Mikail yang sudah selesai makan mencapai briefcase dan dengan tenang berjalan memasuki ke dalam perut kereta.
Dia menghidupkan enjin Lamborghini Aventador-nya. Kereta itu dihadiahi oleh Dato' Kamal sebagai hadiah selepas dia grad.
Kereta mewah itu meluncur laju ke destinasi yang dituju.Kereta tersebut memarkir elok ditempat yang disediakan. Mikail masuk ke dalam bangunan 21 tingkat yang tersergam indah itu. Kesemua staf menyambut Mikail dengan baik sekali.
Ditingkat ke 15 ,pintu lif terbuka dan Mikail melangkah kehadapan dan berada diluar lif. Dia sudah tersenyum puas tatkala melihat pemandangan didalam office yang begitu tenang itu. Sesekali dia memandang sekilas meja Hawa yang dipenuhi dengan fail-fail yang menimbun. Dia berasa puas melihat banyak fail di atas meja Hawa.
Kak Ros melihat Mikail dengan tekun. Diamati wajah Mikail dengan baik sekali.
"Tuan Ariff Mikail? " soal Kak Rosni.
"Ye saya!" Mikail tersentak dengan pantas dia menjawab pertanyaan wanita tersebut.
"Saya,Rosnita bt Jasni. Penolong kedua Tuan!" KAK ROSNI senyum melihat Mikail.
"Panggil saja Kak Rosni kalau Tuan rasa itu lebih selesa. " sambungnya lagi.
"Okay.Rosnita . " tidak ada perasaan kekok,selamba sahaja dia mengangguk faham.
"Boleh sambung buat kerja kamu!" Mikail mengarahkan kepada Kak Ros.
'Berlagak gile... memang sah pengaruh barat kau tu! Adik kau punye la sporting + poyo tapi kau ni Mikail serius poyo dah ni! Haish Ros... jangan kau kutuk bos kau sendiri. Silap2 kau pulak yang kena buang!' Kak Ros kembali positif dalam menyusun ayat -ayatnya.
"Uhuk uhuk!!! " Hawa mengusap dadanya kerana habuk yang sudah terlalu banyak melekat pada perabot-perabot dirumah itu.
Hawa mengemas sedikit barang di dalam sebuah bilik. Semasa sibuk mengemas di bawah katil, spucuk surat dan sekeping gambar lama digapai oleh Hawa. Diamati Hawa wajah satu persatu orang yang berada di dalam gambar tersebut.
'Ni kan Tok Abah,Nenek, Ibu, Papa, Da -Dato' Kamal!, Datin Suhaila dan....siapa budak lelaki ni macam pernah aku tengok je!Eh...ni kan budak lelaki yang aku nak peluk-peluk tu, nak gigit-gigit tu! ' Hawa menunjuk satu persatu dengan jari telunjuk sambil membilang nama mereka. Setelah sampai kepada orang yang dianggapnya ibubapa angkat. Tetapi dia lebih terkejut melihat kanak-kanak yang disukainya itu. Lantas sahaja dia mengambil sekeping gambar lagi di dalam dompet. Tertulis dibelakang foto itu Mikail yang ditulis oleh Hawa selepas mendapat tahu dari Datin.Kelihatan wajah comel seiras kanak-kanak yang berada didalam foto yang satu lagi. Maknanya, di dalam foto itu juga Mikail. Tetapi Hawa musykil... sampai sekarang tiada jawapan yang boleh dia rumuskan. Apakah kaitan dan relay apakah yang selama ini terjalin antara dua buah keluarga ini. Setelah itu, Hawa membuka sampul surat yang dipegang, dibelek beleknya sehingga puas. Semangat ingin tahu membuak-buak, sepucuk surat dikeluarkan Hawa dengan gopoh.
Tertera namanya diatas surat tersebut. Dia fokus membaca setiap aksara....
'Assalamualaikum, Anak Ibu,Papa. Kamu apa khabar sihat tak? Sebenarnya, Ibu tulis surat ni semasa kamu di dalam kandungan ibu lagi. Ibu dan papa dah lama nak ceritakan pada kamu sebuah cerita yang amat manis buat keluarga ni. Jika umur kamu mencecah 18,barulah ibu dan papa nak cakap pasal hal ni! Kamu mesti nak dengar cerita ni kan? Sebenarnya... masa ibu dah mengandungkan kamu 7bulan.Lepas sebulan ibu tulis surat ni .
"Hamzar, aku serius yang aku nak jodohkan anak aku Mikail dengan anak kau.Aku janji, aku akan jaga anak kau macam mana aku jaga anak isteri aku. Aku tak boleh bayangkan kalau kau tak de dalam hidup aku. Kau lah dua pupu aku,kaulah adik aku. Kaulah sahabat aku. Jadi kau terima ya pinangan secara tak terus aku ni. " Dato Kamal memohon.
"Aku... aku.. hmm... Aku setuju! " Dato Kamal sudah tersenyum lebar tanda puas hati.
"Baguslah bang! " Datin Suhaila terasa hendak mengalirkan air mata kegembiraan sahaja.
Jadi nak bagitahu dekat Hawa yang pakcik Kamal tu dua pupu kepada papa. Ibu pun tak tahulah kalau makcik Suhaila tak ada. Dia banyak tolong keluarga ni. Jadi ibu harap Hawa faham dan dapat menerima keputusan papa ni. Ibu nak yang terbaik untuk Hawa. Jadi sayangilah Mikail, janji dengan ibu, papa dan nenek ye? Walaupun ibu tak tahu sama ada ibu dapat lahirkan kamu dengan baik ataupun tidak. Janji dengan ibu, jaga makan minum Mikail, jadi isteri yang paling terbaik,taat perintah Mikail. Ibu dan papa akan sentiasa doakan Hawa supaya dapat berbahagia. Surat ni pun sebenarnya Ibu nak bagi dekat Hawa sebelum bercakap dengan Hawa. Kami harap Hawa dapat menerima. Jaga diri baik-baik ye nak. Ikhlas dari ibumu.
M
embacakan surat tersebut, air mata Hawa sudah tidak tertahan, air mata yang kini membanjiri kolam matanya sudah mengalir keluar. Hawa menekup mulut.Hatinya juga begitu tersentuh. Dia kembali memasukkan surat kedalam sampul. Hawa juga pergi memyimpan surat dan gambar di dalam tas tangannya.
"Esok aku dah nak balik sana! Sekejap sungguh masa ni... rindu sangat nak main dengan nenek.. ish...macam budak-budak pulak... dah la Hawa... kau ni sorang-sorang je. Sebatang kara! Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini. Kau cekalkanlah hatiku ini. Amiin..! " Hawa hanya bercakap sendirian. Nasib tiada sesiapa melainkan dia. Kalau tak sudah pasti dianggap Hawa ni gila.
"Abang! Abang!!!! " Dato Kamal hanya menganggukkan kepala sahaja semasa isterinya memanggil.
"Tengok la sini bang! " Datin Suhaila mencebikkan mukanya.
"Apa Ila? " dengan lembut Dato Kamal bersuara lalu menoleh ke arah isterinya yang sudah tidak keruan itu.
"Bang...saya tak sedap hati la bang! " perkataan hati itu ditekankan.
"Hish. Awak ni jangan fikir bukan-bukan boleh tak. " Dato Kamal mengerutkan dahi.
"Abang! Saya tak fikir la. Hati saya yang tak sedap ni! Kita cuba call Hawa ya? " Datin Suhaila mencapai telefon pintar dan mendail nombor telefon Hawa.
Ttrutttt truttt ~
"Assalamualaikum. Datin..." Hawa menjawab panggilan tersebut.
"Waalaikumussalam.Hawa okay tak dekat sana? Datin Suhaila risau.
"Alhamdullilah... Hawa sihat. Kenapa Aunty call Hawa?" Hawa bertanya kepada Datin Suhaila.
"Syukur. Hawa jaga diri baik-baik ye. Tunggu Mikail esok datang ambil Hawa ye.Jangan balik sorang-sorang tau. Dengar pesanan Aunty ye! " Datin Suhaila berasa lega sedikit tetapi ada saja yang mengganggu fikirannya ketika ini.
"Ye Aunty. Hawa ingat. " Hawa hanya senyum sendiri.
"Kalau macam Aunty letak fon dulu ye. Bai. Assalamualaikum, Hawa jumpa esok." Datin Suhaila mematikan panggilan tersebut.
"Hah. Hawa cakap ape Ila. " Dato Kamal mengajukan soalan.
"Dia okay aje. " Datin Suhaila menjawab dengan riak wajah yang muram sedikit.
"Awak ni kenapa Ila,dia baik-baik je dekat sana! " Dato Kamal mahu menenangkan isterinya yang dari tadi muram selepas mendapat berita gembira dari Hawa.
#support me plisツ
If love this story... plis⇩
★Vote ★Share ★Coment#komen anda amat membantu ✔
#cabut dulu
YOU ARE READING
SUAMI AKU,BOSS AKU!
RomanceMuhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut s...