Hawa seperti tidak percaya,terkaku dan terkedu. Memang betul apa yang telah dikatakan. Memang sah! Sah sangat.
Sebelum itu...
"Maaa... hawa tak nak!! Hawa tak nak jumpa doktor. Nanti kalau Hawa demam kena cucuk jarum. Tak nak maa... Hawa takut. Kang jarum tu patah, lepastu masuk dalam badan Hawa macam mana? " merengek Hawa tidak mahu berjumpa dengan doktor.Dia sememangnya tidak suka doktor apatah lagi klinik ke hospital. Seram.
"Jom la Hawa... mana tahu ade yang surprising ke? Jangan sampai mama heret Hawa masuk dalam ni... Jom la Hawa... ye nak? " kata Datin Sri Suhaila apabila lengan menantunya dipaut erat. Nak suruh jumpa doktoe je pun. Belum tentu lagi demam. Ye dak??
"Hmmm....tapi jap.Take 5...Hawa takut " kata Hawa tetapi mahu bertenang untuk lima minit. Kakinya menggeletar. Sebenarnya dia cukup trauma mahu berjumpa doktor. Dia pernah pengsan disebabkan doktor yang dia jumpa terlalu kejam. Waktu ketika dia demam, nenek membawanya pergi berjumpa doktor. Doktor itu sungguh menyeramkan. Sekali dia bagi injection. Dengan perasaan Hawa sekali dia inject.
Sudah tiga minit, Datin tidak dapat menunggu lagi. Dia berasa semakin lama, semakin mendebar. Di benak otaknya, dia langsung tidak memikirkan yang Hawa ni demam atau sakit lain kecuali MENGANDUNG!
"TAHNIAH, PUAN HAWA... ANDA DAH PREGNANT! Kandungan Puan Hawa sudah menginjak 8 minggu. " kata seorang Doktor wanita yang cantik dan berkulit putih itu.
Waittttttt... sambungan. . . . . . .
"Hawa, cepat la... Hawa kan tak sihat. Mana boleh berdiri lama-lama. Mama dah berjanggut dah ni. " Datin Sri Suhaila berasa berdebar. Adakah firasatnya betul.
"Hmm... yelah.. tapi dengan satu syarat! Mama janji, mama akan backup Hawa kalau doktor tu nak inject Hawa okay? " serta merta Datin Sri Suhaila mengganguk.Langkahnya semakin lama semakin berat... bertambah berat apabila namanya dipanggil untuk menerima rawatan daripada doktor.
Tombol pintu dipulas dan perasaan mendebarkan sesekali muncul memainkan peranan. Mana tak debo, kalau ada apa-apa yang akan berlaku. Risau dia. Entah pengsan lagi sekali ke nanti.
"Silakan duduk! Nur Hawa Nawfa ye? Baik! Sakit apa? " pelawa doktor tersebut selepas berjabat tangan dengan Hawa dan ibu mertuanya.
"Sakit tu tak sakit... okay je. Cuma terlebih sihat... "sempat Hawa berloyar buruk.Mukanya turut pucat.Dah tu buat apa datang kalau terlebih sihat.
"Hawa...tak baik menipu. " Datin Sri Suhaila menguis lengan Hawa.
"Macam ni... dah berapa minggu dah. Asyik pening je kepala ni." kata Hawa sambil memegang kepalanya dan dipicit sesekali.
"Makan pun tak ada selera, perut rasa mual. Tekak loya-loya gitu. Saya yakin la bukan demam sikit ni... " Datin Sri Suhaila menambah. Sebelah kening dijongketkan tanda memberi hint kepada doktor tersebut.
Eh. Siapa yang sakit sebenarnya ni?
"Ouh macam tu. " balas Doktor Cantik, Putih Lagi Gebu itu.
"Lagi ada apa-apa? " sambung doktor itu lagi sambil tangannya ligat menulis sesuatu.
"Macam mana dengan period cik Hawa? " tanya Doktor Cantik Putih Lagi Gebu itu.
"Erm... doktor.. Puan. HAWA. " Datin Sri Suhaila membetulkan kesalahan istilah Doktor tersebut.
'Ouh dah PUAN rupanya... kecikkknye ' kata doktor itu di dalam hati.
"Erm....dah dua bulan doktor... saya pun tak tahu. Selalunya teratur je. Ni dah berapa bulan tak datang." Kata Hawa yang masih pening kepala. Kadang ape dia merapu depan doktor pun tak sedar.
YOU ARE READING
SUAMI AKU,BOSS AKU!
RomanceMuhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut s...