"Dah!Dah latu! Makan! " Dato pula mencelah. Mereka bersarapan dengan lahapnya. Tapi tak delah gelojoh sangat.
Sarapan pagi itu amat seronok dengan gelak tawa adik beradik itu.Selepas Merwin selesai bersarapan ,dia tidak sedar yang dia telah terlewat. Selepas menilik jam emasnya itu,mukanya menunjukkan riaksi terkejut.
Dia terus meneguk air dan mencapai beg bimbitnya dan berlari pantas keluar dari rumah selepas memyalami papa,mama dan juga abangnya.
Dia membuka pinti kereta dan sedang ingin dia masuk ke dalam perut kereta....
"Gerghh... " kepala terhantuk pada pintu kereta. Namun dia tetap bergegas.
Sepanjang perjalanan dia menggelengkan kepalanya. Dia berasa pening, namun dia tetap terus memandu sahaja. Keretanya meluncur laju setelah dia memecut untuk sampai pada tepat waktu.
Sampai juga akhirnya Merwin, dia memparkirkan kereta lalu meatikan enjin.
Dia keluar dengan kadar segera. Membetulkan kotnya dan memperkemaskan tali leher yang senget benget itu.Cermin hitamnya dibuka.
Dia menekan punat lif untuk naik ke atas.Dia masuk ke dalam lif,apabila jarinya hendak menekan punat tutup. Seorang gadis menahan pintu lif dengan tangan, segera jarinya juga menekan kuat punat buka. Ditekannya berkali-kali. Macam nak terputus jarinya menekan.
'Ewin.... aweks cun win...cover!cover! ' Merwin berkata didalam hati kecilnya itu.
'Pahal plak mamat ni usya aku! ' kata gadis yang cantik itu.
"Awak nak kemana? " Merwin mengusap rambutnya ke belakanag.
"Saya nak naik atas! " gadis itu tidak memalingkan mukanya ke arah Merwin.
'Amboi garang! Lagi garang I boleh tunjuk la U!! ' Merwin tersengih-sengih seperti kerang busuk.
"Saya pun... agaknya jodoh ya kita ni! " Merwin sekali lagi berloyar buruk.
"Jangan harap! " pintu lif terbuka dan gadia itu melangkah keluar dari lif.
"Kenapa awak ikut saya! " gadis itu menyedari Merwin membuntutinya.
Gadis itu berhenti betul-betul depan pintu pejabat CEO.
"Awak dah kenapa eh?Selalu ijut perempuan ke? Gatal punya jantan, tak sedar diri!Atau awak nak minta kerja macam saya jugak " Habis jampi serapah dikeluarkan oleh gadis tersebut.
"Cik adik yang manis, Boleh tolong ketepi sikit, saya nak masuk dalam bilik ni! " Merwin melemparkan senyuman yang ikhlas dan berkata selemah lembut yang boleh.
Hawa yang hanya dari tadi melihat bosnya yang pelik itu. Dia tergelak kecil melihat drama di depannya.
Gadis tersebut kebelakang sedikit untuk memberi laluan kepada Merwin untuk masuk ke dalam.
"Dah... jom masuk! " terkaku sebentar, masih terkejut, dia berfikir... adakah Merwin itu sendiri bosnya, atau hanya budak suruhan?!
Gadis tersebut melangkah perlahan masuk ke dalam bikik itu.
Merwin meletakkan beg bimbitnya di atas meja dan duudk dikerusi yang amat selesa itu.
Gadis tadi hanya memandangnya...
"Duduklah... " sekali lagi Merwin lembut bersuara dan bibirnya tidak lekang tersenyum dan matanya tidak jemu memandang wajah gadis tersebut. Gadis itu duduk didepannya.
"Mari teruskan! Perkenalkan diri awak? " Merwin menemu duganya.
"Saya Ayu Nabiha bt Muhd Zul, berasal dari Selangor, pengalaman bekerja tak ada lagi!" Jelas gadis yang bernama Ayu itu.
YOU ARE READING
SUAMI AKU,BOSS AKU!
RomanceMuhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut s...