Bab 13

2.3K 173 6
                                    

Sekejap aku menyandar. Sekejap aku duduk tegak. Serba tak kena semua. Ingatkan nak terus balik tadi. Tapi Aunty Leha ajak minum petang dulu.

Kad kad berwarna pink tadi betul betul mengganggu fikiranku. Takkan Faiz admire dekat aku? Tapi sejak bila? Kalai dia admire kenapa dia asyik cari fasal dengan aku?

Atau dia saja nak main mainkan aku? Saja nak kacau aku? Saja nak buat feeling aku huru hara? Haih. Nak je aku terus terang tadi. Tapi entah kenapa aku rasa tak sanggup nak tahu apa kebenaran dia.

Baru sahaja aku ingin membuka kad yang kedua, Faiz sudah berada di belakang. Cepat cepat aku campak kad tu semula dan pura pura pandang ke luar tingkap. Ah peninglah macam ni.

"Terima kasihlah Ikha sebab datang melawat Faiz. Entah apa jadi sampai demam macam tu." Aunty Leha datang mematikan lamunanku.

Dulang yang berisi gelas gelas air diletakkan di atas meja. Aku membetulkan posisi.

"Tak apalah Aunty. Papa yang suruh datang." Aku pura pura senyum. Pada hal dalam hati dah sumpah seranah.

Geram betul aku. Bukan teruk pun demam dia. Dah terpaksa aku cancel plan dengan Hafiq. Dahlah dah lama tak jumpa Hafiq.

"Doktor kata Faiz demam sebab kepala dia terhentak sesuatu. Kepala dia memang sensitif sikit semenjak dia kena pukul dekat Australia dulu."

"Australi??? Bukan Faiz study dekat Mesir ke Aunty?"

"Ouhh kamu tak tahu ke Ikha?"

"Tahu apa Aunty?" Apa kaitan Faiz dengan Australia pulak ni?

"Saya pernah pergi Australia sebelum balik ke Malaysia. Jadi volunteer dakwah untuk anak anak yatim" Faiz datang dengan wajah pucatnya kemudian duduk di sebelah Aunty Leha.

"Seriously? So apa kaitan awak kena pukul?"

"Awak tak perlu tahulah. Saya malas nak ingat"

"Alaa ceritalah please..."

"When I said ni, means no forever"

No means no. Akhirnya aku balik rumah dengan persoalan yang penuh di kepala. Arghhh kenapa dengan aku ni? Kenapa sibuk sibuk nak tahu pasal Faiz. Geram betullah.

Beg sekolah aku campak di kerusi belajar. Badan aku hempas di atas katil. Baru sahaja mata ingin terlelap, aku teringat sesuatu. Kad pink!

Cepat cepat aku cari semula kad pink haritu. Tulisan tangan, ayat dia. Memang sama dengan yang ada atas meja Faiz. Serius lah apa motif dia? Gaya dia tak nampak pun macam dia suka aku. Tapi kalau ya pun, pleaselah. Taknak aku bersuamikan lelaki cantik.

Hish. Apa aku merepek ni?

Sekarang ni ada tiga benda yang mengganggu aku:-
1. Apa hubungan Faiz dengan Hafiq?
2. Apa jadi dekat Australia?
3. Apa motif Faiz bagi aku bunga?

Yahh Fuzaikha! Kenapa semuanya berkaitan dengan Faiz ni? Dah kenapa dengan aku?

Tapi jap! Australia. Faiz. Hafiq. Baru aku teringat tentang cerita Hafiq yang dia pun pernah pergi Australia! Mesti ada something ni.

Tapi aku nak tanya siapa eh? Emm. Ha!!! Najihah! Bingo

~~~~~

"Uit Fuz. Serious gila muka. Fikir pakwe ke?" Memang sah mulut Nani ni takda insurans. Minta penumbuk aku agaknya.

"Tah kau Fuz. Serious gila. Time Math pun kau macam takda kat sini." Huda pula menyampuk.

"Kau jangan macam macam Fuz. Spm lusa tau kau ada masalah ke?" Fazera pula tumpang sekaki.

Kerana Dia Al-MusyarraqohWhere stories live. Discover now