Mereka sekeluarga telah sampai ke sebuah kedai emas,Mikail malas kalau urusan berkaitan emas. Perempuan kalau memilih memang mengambil masa yang lama. Dia mengambil keputusan untuk menunggu diluar sahaja biarpun lama. Tidak tahan matanya melihat bling-bling yang boleh menyakitkan matanya, dengan lampu-lampu berwarna oren cukup membuatkannya pening.
Apabila dia sedang menunggu diluar sambil bermain telefon pintar. Seseorang menyapanya dengan mesra sekali.
Mikail mendongakkan kepalanya,dilihatnya susuk tubuh seorang gadis yang tinggi lampai berkulit kuning langsat itu.Dia agak sedikit tersentak. Dia mencabut earphone yang melekat didalam cuping telinganya.
"Who are you?" MIKAIL mula membuka soalan.
"Alah I, stewardess hari tu.Tak kan U dah lupa! Anyway U buat dekat sini? " gadis itu berasa lega sekali. Dia juga berangan-angan sebentar yang dia mungkin dipertemukan sebagai jodoh.
'Minah ni rupanya! ' Mikail mendengus.
Mikail membuka kaca mata hitamnya. Bergaya sekali. Macam mana lah gadis-gadis tak sawan. Apa semua dia buat aja mesti boleh cair.
"Kau lagi? " Mikail sudah tidak mempedulikan apa gadis itu nak kata.
"Fine! " Gadis pramugari tersebut menhentakkan kakinya dan berlalu pergi dari situ.
"Huh?" Mikail memakai kaca matanya semula.
"Hawa! Yang ini cantik! Bling-bling gitu... mama suka! " Datin Suhaila menepuk bahu perlahan bahu Hawa dan menunjukkan sebentuk cincin.
Hawa membuat menggelengkan kepalanya. Katanya cincin itu terlalu heavy. Berat mata memandang, berat lagi jari memikul. Hehe.
Hawa tidak arif atau tidak tahu harus bagaimana dia hendak memilih cincin. Sebelum ini jari jemari tidak pernah disarung cincin. Ini adalah kali pertama dia mahu memakai.
"Okay,okay kalau yang ni? " Datin Suhaila menunjukkan sebentuk cincin yang mempunyai permata yang agak besar. Jika disarungkan ke jari manis Hawa yang kecil itu, sudah pasti tidak sesuai.
Sedang mata Hawa melihat dari tadi, mencari cincin yang mengikut citarasanya. Matanya tertancap pada sebentuk cincin yang amat simple tetapi permatanya yang bersinar apabila terkena cahaya lampu yang dipantulkan. Begitu menarik perhatian Hawa.
Hawa menunjukkan cincin tersebut kepada Datin. Dia berharap Datin juga berkenan dengan cincin itu.
"Macam mana dengan ni mama? " Hawa menunjukkan cincin itu sambil tersenyum puas.
"Wow. Nice! " Datin juga begitu.
"Ikutlah Hawa rasa ini yang terbaik, Mama ikutkan aja, lagipun mama ni tukang tengok aja, yang nak pakai tu Hawa ni ha! " tambah Datin Suhaila lagi.
Setelah selesai mereka membeli cincin. Mereka ke dewan untuk majlis pernikahan mereka nanti. Sebenarnya sebelum mereka bertunang lagi, Datin Suhaila dan Dato' telah menyiapkan segala preparation untuk majlis pernikahan mereka itu. Dato' dan Datin juga tidak menyangka yang majlis tersebut akan berlangsung pada waktu terdekat itu.Segala persiapan berada di dalam 80-90%.Cuma hanya perlu tinggal menghias dewan tersebut.
Menurut wedding planner itu, dia akan sampai di dewan serba mewah itu pada jam 3 lebih untuk memulakan kerja menghias.
"Sekarang baru pukul 2 suku, jadi sebelum pergi hall, Baik kita solat dahulu lepas tu lunch. " kata Dato' Kamal.
"Okay, " kata Datin Suhaila.
"Hai... assalamualaikum... Syahada... sihat ke? Lame tak jumpa ye?" Datin Suhaila memeluk erat sahabat karibnya itu.Aunty inilah yang menjadi wedding planer bagi majlis resepsi Mikail dan Hawa nanti.
YOU ARE READING
SUAMI AKU,BOSS AKU!
RomanceMuhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut s...