Keesokannya...
"Ail balik awal sikit tau. Kamu siapkan kerja lepas tu ambil Hawa. Jangan lewat nanti dia naik bas kan lagi susah! " teriak Datin Suhaila kepada anak sulung, Mikail.
"Hurm... " Mikail membalas."Mama, Izz nak ikut along boleh tak! " Izz menarik apron Datin Suhaila.
"Tak boleh sayang. Izz kena pergi tadika, lepas tu petang Izz ada kelas al-quran dengan Ustaz. Izz tak boleh ponteng sayang. " lembut kata-kata Datin Suhaila. Jika bab agama, dia utamakan dan memberikan sepenuh didikan agama kepada anak-anaknya.
"Okay, Mama. " Izz dengan muka tiada perasaannya memjawab.
"Dah, salam Mama. " Izz hanya menurut dan menyalami ibunya.
Pada pukul 3:44 petang...
"Dah siap! " Mikail meraup mukanya setelah selesai menyiapkan kerjanya.
"Ambil minah senget tu! Hergh! " Mikail mengeluh kuat sambil mengemas meja agar tampak bersih dan teratur.
Di kampung nenek Hawa. Hawa sedang sibuk mengemas bajunya serta beg dan kelengkapan yang lain. Penat terasa baginya kerana semalam sibuk mengemas barang-barang yang sudah berhabuk itu.
"Haih.... Ya Allah! penatnya. Esok pulak terus kerja. Hurm.." Hawa mencebikkan muka.
"Bila pulak Mikail nak datang ambil ye? Pukul berapa? Kang tak pasal-pasal dia dah datang kita pulak yang tak siap lagi. Penat menunggu nanti. " Hawa mengomel sendirian.
'Call lah! Tak tak tak, mesej? Call! Mesej? Kalau call nanti dia tengah drive macam mana! Jadi...mesej!!!' Hawa berteka-teki di dalam hati pula.
Hawa sedang menaip mesej dengan tekun sekali kepada Mikail.
Mikail, kau ambil aku pukul berapa?
Send: Mamat otak
tak center.'Successfully send...'
"Senyumanmu... buatku tersenyum malu, lirikanmu memberi panahan kalbu, oh sayangku, dengarlah bahwa diriku ku perlu kamu.... " nada dering telefon Mikail menandakan suatu mesej daripada seseorang. Ya memang dia sedang memandu ketika ini. Mikail memberhentikan kereta di tepi jalan dan mencapai telefon pintar miliknya.
"Mikail, kau ambil aku pukul berapa? "
From:Minah Senget'Eleh deni,Sabar la. Macam la aku datang ambil kau naik flight.Dalan berapa minit je sampai! ' Mikail mengomel didalam hati.
" Eh,Minah Senget! Kau tak faham maksud SABAR eh! "
From:Mikail"Teng teng "
'Eh eh... mamat ni! Aku just tanya je kot! ' Hawa menjongketkan bahunya dan menjulingkan matanya ke atas.
Setelah itu Hawa kembali melihat di segenap penjuru rumah untuk memastikan rumah dalam keadaan yang sangat bersih dan tidak berselerak. Kemudian dia masuk ke bilik arwah ibu dan papanya. Dia duduk dikepala katil sambil bercakap sendirian.
"Rumah.... kau jaga diri kau baik-baik ye! Jangan bagi sesiapa ambil barang Ibu, Papa dengan Nenek ye! "
'Pin.. pin!pin!' Mikail membunyikan hon berkali-kali.
"Minah ni! Tadi nak sangat tanya orang bila nak sampai! Dah sampai, batang hidung pun tak nampak! " bentak Mikail sambil menghentak stereng dengan tangannya.
"Oi, mak tipah!? " Hawa sempat melatah setelah mendengar hon buat kali ke tujuh itu. Dia bingkas bangun dan mengejah keluar tingkap. Hawa memberikan isyarat kepada Mikail supaya menunggunya.
YOU ARE READING
SUAMI AKU,BOSS AKU!
RomanceMuhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut s...