"Sedap?"
"Sedap! Terima kasih sebab belanja saya Abc. Relief sikit lepas dua minggu struggle SPM"
"Takda hal lah. Enjoy yourself" Faiz menghadiahkanku sebuah senyuman yang manis.
Setelah dua minggu berperang dengan kertas peperiksaan, Faiz mengajakku pekena ABC. Katanya aku perlu release kan sedikit tension sebelum hadapi subjek killer.
"Faiz, saya peliklah. Awak tak kerja ke?"
"Kerja? Emm. Tak kot buat masa ni. Lagipun saya tak lama dekat Malaysia. Dua bulan lagi saya akan balik ke Mesir semula"
"Ouhhhhh. Emm. Saya nak tanya ni. Tapi awak janji jangan marah eh."
"Huish. Tanya apa ni."
"Alaa. Janji jelah" Sambil itu aku menghabiskan ABC dengan bahagianya.
"Taknak. Welk" faiz mengejekku dan terus bangun.
"Faiz!" Cepat cepat aku mengejar dia.
"Faiz! Tunggulah! Janji jelah" aku mengikut jejak Faiz yang berjalan ke arah taman berdekatan.
"Tak nak" Faiz berhenti, memandangku lalu memakai cermin mata hitamnya. Ceh! Berlagak macho!
Dengan pantas aku berdiri di hadapannya dan menghadang jalannya. Senyuman paling manis aku berikan. Kaki aku jengketkan sedikit.
"Kalau awak taknak janji, I will kiss you here. Your pink lips look sexy" memang saja aku keluarkan statement macam tu.
"Wow! Thats my trick. Tapi ciumlah kalau berani" setapak dia maju ke hadapan. Automatik aku terundur ke belakang. Setapak dia ke depan, setapak aku ke belakang. Seyuman jahat dia hadiahkan untukku.
"Awak jangan lupa Fuzaikha. Saya lelaki. Saya boleh buat apa sahaja yang saya nak buat dekat awak. Lebih dari sebuah ciuman. "
"Awak jangan Faiz. Kita bukan mahram. Berdosa."
"Tahu pun berdosa. Dahtu kenapa ugut nak cium saya? Hurm?" Dia mengangkat angkat keningnya.
"Jangan serius sangat. Saya acah je"
"Acah tak acah. Tapi bibir saya memang seksi dan menggoda awak kan?" Sengaja Faiz menjilat bibirnya.
Gila! Niat aku nak kenakan dia, tapi aku yang mula cuak!
Dia teruskan langkah. Aku makin kebelakang.
"Arghh!" Aku terjerit kecil apabila ada sesuatu yang menghalang langkahku dan tidak semena mena aku terduduk di atas kerusi.
"Hahahahahahaha!" Faiz ketawa terbahak-bahak. Sewelnya! Aku buat muka masam. Huh!
"Hahahahaah. Kelakarnya muka awak Fuzaikha!"
"Dahlah tu ketawakan orang! Tak kelakar okay!"
"Hahahah. Takdalah. Tadi beria ria nak ugut saya , sekali awak yang cuak. Lawaknya! Hahahah"
"Faiz! Dahlah tu! Saya baliklah macam ni!"
"Hahaha okay okay stay. Dah dah saya tak ketawakan awak lagi. Saya janji takkan marah dengan soalan awak. Apa dia?"
Faiz meredakan tawanya dan duduk di sebelahku. Wajahnya menghadapku dengab sisa senyuman di bibir seksinya. Matanya tak kelihatan kerana terselindung disebalik cermin mata hitamnya.
Aku harap soalanku tidak mematikan senyuman dia. Harap harap.
"Emm Faiz. Awakkan student Al-Azhar dan belajar bidang agama tapi.. emm."
"Tapi emm apa? Hurm?"
"Ok. Saya tahu awak pernah pergi Australia so sebab tu awak pandai speaking English. Cuma saya pelik dengan sikap awak. Memanglah awak tak pernah sentuh saya, tapi awak selalu ugut nak cium sayalah, apalah. Then awak keluar berdua selamba je dengan saya. Senang cakap, gaya awak tak ada macam ustaz pun. "
YOU ARE READING
Kerana Dia Al-Musyarraqoh
Genç KurguTerima kasih dan maaf. Terima kasih sebab terima saya. Maafkan saya sebab saya boleh sayangkan awak tapi saya tak mungkin cintakan awak. Tak mungkin dan takkan. Dan maafkan saya seandainya dengan ungkapan sayang saya memberi awak harapan - Hayqa Fuz...