Berjalan dengan Faiz dekat shopping complex memang sesuatu yang kedengaran sangat mustahil. Tapi itulah yang aku sedang lalui sekarang!
Lepas habis ber'picnic' tadi, Faiz mengajakku ke mall. Katanya nak spent time harini dengan aku. Layankan jelah mamat jambu ni.
"Fuzaikha, awak nak tengok wayang ke?"
Suara Faiz tenggelam timbul dalam kesesakan di dalam mall ni. Ramai pulaklah orang hari ni."Emm. Bolehlah!" Aku terpaksa menjerit kecil supaya Faiz dapat mendengar suaraku.
Faiz meneruskan langkahnya ke arah kawasan panggung wayang. Terkocoh kocoh aku mengikut langkah panjang dia.
'Tahulah kaki tu panjang! Tapi agak agaklah sikit jalan tu! Tak fikir langsung orang dekat belakang ni. Penat kaki aku ni nak kejar dia. Hishh. Suami apalah ni. Geramnya..'
"Auch!" Dalam sibuk mengomel, aku mengaduh bila badanku terlanggar susuk tubuh seseorang.
"Haa kan dah langgar orang. Kalau tengah jalan tu, biar kaki jelah yang gerak, mulut tutup. Ni sibuk mulut tu membebel. Ingat orang tak dengar ke?
Kurang asam punya Faiz! Aku mencebikkan bibir. "Dahtuu awak tu haa. Jalan laju sangat! Tak fikir..."
"Okay okay. Tak payah ulang bebel tu. Saya dengar semua yang awak omelkan tadi. Saja je nak test kekuatan kaki awak. Hehe" Faiz tersenyum kemudian memeluk pinggangku.
Terasa bahang di wajahku. Aduh mamat ni. Agak agaklah sikit nak peluk. Ni kan tempat awam!
Dush! Satu tumbukan aku padukan di perutnya.
"Aduhh! Sakitlah!" Faiz mengadu sakit.
"Hahah. Padan muka! Siapa suruh kenakan orang tadi. Ingat kelakar ke ha?"
"Eiyy tak padan dengan kecik!" Kepalaku diketuk oleh tangannya.
"Yahh Faiz! Sakitlah!"
Baru sahaja aku ingin membalas, cepat cepat dia meleraikan pelukannya dan terus menonong ke depan.
"Hahah dah cepat jalan. Kita ni dekat tempat awak ni. Jangan buat drama free pulak! Hahaha"
Kedua dua tanganku genggam tanda geram. Faiz!!! Siapa yang mulakan drama sekarang ni. Huh! Cepat cepar aku mengikut langkah kakinya.
Aku dah set dalam minda nak tengok movie apa. Baik aku cepat sebelum dia sesuka hati beli tiket movie entah apa apa. Faiz tu bukannya boleh percaya sangat! Sewel semacam.
"Hey kecik! Cepatlah pilih nak movie apa?"
"Apa kecik kecik? Tak payahlah cakap kuat kuat! Saya bukannya kecik mana."
"Keciklah tu. Lagi kecik dari saya. HAHAAHAH"
Sakitnya hati!! Nasib baik dekat tempat awam. Kalau tak dah kena pijak dengan aku!
"Dah diam diam. Sekarang pergi belikan tiket movie Dilwale."
"Dil apa? Peliknya tajuk movie. Hahaha."
"Dilwale lah. Cerita hindustan"
"Kenapa tak tengok movie tamil je terus? Hahahahaha"
"Hishh. Ada jugak yang kena makan jakgi. Beli jelah!"
"Ehh serius ke hindustan?"
"Ehh mamat ni. Ingat orang main main ke dari tadi?"
"Tak tak. Masalahnya ada ke cerita hindustan tu dekat wayang ni?"
Aku membuat muka bosan. Blurnya!
Aku menghampirinya. Kedua dua tanganku memegang wajahnya. Kemudia aku halakan pada skrin di kaunter tiket."Cik Abang. Cuba tengok gambar tu betul betul. Ada gambar Shah Rukh dengan tulisan 'Dilwale'. Maknanya cerita tu memang adalah dekat sini. Nampak tak?"
YOU ARE READING
Kerana Dia Al-Musyarraqoh
Teen FictionTerima kasih dan maaf. Terima kasih sebab terima saya. Maafkan saya sebab saya boleh sayangkan awak tapi saya tak mungkin cintakan awak. Tak mungkin dan takkan. Dan maafkan saya seandainya dengan ungkapan sayang saya memberi awak harapan - Hayqa Fuz...