"Kenapa panggil saya dengan nama tu?" Faiz pusing memandangku dan bertanya. Tiada senyuman di wajahnya.
"Kenapa? Bukan tu nama awak ke?"
"Memang nama saya. Tapi awak tak dibenarkan guna panggilan tu"
"But why Al-Musyarraqoh?" Sengaja aku panggil dia begitu. Apa masalah dia sebenarnya?
"Stop it, Fuzaikha! Jangan cakap saya tak bagi amaran!"
"Wow wow wow. Kenapa ni? Saya panggil dengan nama awak kan? Kenapa? Maksud dia tak elok ha Musyarraqoh?!" Aku mula panas.
Sekelip mata, dia menuju ke arahku dan secara automatik aku kebelakang. Dia makin hampir. Dengan pantas dia menutup pintu bilikku. Dia tersenyum sinis.
"Panggillah saya dengan nama tu lagi sekarang. Itupun kalau awak tak sayang diri awak." Matanya tepat memandangku. Sinis wajahnya.
"A..a..apaa awak na..nakk buat ni ha? Baik awak keluar sekarang!" Aku mula ketakukan. Gila punya ustaz celup!
"Tahu pun takut. Now janji dengan saya awak takkan panggil saya dengan panggilan tu lagi."
"Janji!" Laju sahaja aku menjawab.
"Kan bagus macam ni" terus dia buka pintu dan keluar.
Aku menarik nafas lega. Huh! Gila!
"Ouh btw. Awak tertinggal surat tu dalam kereta. Saya dah tanda tangan sebagai ganti family awak. Saya akan pergi majlis graduasi awak minggu depan" belum sempat aku cerna ayatnya, dia sudah menghilang.
"Hari graduasi? Faiz? Ganti?" Kertas di tangan aku pandang tidak percaya. No!!!
~~~~~~~~
Keesokannya setelah tamat waktu sekolah, Faiz menghantarku ke rumahku semula. Mood aku hilang entah ke mana.
Mana tidaknya. Hafiq senyap je tak ada apa apa berita. Dengan Faiz aku malas nak cari pasal buat masa ni. Poyo sangat. Panggil Al-Musyarraqoh pun nak sentap. Then sesuka je sign surat graduasi aku. Huh!
Hidup aku serabut sejak ada Si Faiz Al-Musyarraqoh ni.
Sampai di rumah, papa dan mama berada di ruang tamu. Untuk pertama kali. Entah kenapa hatiku terasa lain bila melihat wajah mereka. Senyuman mereka sangat menenangkan.
Kata kata ustaz di masjid tempoh hari terngiang ngiang di gegendang telinga. Sungguh. Aku percaya mereka adalah syurgaku. Tapi kenapa sukar untuk aku mesra dengan mereka? Adakah aku tidak layak untuk memilik syurga?
Ahh! Fuzaikha. Solat pun entah ke mana. Layak ke nak masuk syurga?
"Auch!" Aku memgang bahu yang terasa sakit.
"Sorry. Siapa suruh berhenti tengah jalan"
Siot punya Faiz. Suka hati je langgar aku. Tak hormat langsung papa dan mama. Baru nak feeling feeling.
Faiz menyalami papa dan menunduk sikit pada mama. Tanda mereka menghormati mereka.
Perlahan, aku menuju ke arah papa. Tangan aku hulurkan. Papa dan mama terdiam.
Tanganku disambut. Dengan pantas aku mengucup tangan papa. Sumpah. Aku rasa hendak menangis. Tak tahu kenapa. Aku jarang salam papa. Paling paling pun setahun sekali waktu raya. Kalau tak memang taklah. Papa mengusap kepalaku.
Tangan mama pula aku sambut. Dada rasa macam nak pecah. Tak tahu rasa apa ni. Rindu ke? Tapi selalu tak jumpa diorang rileks je.
Tenang tenang.
"Hebat Faiz ni. Baru dua hari Fuzaikah tinggal di rumah Faiz, Fuzaikha lain sangat. "
"Apa yang lain papa?" Aduh apa kaitan pulak dengan mamat tu.
YOU ARE READING
Kerana Dia Al-Musyarraqoh
Teen FictionTerima kasih dan maaf. Terima kasih sebab terima saya. Maafkan saya sebab saya boleh sayangkan awak tapi saya tak mungkin cintakan awak. Tak mungkin dan takkan. Dan maafkan saya seandainya dengan ungkapan sayang saya memberi awak harapan - Hayqa Fuz...