"Ahhhh.. we're arrived " Meline mengeliat sebaik sahaja dia turun dari pesawat boeing 777 tersebut.
"Jo.. let's go " katanya lagi sambil membetulkan cermin mata hitamnya. Dia yang baru sahaja sampai ke tanah air sudah memulakan rancangannya.
Sedikit penceritaan tentang rancangannya itu, ia berkaitan dengan Mikail. Setelah mendapat tahu Mikail telah berkahwin tidak sampai 3 bulan itu, hatinya berkecamuk. Sanggup Mikail meninggalkan dia dan berkahwin. Walhal, dia tahu yang Mikail akan berkahwin dan mengusahakan syarikat bapanya itu.
Sungguh tidak disangkanya,tidak secepat itu perkahwinan berlaku. Dia juga pernah merancang untuk menghentikan majlis perkahwinan Mikail dan membuat onar. Namun, nasib tidak menyebelahinya. Berita itu juga disampaikan oleh bapanya, Dato' Adam Peterwilson.
Meline yang berasa sakit hati itu memutuskan untuk pulang ke Malaysia untuk memastikan dan melihat dengan mata kepala sendiri samada benar atau tidak.
Sebelum kedatangannya ke Malaysia, dia sudah membuat research. Dia juga telah mengetahui lokasi kediaman Mikail. Malah, dia juga telah selidik siapa gerangan yang berkahwin dengan Mikail yang bernasib malang mencabar Sara Ameline.
Nur Hawa Nawfa.
'Akan aku cari kau sampai ke lubang cacing sekalipun, aku akan hantar kau ke neraka. Biar kau tahu yang dunia ni menyakitkan. Lebih sakit dari apa yang telah kau lalui selama ni. Just wait and see. ' kata Meline di dalam hati sambil tangannya meronyok sekeping gambar iaitu foto persandingan Mikail dan Hawa.
Lalu dia mencampakkan foto tersebut di dalam tong sampah.Dia yang membuat keputusan untuk meninggalkan perusahaan di Amerika Syarikat itu ditemani oleh adiknya, Josh,atau nama sebenarnya Joshua.
Dia sempat menyuruh orang suruhan bapanya untuk membuat persediaan rapi untuk melaksanakan rancangan tersebut. Nampaknya segala persiapan dibuat dengan baik.
Dia hanya perlu menunggu masa yang sesuai sahaja. Dia juga mahu membuat kejutan kepada Mikail sebagai langkah permulaan rancangannya.
Dia yang sudah mengambil bagasinya sedang menunggu pemandu bapanya.Sambil itu otaknya ligat berfikir rancangan demi rancangan. Dia perlu bersiap sedia jika salah satu antara kesemua rancangannya tidak berhasil.
"Sara, Joshua! " seorang lelaki dewasa menegur mereka. Mukanya nampak pasrah sahaja. Keadaannya juga nampak seperti lelaki uzur.
Lelaki berumur itulah pemandu bapanya. Beliau telah bekerja dan berkhidmat dengan Dato' Adam Peterwilson sebelum Sara dan Joshua dilahirkan lagi. Boleh dibayangkan berapa lamanya tu dan tahap kesetiaan lelaki tersebut.
"Pak Akob, kenapa lambat huh?" Meline menjeling tajam tepat pada Pak Akob.
"Jalan sesak nak..." Pak Akob mengambil bagasi dari tangan Joshua.
"Nak?? What do you think you are! You're just stupid idiot. Stop making fuss." Kata Meline keras.
"Baik Cik Sara.. " lelaki tersebut menunduk.Tidak sepatutnya Meline bersikap begitu. Sebelum Meline berangkat ke Amerika Syarikat, hubungan antara Meline dan Pak Akob sangat akrab. Jika Dato' Adam memarahinya, Pak Akoblah yang menjadi tempat mengadu,tempat luahan. Dia seperti bapa kedua kepada Meline.
Sungguh dia amat terkejut dengan sikap dan adab Meline sekarang. Memang betul kata orang, sikap dan hati senang dan cepat sangat berubah.Bak kata orang 'country shock '.
Pak Akob mengangkat bagasi mereka berdua sedangkan Meline dan Joshua hanya bersenang di dalam kereta.
"Malaysia is so hot " kata Meline.
YOU ARE READING
SUAMI AKU,BOSS AKU!
RomanceMuhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut s...