"Hampir setengah tahun Aunty tak jumpa Ikha. Makin cantik sekarang ya." Aunty Leha memujiku.
Aku hanya tersenyum malu. Malas nak layan Aunty Leha ni. Dah memang aku lawa sejak dulu. Apa nak kecoh.
Selepas makan malam tadi aku ingin terus naik ke bilik. Tapi ditegah oleh Papa. Katanya ada benda penting nak bincang. Apa yang penting pun aku tak faham. Aku membetulkan posisiku di atas sofa apabila Papa memulakan bicara.
"Fuzaikha. Sebelum Papa cakap lebih banyak, Papa nak kenalkan anak Uncle Salleh yang kedua. Faiz Al-Musyarraqoh." Papa menunding jari ke arah lelaki yang tidak kukenali tadi. Hampir aku tergelak mendengar namanya. Al-Musyarraqoh? Nama apa tu? Hahahaha.
Ouhh. Rupa rupanya anak Uncle Salleh. Tapi kenapa aku tak pernah kenal eh? Padahal dah lebih 10 tahun papa dengan Uncle Salleh berkawan.
"Faiz ni baru sampai sini minggu lepas. Daripada tingkatan 1 sampai dia 19 tahun ni, dia belajar di Mesir. Sebab tu kamu tak pernah jumpa dia lagi." Eh papa ni macam tahu je apa dalam hati aku. Ehh tapi sekejap.
"Kenapa Papa kenalkan dia dekat Ikha sorang je? Apa yang lain dah kenal sangat ke dengan dia?" Soalan ku mengundang cubitan Mama di pahaku. Huishh mama ni cubit tak agak agak.
"Yang lain dah berkenalan dengan Faiz ni sebelum makan tadi. Tapi memang kamu yang kena kenal lebih dengan Faiz ni."
"Kenal lebih? Mohon pencerahan papa."
"Faiz akan jadi guru tuisyen Agama Islam kamu sehingga kamu Spm."
"What??!! Papa no. Not this guy papa." Terkejutnya aku sampai berdiri. Lelaki tu? Eiyy tak minat aku. Dahlah pasif. Diam je dari tadi. Muka macam perempuan. Lagi lagi janggut dia. Eiyyy tengok je dah serabut. Boleh hilang weh selera makan kalau tengok hari hari. Dengan jubah putih dia tu ingat cukup baik ke nak ajar aku agama. Entah entah lakonan je semua tu.
"Hayqa Fuzaikha! Please behave." Suara papa dah mula meninggi.
"Hahaha. Rilekslah Redhza. Dia terkejut sangat tu. Yelah dapat cikgu mengejut. Lelaki pulak tu." Uncle Salleh cuba menenangkan papa.
Aku mencebik dan duduk semula. Tak cukup ke tuisyen aku yang papa bayar beratus ratus tu? Apa papa nak lagi? Menyampahnya!
"Ikha, papa buat keputusan ni untuk kebaikan kamu. Kamu ingat papa tak tahu keputusan agama islam percubaan Spm kamu? Daripada 96% kepada 70%. Jadi tuisyen ni sebagai tambahan untuk kamu.
Arghhh. Stressnya. Macam mana papa boleh tahu keputusan aku ni? Ribut betullah. Tapi berpunca daripada papa dengan mama jugak. Sehari sebelum aku menduduki peperiksaan agama islam, papa dan mama bergaduh besar pasal syarikat dekat rumah. Siapa yang tak stress? Cukup baik masih dapat A.
"Apa apalah papa. Kalau Ikha bantah pun bukan papa nak ikut pun. Semua papa je yang betul. Ikha tak pernah berpeluang nak buat keputusan sendiri." Aku bangun dan terus menuju ke dalam bilik.
Lelaki yang konon kononnya cikgu baru aku itu aku jeling sekilas. Bisu ke apa mamat tu? Dari tadi senyap je. Lelaki apa macam tu. Hishh tak suka!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Huwargghh. Mengantuknya!" Aku mengeliat di atas katil ku. Jam di sisi aku pandang sekilas. 10 pagi. Hari ni hari Jumaat, tapi ada kelas tambahan di sekolahku. Sengaja aku bangun lewat dan tak pergi ke sekolah. Sebagai mogok dengan papa sebab buat keputusan tanpa berbincang denganku. Biar padan muka papa layan call cikgu tanya kenapa aku tak datang.
Aku melangkah keluar dari bilik. Dengan baju tidur masih tersarung, aku duduk di meja makan dapur sambil minum susu segar.
Mana Mak Teha ni? Makanan pun takda. Tak tahu ke aku lapar. Ada jugak yang kena pecat nanti.
Aku mendengus lalu bangun untuk menuju ke ruang tamu bagi mencari Mak Teha. Tak sampai sesaat aku berpusing....
"Arghhhhhh!!! Pencuri!!! Perogol!! Perompak!!! Mak Teha!!! Tolongg!! Ada orang jahat!!!!!"
Lelaki yang berkaca mata di hadapanku kelihatan gelisah dengan jeritanku. Aku mula mencapai pisau di kabinet dapur dan mengacukan ke arahnya. Jantung sudah berdegup laju. Kaki mula menggigil.
Penjenayah tersebut terkesima dengan tindakanku. Dia kaku di tempatnya tapi tangannya cuba menenangkanku.
"Fuzaikha. Tenang... Ni sayalah." Fuzaikha? Saya? Macam mana dia kenal aku. Siapa saya tu? Tapi sekejap.. Suara tu. Kenapa macam aku pernah dengar? Aku lalai seketika apabila mendengar suaranya.
Sekelip mata sahaja dia menghampiriku, mencampak pisau dari genggamanku dan mengilas tangan ku di belakang.
"Argghh. Sakitlah!" Aku mengerang kesakitan. Tapi yang peliknya dia langsung tak menyentuh kulitku. Ehh apa nak heran. Dah pijama aku ni berlengan panjang.
"Lepaslah! Pencurii!! Mak Teha!!!" Aku mula bergelut dengan lelaki tadi.
"Ya Allah!! Cik Fuzaikha! Apa yang dah jadi ni??!" Kehadiran Mak Teha membuatkan penjenayah tadi melepaskanku. Sepantas kilat aku bersembunyi di belakang Mak Teha.
"Mak Teha! Tolong tu ada orang jahat! Tak tahulah perogol ke pencuri ke perompak ke. Tolong Mak Teha saya takut!" Aku menarik narik lengan baju Mak Teha. Penjenayah yang berkaca mata hitam tersebut hanya berdiam di tempatnya sambil tersenyum kecil.
"Perogol? Pencuri? Perompak? Hahahahahahahahhhhhhahahhahahahahaha" Mak Teha ketawa besar sampai terduduk duduk. Penjenayah tadi pun ikut ketawa. Ehh. Penjenayah planet mana ni boleh ketawa ketawa depan mangsa dia? Taktik baru ke?
Ketawa Mak Teha makin menjadi jadi . Ehh melebih dah orang tua ni. "Mak Teha! Berhenti ketawa!" Herdikku dengan kuat. Kedua dua mereka terus meredekan tawa.
"Maaf maaf Cik Fuzaikha. Cik tak kenal ke? Ni kan..."
"Saya Faiz Al-Musyriqoh. Anak Uncle Salleh yang datang semalam. Awak tak cam saya ke?" Katanya sambil membuka cermin mata hitamnya. Senyuman kecil masih bersisa di bibirnya.
Lahhhh. Mamat muka perempuan ni ke? Buat malu aku je beraksi depan dia tadi. Aku berdehem sedikit menutup malu.
"Lain kali kalau masuk rumah orang jangan sesuka hati merayap ke mana mana. Hormat sikit tuan rumah." Aku kata dengan nada geram.
"Maaflah. Saya cuma nak minum air tadi. Tak tahu pulak awak ada. Emm. Lagi setengah jam kita mulakan kelas ya. Awak siapkanlah diri dulu." Dia berkata lalu berlalu keluar.
"Ehh sekejap! Kelas? Mula harini ke? Awalnya! Harini sepatutnya saya ada kelas tambahan. Jangan awak sesuka hati nak ganggu waktu saya!" Aku memberi amaran. Mak Teha cuba berkata sesuatu tetapi Faiz lebih cepat membidas.
"Cik Fuzaikha , sekarang dah pukul 10 lebih. Tapi awak masih berpakaian tidur. Jadi sebagai denda, papa awak minta saya mulakan kelas pada hari ini selama 3 jam. So, please behave and be nice ya." Katanya sambil mengenyit mata ke arahku sebelum memakai semula cermin mata hitamnya.
Eiyyyy. Menyampahnya aku! Dalam rumah pun nak bersunglasses apa masalah dia? Semalam depan parents kitorang, dialah sebaik baik manusia . Rupa rupanya syaitan bercermin mata hitam. Nak je aku pijak dia sampai lumat! Tunggu kau Faiz. Salah oranglah kau cari pasal dengan aku. Kalau kau syaitan bertopengkan manusia, ni akulah, semua syaitan tunduk dengan aku!
"
YOU ARE READING
Kerana Dia Al-Musyarraqoh
Teen FictionTerima kasih dan maaf. Terima kasih sebab terima saya. Maafkan saya sebab saya boleh sayangkan awak tapi saya tak mungkin cintakan awak. Tak mungkin dan takkan. Dan maafkan saya seandainya dengan ungkapan sayang saya memberi awak harapan - Hayqa Fuz...