Petang Sabtu selepas kelas tambahan, aku mengarah Faiz untuk menghantarku ke mall. Sebagai denda paksa aku semalam, dia kena teman aku sampai aku habis lepak dengan Hafiq. Biar padan muka dia.
Setibanya di mall, aku mengorak langkah laju menuju ke Big Apple. Hafiq kata dia menunggu aku di situ. Faiz yang beberapa meter di belakang aku hiraukan.
"Baby!" Sampai sahaja di hadapan Big Apple Hafiq menjerit kepadaku. Malunya tak terkata! Beberapa pasang mata memandang ke arah kami.
"Hafiq. Kenapa jerit kuat kuat? Malulah" aku mengambil tempat duduk berhadapan dengannya.
"Alaa sayang ni. Biarlah semua orang tahu yang you ni baby I" Si Hafiq ni kalau mengayat aku memang power.
"Hurm. Yelah Hafiq. Haa btw I'm so so so sorry for yesterday. You know kan I stay dekat rumah ustaz celup tu. Then semalam I suruh dia hantar I pergi mall, tapi masjid yang dia pergi. Geram I kena paksa macam tu" aku membebel panjang lebar. Tapi Hafiq kekal dengan senyuman gula dia tu.
"Rilekslah. I tak kisah and I faham. At least harini kita dapat jumpa kan? But.."
"But what? You jangan macam macam eh"
"Hahah. You ni gopohlah. But, you kena bayar dendalah."
"Emm. Denda apa?"
"Denda dia... You kena ikut I pergi satu tempat ni"
"Tempat mana? "
"Adalah. Rahsia. Kalau you ikut I baru you tahu. But I bet you must love that place" eiyy Hafiq ni nak berahsia rahsia pulak dengan aku.
"Yelah yelah. Sekejap lagi lah eh. I nak donut dulu. Tergoda I dengan bau dia"
"Anything for you honey. Come kita pilih donut"
Baru sahaja kami ingin bangun untuk memilih donut, Faiz datang dan sekali lagi dia merampas beg aku. Eiyy apa masalah dia sebenarnya??!!
"Fuzaikha. Balik sekarang" suara Faiz tegas dan matanya tegak memandang Hafiq. Jeles ke apa?
"Hey Faiz. Awak ni tolong behave sikit boleh tak? Dekat tempat awam pun awak nak rampas beg saya, apa masalah awak?"
Faiz tidak menghiraukanku. Matanya masih memandang Hafiq. Yang peliknya Hafiq juga sedang memandang tepat mata Faiz. Kedua dua mereka saling membalas pandangan dengan tajam sekali.
"Ouhh. Kau." Hafiq tersenyum sinis. "Tak sangka kita jumpa lagi"
"Aku tak berharap untuk jumpa kau lagi. Tapi kalini aku takkan biarkan kau ulang benda yang sama" Faiz membidas.
"Hahaha. Nampaknya kau dah boleh faham apa yang aku fikirkan. Bukan aku punca sepenuhnya. Tapi kau yang tak pandai jaga" Hafiq tak mahu mengalah.
"Tapi engkau tu manusia bertopengkan syaitan. Walaupun keadaan sekarang tak sama macam dulu, tapi aku takkan benarkan kau sentuh Fuzaikha" apa kaitan aku pulak?
"Hey Faiz. Jangan melebih lah. Apa korang merepek ni? Jangan buat drama dekat sini boleh tak?" Sesak dada aku dengan keadaan ni. Tak pernah jumpa tapi boleh bertegang urat macam ni.
"Ouhh sayang. Inilah ustaz celup yang you kata tu eh? Ni bukan celup, ni sial!" Hafiq hampir menjerit.
Tidak semena mena satu tumbukan padu jatuh ke muka Hafiq. Aku sangat terkejut. Pelanggan di situ menumpukan ke arah kami. Malu sangat ni. Aku tak mampu berbuat apa apa. Hafiq sudah terduduk di lantai. Boleh tahan dahsyat jugak tumbukan Faiz ni sampai berdarah bibir Faiz.
"That punch should be placed on your face several months before. So exactly, you deserve it. Jangan ingat kau terlepas lagi. Dan ingat! Jangan berani kau sentuh Fuzaikha!" Lantas, Faiz menarik lengan bajuku dan mengheret aku keluar dari mall menuju ke keretanya.
YOU ARE READING
Kerana Dia Al-Musyarraqoh
Novela JuvenilTerima kasih dan maaf. Terima kasih sebab terima saya. Maafkan saya sebab saya boleh sayangkan awak tapi saya tak mungkin cintakan awak. Tak mungkin dan takkan. Dan maafkan saya seandainya dengan ungkapan sayang saya memberi awak harapan - Hayqa Fuz...