Aku terhenti di pertengahan anak tangga.
"Ummi tahu Faiz nak lindungi Fuzaikha. Tapi cara Faiz tu salah. Masuk dalam bilik bukan mahram, keluar berdua, bergurau..."
"Tapi Faiz masih menjaga batas Ummi. Faiz tak sentuh Fuzaikha pun. Faiz kesiankan Fuzaikha. Faiz nak tengok Fuzaikha gembira"
"Ummi faham. Tapi kamu sendiri tahu, kamu pelajar di Azhar, seorang lelaki dan perempuan bukan mahram tak boleh berdua duaan. Walau kamu jaga batas sekalipun, tetap tak boleh. Kalau berdua, bimbang ada yang ketiga. Kamu tahu kan yang ketiga itu siapa?"
Dari celah tangga, aku melihat Faiz hanya menunduk menerima teguran Aunty Leha. Salahkan perbuatan kami selama ini?
"Faiz. Walid tahu Faiz sayangkan Fuzaikha kan? Walid nampak dari cara kamu. Dari mata kamu. Jadi, kalau kamu betul betul sayangkan dan cintakan dia, jadikan dia yang halal buat kamu. Curahkan kasih sayang kamu dengan cara yang betul"
"Tapi walid... Faiz baru masuk 20 tahun. Fuzaikha baru 18 tahun. Kitorang masih muda. Faiz tak terfikir untuk bernikah lagi walid."
"Walid tahu. Tapi tak salah untuk kamu nikah di usia muda. Lagipun Fuzaikha perlukan bimbingan dan sokongan. Bukan Ummi dengan Najihah tak boleh bantu, tapi pada pemerhatian walid, dia lebih selesa dengan kamu."
"Tapi walid. Faiz akan sambung semula pelajaran tak sampai dua bulan je lagi. Jujur Faiz kata, Faiz cintakan Fuzaikha, tapi Faiz takut Faiz akan abaikan dia waktu Faiz sambung belajar."
"Itu tak jadi masalah Faiz. Selepas kamu bernikah, kamu bawalah Fuzaikha ke Mesir. Dalam masa yang sama Fuzaikha boleh belajar sekali di sana."
"Bagi masa untuk Faiz berfikir Walid, Ummi"
Aku terkedu. Kenapa susah untuk Faiz buat keputusan? Tapi..rela ke aku bernikah dengan Faiz? Usia semuda ni? Baru dua minggu aku kehilangan keluarga, keluarga Aunty Leha cadang supaya kami bernikah.
Ahh pening. Kehilangan keluarga cukup buat aku bercelaru, ditambah lagi dengan cadangan mereka.. aku rasa keliru!
"Fuzaikha.." Faiz menyeru namaku dari anak tangga paling bawah.
Sudah. Kenapalah aku berdiri dekat sini? Patutnya aku bla je tadi.
Selangkah anak tangga dipijak Faiz, cepat cepat aku berpusing, naik ke atas semula daa masuk ke dalam bilik. Cepat cepat aku kunci pintu dan menyandar pada dinding.
Entah kenapa aku rasa malu nak berhadapan dengan Faiz. Perbincangan mereka memasuki ruang fikiran semula.
Jujur ke apa yang Faiz kata tadi? Dia sayangkan aku? Dia cintakan aku? Dia nak lindungi aku? Tapi kenapa dia taknak bernikah?
Gila. Memang Uncle Salleh suruh dia bernikah, tapi melibatkan aku. Ahh. Aku mengetuk kepala. Sengalnya aku. Otak aku makin lambat berfungsi semenjak kehilangan keluarga ni.
Tok tok tok!
"Fuzaikha. Kita perlu berbincang" suara Faiz kedengaran.Aku berdiam.
"Fuzaikha. Awak dah dengar semua kan? Keluarlah. Kita mesti berbincang"
Aku berdiam lagi.
"Taknak bukak takpa. Saya ada kunci pendua ni" sengaja Faiz membunyikan kunci dari luar bilik.
Tak guna.
Perlahan lahan aku membuka pintu bilik.~~~~~
"
Awak jujur ke dengan kata kata awak tadi?" Aku memulakan perbualan setelah kami duduk di bangku .
Faiz membawaku ke taman bunga yang berhampiran rumahnya. Pada awalnya aku malas nak ikut, tapi dia mendesak, akhirnya aku di sini.
YOU ARE READING
Kerana Dia Al-Musyarraqoh
Ficção AdolescenteTerima kasih dan maaf. Terima kasih sebab terima saya. Maafkan saya sebab saya boleh sayangkan awak tapi saya tak mungkin cintakan awak. Tak mungkin dan takkan. Dan maafkan saya seandainya dengan ungkapan sayang saya memberi awak harapan - Hayqa Fuz...