat seluruh ahli keluarga ditimbus di dalam liang lahad, aku hanya mampu melihat dengan tangisanku.
Nasib baik aku mampu berdiri di sini, melihat hari perkebumian mereka semua. Aku sangka mama dapat diselamatkan, tetapi akhirnya mama menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"Relakan pemergian mama awak Fuzaikha. Kalau mama awak terus macam ni, jasadnya akan terseksa. Biarkan mama awak pergi dengan tenang" kata kata Faiz sedikit sebanyak memberi kekuatan kepadaku.
Kini tinggal aku keseorangan di dunia yang kejam ini. Kematian mereka berpunca dari diriku sendiri. Sukar untuk aku terima. Tetapi Faiz kata aku kena redha.
"Redha itu menerima dengan hati yang ikhlas atas semua ketentuanNya. Ajarkan hati untuk redha, InsyaAllah bahagia akan menjelma" ahh terlalu banyak kata kata Faiz yang memberiku kekuatan.
Aku bersyukur kerana adanya Faiz. Walaupun pada mulanya aku sangat membencinya tetapi kini dia banyak membantuku . Wajahnya tenang saat mrngangkat jenazah keluargaku ke dalam liang lahad.
Papa... Mama.. Abang.. Kakak..
Fuzaikha dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni. Fuzaikha dah hilang semua tempat bergantung. Fuzaikha rasa lemas dalam lautan yang luas. Sukar untuk Fuzaikha terima. Apa Ikha nak buat lepas ni? Ke mana Ikha nak pergi? Pada siapa Ikha nak bergantung? Ikha buntu Papa, Mama.Papa, Mama, Abang, Kakak...
Maafkan segala kesalahan Fuzaikha. Maafkan Ikha kerana menjadi punca kematian kalian semua. Sungguh Ikha menyesal dan rasa bersalah ini akan Ikha bawa sampai mati. Maafkan Ikha. Halalkan segala galanya yang pernah kalian beri pada Ikha. Ikha sayang kalian semua."Fuzaikha, semua dah selesai. Mari kita balik" Aunty Leha memeluk bahuku.
"Ikha nak balik mana Aunty? Rumah Ikha dah kosong. Ikha tak ada keluarga lain. Papa dengan mama anak tunggal. Atok dengan nenek Ikha dah tak ada. Mana Ikha nak pergi Aunty? Aunty, kesiankanlah Ikha" tidak semena mena aku memeluk Aunty Leha. Air maya gugur lagi.
Kebanyakan orang yang hadir ialah rakan rakan papa dan mama. Memang aku dah tak ada keluarga lain.
"Aunty tahu sayang. Mari kita balik rumah Aunty. Mulai harini Aunty akan jaga kamu. Kamu akan berpindah ke rumah Aunty. Ya Fuzaikha?"
"Aunty tak kisah ke? Ikha taknak susahkan orang lain. Cukuplah Ikha siksa keluarga Ikha"
"Aunty tak kisah sayang. Jangan cakap macam tu. Semua ni takdir Allah. Ikha kena redha" sudah dua kali Aunty memanggilku sayang.
Belum pun meninggalkan perkuburan, aku sudah merindui Mama. Walaupun Mama tak se'caring' Aunty Leha, tetapi mana ada insan yang sama seperti ibu kandung sendiri.
"Sudah mari balik. Fuzaikha kena rehat."
~~~~~
"Fuzaikha. Jom turun makan" Faiz memanggilku dari luar bilik. Pintu tidak tertutup rapat.
"Tak ada selera" sepanjang harini aku hanya duduk di dalam bilik sahaja. Waktu makan tengah hari tadi pun aku memberi alasan yang sama pada Aunty Leha.
Suara Faiz sudah tidak kedengaran. Mungkin dia taknak memaksa.
Sungguh. Kehilangan ini buat aku hilang segala galanya. Terasa jiwaku turut tertanam bersama ahli keluargaku.
Air mata? Terasa kering air mataku untuk mengalir lagi. Terlalu berat semua ini untuk aku menangis lagi. Dari bangun pagi sampai sekarang aku hanya duduk menyandar di kepala katil. Sesekali Aunty Leha dan Najihah masuk tetapi aku buat tak layan.
YOU ARE READING
Kerana Dia Al-Musyarraqoh
Teen FictionTerima kasih dan maaf. Terima kasih sebab terima saya. Maafkan saya sebab saya boleh sayangkan awak tapi saya tak mungkin cintakan awak. Tak mungkin dan takkan. Dan maafkan saya seandainya dengan ungkapan sayang saya memberi awak harapan - Hayqa Fuz...