Suami Aku,Boss Aku #23

80.5K 2.8K 186
                                    

MALAM sebelum pernikahan Hawa dan Mikail.

Hawa sedang bermundar-mandir didalam bilik keseorangan.

"Hish... apa patut aku buat ni? Betul ke apa pilihan aku. Macam mana kalau dia ceraikan aku?Lagipun ni bukan soal kahwin, perjanjian semata. Ni juga berkait dengan soal cinta dan perasaan. 'Bercinta selepas Nikah ? ' .Dengan perangai Mikail macam tu, boleh ke kau Hawa, nak tempuh segala ujian. Ya Allah berilah jawapan yang terbaik untuk hambamu ini. Aku berserah kepadamu. Hurm.. " selepas penat bermundar-mandir dari tadi, Hawa melabuhkan punggungnya diatas katil yang empuk. Tetapi hatinya masih gelisah.

Seseorang mengetuk pintu bilik Hawa. Hawa mencapai tudung untuk menutupi kepalanya.Manalah tahu si mamat ceo cengeng tu.Pintu dibuka sebaik sahaja Hawa menyuruh supaya masuk.

"Eh, Mama? " Hawa berasa lega.

"Hawa tak tidur lagi sayang?Ke mama ganggu. Pengantin mana boleh tak cukup tidur. Esok mesti penat. " Hawa senyum sahaja.

"Tak adelah ma, Mama tak ganggu Hawa pun. Hawa cuma tak boleh tidur. Nervous agaknya. Mama,Hawa nak tanya boleh? Mikail macam mana ya ma? Dia memang sedia ke terima Hawa yang masih mentah ni?" Hawa mulai gelisah.

"Jangan risau, Mikail memang dah sedia dari dulu lagi.Okaylah Mama nak tidur. Sebenarnya mama cuma nak check kalau Hawa belum tidur lagi. Tidur la ye. " Datin Suhaila bingkas bangun dan melangkah keluar dari bilik Hawa.

Banyak lagi soalan yang berlegar didalam otak Hawa.Tetapi kata-kata Datin Suhaila itu masuk terus ke lubuk hati.

'....sedia dari dulu lagi... ' kata-kata itu membuatkan hatinya tidak menentu. Samada mahu gembira,sedih atau apa? Keliru.

Dan dia juga ingat pesan Datin Suhaila untuk tidur awal. Dia lantas menarik selimut dan menutup lampu.

~Kau! Aku ceraikan dengan talak tiga! ~

"Argh... jangan... " Hawa tersedar dari tidurnya. Jam berdering menandakan yang dia sepatutnya bangun.

"Hu... mimpi rupanya. " Hawa mengurut dadanya. Dia bersyukur juga yang itu hanya mimpi.Jantungnya naik turun, naik turun. Air mata setitik dipipinya.

"Dah pukul 5..." Hawa menilik jam locengnya.

Hawa mencapai tualanya untuk mandi  dan bersiap untuk bersarapan. Di bawah sudah riuh rendah dengan kedatangan adik-beradik dari sebelah ibu Mikail. Kakak dan adik Datin Suhaila datang dari semalam dan menginap di homestay yang telah disewa khas untuk sesiapa yang mahu bermalam.

"Eh~kakak pengantin " kata seorang kanak-kanak perempuan yang sedang melihat Hawa menuruni tangga.

'Macam mana pulak dia kenal aku, femesnyeee!' Hawa berseloroh didalam hati.

"Hai... " Hawa tersipu malu.

"Babai kami nak sambung main " Hawa mengangguk kecil.

"Hailaa.. budak-budak " Hawa menggelengkan kepalanya.

Sesekali Hawa terdengar ada seseorang yang sedang menuruni tangga. Lantas kepala menoleh. Dipandang tepat ke wajah orang itu.

"Kau pun budak-budak lah! " suara garau tersebut menerjah masuk ke dalam gegendang telinga Hawa.

'Mikail?? Arr malu nak jumpa XD.Tolong la kejap lagi la sayang! ' Hawa mempercepatkan langkahnya.

'Hehe.Malu la tu ' Mikail meneka.

Selepas sarapan, Hawa naik ke atas untuk bersiap memakai baju  pengantin pula. Memandangkan Datin Marisya sudah sampai dengan mak andam dan anaknya Tiyana. Agak jauh sedikit rumah mereka dengan rumah pengantin tetapi jikalau tiada  masalah, memang waktu akan sempurna. Tidak terkejar-kejar.

SUAMI AKU,BOSS AKU!Where stories live. Discover now