Suami Aku,Boss Aku #30

85.4K 2.5K 45
                                    

Pada pagi itu, Hawa mengejutkan Mikail untuk solat subuh. Mereka sudah tidak asing lagi dengan waktu di negara tersebut.

"Abang... bangun. Solat." Hawa lembut mengejut Mikail.

"Erm...mmm " itu sahaja Mikail balas. Dia masih lagi mengantuk agaknya.Hawa masuk ke dalam bilik air dulu untuk mandi.

Hawa keluar dari bilik air dengan hanya berkemban dengan tuala. Terkejut apabila Mikail sudah duduk disofa sambil tuala dikepalanya sambil tertunduk. Masih tidur agaknya. Hawa menjengket ke bagasi untuk mengambil pakaiannya.

Dia juga tidak mengeluarkan sebarang bunyi tapak kaki atau apa-apa pun agar tidak membangunkan Mikail. Malu kalau dilihatnya Hawa berkemban. Hawa tidak mahu lagi menunjukkan badan kepada seorang lelaki yang sah menjadi suaminya. Nanti tak pasal-pasal idea nakal Mikail timbul untuk mengerjakan Hawa.

Disebalik terlindungnya muka Mikail dengan tuala. Dia melihat sahaja gerak geri isterinya. Taktik Mikail memang berjalan lancar, Hawa langsung tidak perasan dia diperhati. Mikail hanya tersenyum.

'Mikail...hold on hold on. Jangan gerak...Bila lag dapat peluang macam ni  ' Mikail berbisik didalam hati.

Hawa pantas berlari masuk ke dalam bilik air.Dia memakai baju dan segera keluar untuk mengejutkan Mikail. Kesian Mikail tunggu lama agaknya sampaikan tertidur dekat sofa. Hawa duduk ditepi Mikail. Badan Mikail digoncang perlahan oleh Hawa.

"Abang bangun solat. "

Mikail menarik tuala dikepalanya dan memberikan senyuman kepada Hawa.

"Cakkkk!" Mikail mengejutkan Hawa.

"Ish.. cepat la mangkit.." Hawa membuat muka.

"Tak nak. Kiss dulu. " Mikail tidak mahu bangun selagi Hawa tidak menyiumnya. Mikail menyuakan pipinya supaya dicium Mikail.

"Ish.. cepat bang. " Hawa menolak pipi Mikail.

"Bagi dulu morning kiss bru abang bangun. " Mikail mendesak. Lahai comel  benar suaminya.

"Muahhh " Hawa mencium pipi Mikail sambil mengeluarkan bunyi.

Mikail terus melemparkan senyuman dan bangun dengan bersemangat. Dia terus berjalan ke bilik mandi. Selepas beberapa minit Mikail keluar dari bilik air.Tuala kecil dikepalanya langsung tak oernah dilepaskan. Memang tabiat dia agaknya.

Hawa yang sedang memasak maggi yang dibekal dari Malaysia. Maggi kari dan maggi tom yam.
Memandangkan Hawa tak makan maggi, dia lebih memilih nasi dan membawa pek lauk tetapi bukan lauk didalam tin tapi di dalam plastik.Hanya tinggal perhangatkan sahaja dan terus makan.

Mereka bersarapan pagi ala kadar sahaja.Mereka tidak mahu membeli makanan yang terdaoat di  dalam hotel. Halal sudah semestinya halal tetapi makanan mereka tidak menepati citarasa mereka. Mana nak cari dalam hotel ni nasi lemak, teh o, sambal ikan?

Mereka duduk sambil berbual dan berbincang destinasi yang hendak dituju hari ini.

"Bang... nak ke mana hari ni? " Hawa mula bertanya kepada Mikail.

"Erm... abang rasa nak ajak sayang pergi dekat Queen Victoria Market, lepas tu pergi ke Ian Potter Museum of Art dan terus boleh masuk melawat University of Melbourne.Amacam?  " Mikail lancar menyebut planning.

"Wow... dahsyat la abang ni!" Hawa menepuk tangan perlahan.

"Kita hanya mampu merancang, Allah yang izinkan." Mikail berkata kepada isterinya.

"Betul tu. " Balas Hawa.

"Abang.." Hawa berkata seolah-olah memberikan soalan kepada Mikail.

"Kalau Hawa kata ni ,abang jangan marah tau." Hawa berkata acuh tak acuh.

SUAMI AKU,BOSS AKU!Where stories live. Discover now