Di dalam kedai SevenEleven yang terletak berhadapan dengan hotel lima bintang itu.
"Excuse me,where can i get a pads here? " Mikail bertanya malu-malu.
"Pardon. " kata juruwang tersebut sambil matanya sedikit membulat.
'Dia nak ulang pulak dah! ' Mikail malu.
"Where can i get a pads here? " Mikail mengulang kembali.
"Yeah! Get it. On the right side over there. " juruwang tersebut berkata sambil menunjukkan ke arah tempat khas untuk keperluan wanita.
"Thanks! " Mikail cepat-cepat melangkah ke arah bahagian itu. Dia mencapai sahaja tanpa melihat jenis dan jenama.
Dia kembali ke kaunter dan membuat pembayaran secara tunai.
Dia terus berlari masuk ke dalam hotel dan naik ke tingkat atas secepatnya untuk memberikan barang yang diminta oleh si isteri.
Hawa yang siap mandi namun masih lagi berada didalam bilik air sedang menunggu Mikail. Dia hanya berkemban dengan tuala sahaja.Hawa membuka pintu bilik semula agar Mikail dapat masuk.
Apabila Mikail sudah masuk ke dalam rumah,Hawa cepat-cepat menutup pintu bilik air.
Mikail berjalan ke arah bilik air dan mengetuk pintu.
"Hawa nah!"
"Bak! " Hawa menghulurkan tangannya yang putih mulus itu. Meminta 'barang' dari Mikail.Sedikit sahaja ruang yang dibuka oleh Hawa. Takut Mikail mengendap.
"Nah. " Mikail memberikan sebungkus plastik yang berisi tuala wanita didalamnya.Hawa menutup kembali pintu.
"Pakkk" bunyi tampar.
Mikail melangkah beberapa tapak dan mendengar tamparan.Dia kembali menoleh ke arah bilik air.
"Hawa, kau kenapa? " Mikail cemas.
"Tak de apa. Aku lupa nak ambil baju hehe " Hawa berkata sambil mengusap dahinya.Mikail yang mendengar pun menepuk dahinya.
'Isteri aku dah kenapa ni. Ya Allah' Mikail berkata di dalam hati.
"Jap aku ambil baju. " Mikail sendiri menawarkan hati untuk mencari baju Hawa.
'Aduh... habis la aku... Baju, seluar, pakaian dalam aku!!!! Arghhh ' Hawa meronta di dalam hati. ><
"Erm.... baju apa huh?hm...hah, baju ni pun cantik jugak " Mikail tersenyum nakal.
Mikail memberikan baju yang telah dibelinya senyap-senyap dari Malaysia.Hawa mengambil tanpa mengetahui dari mana datangnya baju itu.
'Whattt? Baju sapa ni? Huh. Jangan harap aku nak pakai baju terdedah ni. ' Hawa hanya memegang baju tersebut namun tidak memakainya lagi.
"Lamanya kau,tak kan pakai baju pun 20 minit. " Mikail tak sabar nak melihat muka Hawa yang pastinya sudah marah kerana diberi baju yang agak sedikit terdedah begitu.
"Sabar la. Kau dah kenapa? " Hawa geram. Dia dah tahu Mikail sengaja.
"Yelah yelah. " Mikail duduk di atas sofa dan mengambil remote control lalu menekan punat on.
Hawa keluar dari bilik air.Mikail menoleh ke belakang.Kelihatan tubuh Hawa sudah menjelma.Mikail segera memandang ke kaca televisyen.
Hawa duduk di sofa bujang.Menarik narik baju yang berlengan pendek itu.Mikail menjeling ke arah Hawa.Dia tersenyum sendirian.
"Kau dah kenapa?" Hawa bertanya dengan nada tidak puas hati.
"Mana ada apa-apa?Aku okay je." Mikail berkata sambil matanya fokus memandang skrin televisyen.
YOU ARE READING
SUAMI AKU,BOSS AKU!
RomanceMuhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut s...