"Saya cakap ni awak jangan marah pulak tau!"
"Haih Faizz. Takda sebab saya nak marah pasal fesyen rambut awka nilah"
"Ok emm sebenarnya.." Faiz meneruskan langkah dengan membiarkan ayatnya tergantung. Cepat cepat aku mengejar langkah dia.
"Faiz! Bagitaulah kenapa sebenarnya dengan gaya rambut awak ni?"
"Emm. Tapi awak jangan jeles tau!"
Aku membuat muka bosan.
"Tak ada sebab saya nak jeles. Jelaskan please""Okay emm sebenarnya... gaya rambut saya ni, gaya rambut yang dipilih oleh bekas tunang saya dulu. Saya tak pernah ubah gaya ni sebab inilah satu satunya kenangan tentang dia yang tinggal. Tapi sekarang saya dah nikah dengan awak. So I'm yours and you deserve to do anything on my style. Selagi ikut syarak okay!"
Just wow. Aku terdiam. Speechless. Tak tahu nak kata apa. Aku berfikir fikir dan cuba merasionalkan keadaan. Patut ke tak aku ubah eh? Tapi dia kata 'I'm yours' so suka hati akulah kan?
"Emm ahh. Sorry Faiz. Tapi saya nak tukar jugak ikut gaya saya! Baru sejuk mata saya pandang awak setiap hari. Lagipun gaya ni tak berapa sesuailah dengan muka awak."
"Yelah Fuzaikha. Ikut awaklah. Tapi awak nak ubah jadi gaya apa?"
"Rahsia~ heheh. Ok jom!" Mungkin kerama terlalu excited, aku melingkarkan tangan di bahunya. Dia dahlah tinggi. Aku ni tak berapa cukup inci kalau nak dibandingkan dengan dia. Habis tertunduk tundukk badan dia. Haha kisah apa aku?
"Fuzaikha. Tempat awam ni kan"
"Biarlahh. Tak kisah. Saya excited sangat ni nak ubah penampilan awak."
"Aduhai. Macam seram je ayat awak tu. Jangan jadikan saya botak sudah!"
"Botak? Haha botak tak sesuailah denga awak. Saya akan tukar fesyen awak sampai kekacakan awak terselah. Sampai semua orang nak pandang awak berkali kali.
"Kalau macam tu, awaa tak takut ke kalau kalau ada perempuan lain terpikat dekat saya?" Faiz mengangkat angkat keningnya.
"Tak kisah pun! Sebab semua tahu awaa dah kahwin sebab saya dah pegang awak macam ni. Hahaha. Padan muka saham awak jatuh!"
"Awak ni memang taknak kalah kan? Baik awak turunkan tangan awak sekarang"
"Kenapa nak lepaskan? Biarlah. Baru nampak macam member member kan."
"Fuzaikha, ni bukan member member lagi tau. Kalau macam ni memang semua tahu kita dah kahwin. Baik awak lepaskan sebelum saya dukung awak."
"Dukunglah. Tak takut pun"
"Lepaskan lah Fuzaikha. Nak kena cium ke?"
"Ciumlahhh. Tak heran puu.."
Terus Faiz mendekati wajahku. Ah sudah. Kang dia buat betul betul naya aku. Cepat cepat aku lepaskan tanganku. Perghh gila!
"Hahahaha tahu takut! Main main lagi"
"Huh!" Aku menarik muka.
"Hahah dah dah jom."
"Bagitahu dulu kenapa beria ria suruh lepaskan tadi??"
"Sebab saya gelilah!"
"What? Geli?! Hahahahahahahahaha. Awak. Geli? Sampai macam tu sekali? Hahahah kelakarnya!! Memanglah awak ni gaya perempuan betul!"
Galak aku mentertawakan dia. Teringat muka dia tahan geli tadi. Kelakar sangat! Ingatkan malu ke apa! Hahah Faiz Faiz.
"Dah dahlah tu ketawakan saya. Baik cepat jalan. Kalau tak saya cancel je"
YOU ARE READING
Kerana Dia Al-Musyarraqoh
Teen FictionTerima kasih dan maaf. Terima kasih sebab terima saya. Maafkan saya sebab saya boleh sayangkan awak tapi saya tak mungkin cintakan awak. Tak mungkin dan takkan. Dan maafkan saya seandainya dengan ungkapan sayang saya memberi awak harapan - Hayqa Fuz...