Nama aku Nur Hawa Nawfa .Sekarang umur aku 18.Aku dah habis belajar.Dato' Kamal ambil aku masa umur aku 15.Lepas setahun nenek aku meninggal.
'Then' aku tinggal sebatang kara.Aku sendiri tak faham kenapa aku harus duduk dekat rumah tu.Sedangkan arwah nenek dah tinggalkan rumah dekat kampung tu.
Lagipun apa kaitan aku dengan keluarga Dato' Kamal,'relationship' apakah yang selama ini terjalin?Sekarang aku tiada tempat untuk mengadu,tiada tempat untuk aku bermanja,tetapi aku sudah boleh menyesuaikan diri dalam keluarga itu.
Tetapi aku hairan, adakah Dato' dan Datin mengambil aku sebagai anak angkat mereka yang tunggal kerana aku tidak melihat sesiapa pun yang tinggal disitu kecuali Dato', Datin dan pembantu rumah.
Setelah setahun aku menetap di kediaman tersebut, Datin Suhaila menunjukkan album perkahwinan beliau. Aku tertanya-tanya mengapa begitu banyak gambar kanak-kanak lelaki yang telah dilekatkan didalam album tersebut.
"Datin, siapa budak kecil ni.Hawa tengok comel sangat.Hawa nak jumpa dia boleh? Hawa nak peluk-peluk dia. Mesti Hawa akan anggap dia sebagai adik Hawa. Boleh tak Hawa nak simpan gambar ni. "Hawa membelek sekeping gambar budak lelaki.
"Hawa...mungkin..kamu akan panggil dia abang.Dia lagi tua dari kamu."ujar Datin Suhaila dengan lembut sambil bibir merahnya mengukir senyuman .
"Abang!Tapi siapa dia? "Hawa berkata dengan perasaan ingin tahu yang kuat.
"Dia la anak sulung keluarga ni. Muhammad Ariff Mikail namanya. Sedap kan? Tengok siapa yang pilih namanya. "Datin Suhaila memuji anaknya.
"Habis, dimana dia... sampai sekarang tak muncul-muncul. Dah dua tahun Hawa duduk sini tapi kenapa tak pernah nampak? "Hawa musykil.
"Dia belajar sekarang ni.Lagipun dia tinggal dengan Pakciknya dekat U.S."Datin Suhaila menjawab soalan Hawa yang dari tadi mukanya berkerut-kerut.
"Dia anak tunggal ke Datin? " Hawa bertanya lagi.
"Tak lah. Ade dua lagi. " Datin mengangkat dua jarinya menunjukkan dua orang lagi anaknya iaitu adik kepada Mikail.
"Siapa adik kedua? Namanya apa? Adik bongsu? Lelaki ke perempuan? " semakin menjadi-jadi Hawa bertanyakan soalan."Sudah lah Hawa.Dah malam ni, esok kan nak kerja. Tidur la nak. Nanti Aunty cerita lagi ye. " Datin Suhaila mengusap lembut kepala Hawa .
Selepas Abang sulungnya itu sudah tamat belajar diluar negara. Dia pulang demi kehendak papanya. Hendaknya hati nak je diteruskan tinggal kat Texas, United States tu.
Mikail senang tinggal disitu.Lagipun situ jugaklah kampung dia (I mean hometown papanya ).Namun setelah seminggu pulang ke Malaysia. Papanya mengarahkan agar dia mula bekerja dan tujuan papanya panggil pulang adalah untuk menyambung tugas Papanya yang sekarang sudah terlalu berusia. Penat hendak dikerjakan Syarikat tu sampai hayat habis?Memang tak lah. Nak jugak hidup rehat dengan tenang. Itu sememangnya didalam fikiran Dato' Kamal.Yelah permintaan ibubapa sapa mahu ingkar. Sekali sekala.
Namun sudah dua bulan Dato' Kamal tak masuk 'office ' siapa pulak yang jaga Syarikat??, Mikail bru sahaja pulang dan dah seminggu tak bekerja.
Sebulan sebelum Mikail pulang ke Malaysia,Dato' Kamal membelikan sebuah rumah lalu dihadiahkan kepada Hawa.Hawa tidak mempunyai kuasa untuk membantah. Tambahan pula, dia memang berat hati mahu meninggalkan rumah itu. Pasti dirindunya Datin Suhaila yang sudah dianggapnya Ibu.
Ha ni la kedatangan adik Mikail iaitu Merwin....usai nama sudah dikatakan anak kacukan,tambahan anak Dato'. Perangai arrogant tu kena la ada tapi yang ini 'kureng' skit dari Si Mikail itu. Cuma pemalu skit.
---------------------------------
SEBULAN SEBELUM KEDATANGAN MIKAIL KE SYARIKAT FAJAR.Hari pertama.
HAWA mahu naik ke tingkat atas Syarikat dan menguruskan kerja yang tak pernah siap. Yelah, lagi sebulan tu kan Dato' tak datang! Apa guna PA kalau peranan dia lebih kurang CEO. Semua hal diuruskannya. Sedang berjalan menuju lif....
Tiga orang 'mamat' usha je si Hawa yang bertudung merah. Lalu seorang dari dorang bertanya.
"Cik adik ni nak kemana? "
Katanya."Awak siapa? "Tegasnya.
"Sekarang yang tu tak penting! " Kata pemuda yang kedua.
"Kamu tak kenal saya ke? "Balas Hawa lagi.
"Mestilah kenal!!! Kan "senyum nakal itu buat Hawa ketakutan namun dia juga adalah jaguh kerana dia tahu ilmu mempertahankan diri. Jadi mana tahu takut si Hawa tu.
"Mari!Mari! Tak takut la aku dengan korang ni! Aq ada taekwondo tau, 'black belt' lagi .
Mereka lagi suka ada la. Pelik-pelik betul."Kau tahu aq siapa?? "Kata Hawa. Merwin kebetulan mahu ke tingkat atas iaitu kebilik CEO hanya sementara waktu. Lagipun bilik itu bersebelahan dengan bilik Hawa sahaja.
LANTAS dilihatnya adegan sebegitu membuatkan dia seperti merak kayangan yang perlu melindungi Sang Puteri dalam kesusahan. Dia memulakan 'acting' nya.....
"KAU TAHU DIA SIAPA??"-dengan 'macho' bangganya Merwin bersuara .
"Siapa pulak mamat nih "kata pemuda yang kedua.
"Potong betul arr...!!! "Kata pemuda ketiga yang dari tadi hanya membisu.
"Dia 'Girlfriend' aku jadi?"kata Merwin dengan riak sekali.
"Kau ni sapa pulak? "Kata pemuda tu.
"AKULAH C.E.O SYARIKAT FAJAR HOLDINGS YANG BARU. 'SO' ADA MASALAH. "riak wajah pemuda-pemuda itu terus cuak dan lantas beredar dari situ.
"Tahu takut korang! " kata Merwin dengan 'poyo' nya.
Mereka bertiga terus lari pecut beredar dari situ. Sebenarnya mereka datang temu duga terbuka hari ini tetapi di ' reject '.
(Malang sungguh depa -author's lol )"Terima Kasih! " dia amat kagum dengan lakonan Merwin itu.
"Cik adik ni nak ke mana? " ditanya lagi oleh Merwin setelah melihat gadis tersebut berjalan pantas pergi ke hadapan pintu lif.
"Saya nak naik a-!" Hawa masuk ke dalam lif dan menekan tanda tutup lalu tertutuplah pintu lif itu.
Tidak sempat mahu menahan pintu lif. Merwin kesal kerana tidak begitu pantas menahan pintu itu. Ditunggunya lif itu untuk turun semula.Ding Dong ~
Bunyi pintu lif terbuka luas. Dia bersyukur kerana dia telah sampai dengan selamat ke tempatnya walaupun ada sedikit kekacauan di bawah sebentar tadi."Huh ~~...nasib boss baru tak sampai lagi!Dah la tiga hari aku tak datang melepas aku. "Hawa menarik nafas lega dan pantas menuju ke mejanya yang dihiasi dengan 'ribbon' berwarna pink. Hawa duduk ditempatnya yang selesa itu dan mengeluarkan kertas kerja yang perlu disiapkannya. Seterusnya, Hawa bingkas bangun untuk membancuh kopi sebelum boss masuk ke pejabat.
Ding Dong ~
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Merwin menapak setapak ke hadapan dan menghembuskan keluhan besar.'What a bad morning! ' Merwin mengeluh di dalam hati.Dia terus menuju ke pejabatnya.
'Na na na na na ~' Hawa berjalan ke tempatnya sambil membuat nada gembira di dalam hati.
Hawa memaling ke arah pejabat boss kalau-kalau dia sudah datang selepas menghirup kopi yang dibuatnya . Alangkah terkejutnya dia melihat seseorang di dalam pejabat tersebut.Sudah tentulah itu Boss nya.
"P...A...Come In please! " dengan nada yang agak tegas Merwin memanggil Hawa masuk kedalam.
"Yes, Sir! "Hawa agak sedikit terkejut dengan nada yang tegas begitu. Mungkinkah dia akan dimarahi atau ditengking di depan orang ramai.
Merwin memanggil P.A nya supaya membuat air kepadanya akibat penat berlari mengejar lif. Lagipun dia tidak bersarapan pagi kerana bangun lewat.
(What a bad morning )...
#support me plis ♡If u love it:
Like share komen
Thanks!!! ✌
#penat taip
YOU ARE READING
SUAMI AKU,BOSS AKU!
RomanceMuhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut s...