"Apa motif kau ha Hafiq?!" Aku bertanya apabila susuk tubuh Hafiq berdiri di hadapanku.
Tiada lagi panggilan I-You. Terus jadi kau-aku.
"Motif? Emm. Kau rasa apa?"
"Kalau kau dendam dengan Faiz sekalipun, jangan libatkan akulah!"
"Wowow rilekslahh. Kau memang lost ni. Mesti Faiz tak ceritakan perkara sebenar kan?" Hafiq mengambil kerusi dan duduk di hadapanku.
"Faiz.. Faiz... Masih lagi nak tunjuk baik. Macam nilah Fuzaikha. Kau pun dah ada dalam perangkap aku, better aku cerita jelah semua "
Aku memandang Hafiq dengan tajam. Sedia dengar perkara yang sebenar.
"First sekali aku nampak kau dekat mall dulu , dalam kepala aku... wow my new victim"
"Victim? Apa maksud kau??!!"
"Hey rilekslah. Kalau kau nak tahu, aku memang berdendam dengan perempuan dalam dunia ni. Jadi, aku akan cari ramai perempuan untuk aku jadikan mangsa aku. Aku akan tackle diorang dengan ayat ayat manis, sampai diorang jatuh dalam perangkap aku dan akhirnya aku akan hancurkan maruah diri diorang."
"Tak guna!"
"Sabarlah weyh. Aku tak habis lagi. Sama macam kau, mula mula aku tackle kau. Mesti kau terjatuh habis dengan ayat ayat manis aku kan? Sampailah kau berani ikut aku termasuklah harini. Sekejap lagi, maruah kau akan hancur di tangan aku! Hahahaha." Ketawa Hafiq memenuhi ruang bilik. Air mataku mula jatuh lagi.
"Tapi kenapa aku Hafiq? Sebab Faiz ke?"
Terketar ketar aku bertanya."Hahaha. Pada asalnya tak. Sebab aku tak tahu pun kau kenal dengan Musy . Tapi bila aku dapat tahu kau ada kaitan dengan Musy tak guna tu, aku rasa macam dapat durian runtuh. Hahaha."
"Lepas ni... aku percayalah Faiz akan datang cari kau. Aku dapat rasa yang dia betul betul sayangkan kau. Aku rasa dia lebih sayangkan kau berbanding tunang dia dulu. Tapi kalini Faiz akan terlambat jugak. Apa yang dia dapat nanti, ialah Fuzaikha yang tak ada apa apa!"
Hafiq menghampiriku dan merentap kasar tudungku. Hampir terlerai ikatan rambutku.
"Hafiq jangan! Tolong.. saya merayu jangan Hafiq.." teresak esak aku menangis."Hahaha. Ni yang aku rasa seronok. Seronok bila dengar perempuan merayu. Siapa sangka, dua orang perempuan yang Musy cintakan, jadi 'makanan' aku. Cuma kalini Musy takkan berjaya jatuhkan aku lagi sebab aku yang hancurkan dia dulu!"
"Apa rancangan kau sebenarnya ha syaitan?!"
"Kau jangan berani sangat..." Hafiq cuba mencium rambutku tapi aku meronta dan cuba mengelak.
"Dekat Australia dulu, aku berjaya hancurkan maruah tunang Musy. Tapi sayangnya, Musy tak guna tu dah malukan dan jatuhkan air muka aku depan orang orang di Australia! Kau tak tahu aku rasa cukup terhina waktu tu!"
"Bangang! Kau memang layak untuk penghinaan tu! Lebih dari layak selepas kau rampas kesucian seorang gadis!"
"Hahaha. Tak sangka kau back up Musy eh. Kau cintakan dia jugak ke? Hahaha. Walau apa pun aku kesiankan si Musy tu. Ada tunang, aku dah hilangkan kesucian dia. Ada kau, pun aku bakal hancurkan. Hahaha!"
"Tak guna!" Aku meludah wajah Hafiq dengan penuh geram.
Tidak semena mena Hafiq membuka ikatan di badanku dan memelukku dengan erat. Wajahku dicium rakus.
"Hafiq.. Jangan.. Tolong homati saya sebagai seorang perempuan Hafiq... Hafiq.. Awak juga dilahirkan oleh seorang perempuan yang bernama ibu. Cuba awak bayangkan kalau ibu awak dilakukan sebegini.. Haf.."
YOU ARE READING
Kerana Dia Al-Musyarraqoh
Teen FictionTerima kasih dan maaf. Terima kasih sebab terima saya. Maafkan saya sebab saya boleh sayangkan awak tapi saya tak mungkin cintakan awak. Tak mungkin dan takkan. Dan maafkan saya seandainya dengan ungkapan sayang saya memberi awak harapan - Hayqa Fuz...