Suami Aku,Boss Aku #46

69.1K 1.9K 38
                                    

Sudah genap dua bulan Hawa tidak datang bulan. Dia sendiri tidak menyedarinya. Yang menyedarinya ialah Mikail. Dia semakin hari semakin pelik dengan perangai Hawa yang semakin keanak-anakan. Hubungan mereka pula semakin rapat dengan disulami rasa cinta yang segar setiap hari.

"Yang....kejap lagi teman abang pergi satu tempat... " kata Mikail setelah mereka bersalaman selepas menunaikan solat subuh bersama.

"Pergi mane abang.. " tanya Hawa.

"Ikut je... ye sayang? " balas Mikail. Sengaja merahsiakan tempat yang istimewa itu.

"Okay... " sepatah dari Hawa.

Mereka turun berpimpin tangan sehinggalah ke dapur. Hawa menyiapkan sarapan pagi dan Mikail hanya duduk di kerusi melihat Hawa bertungkus menyiapkan sarapan. Setelah selesai makan, mereka bergerak keluar dari perkarangan rumah menuju ke pejabat.

Mikail hari ini sedikit aneh menurut pandangan Hawa.Sweet sangat hari ni. Bukan nak kata hari-hari lain tak sweet cuma hari ni lain macam. Mikail bergegas keluar dari perut kereta dan membuka pintu untuk Hawa. Tangan dihulurkan kepada Hawa serupa permaisuri.

"Terima Kasih, Abang " Hawa mengukir senyuman manis.

"My pleasure, Princess " balas Mikail menunjukkan barisan gigi putihnya.

"Eh.. jap.. Stand there. " sebaik sahaja dia menutup pintu kereta. Hawa menyuruh Mikail berdiri disitu.

Hawa mendekati Mikail dan mengemaskan tali lehernya yang agak senget seperti otak Mikail yang terkadang senget. Ceh, kutuk suami sendiri. Hehe

"Thanks... sayang! " kenyitan mata dihadiahkan kepada Hawa.

"Came-came..." dah kata apa dah. Macam keanak-anakan. Dia sendiri tidak tahu apa yang membuatkan dia manja lebih macam budak-budak. Selalunya serius dan matang. Apa petanda ni....

Ada mata-mata yang memandang mereka. Berbisik sesama sendiri betapa bahagianya pasangan tersebut. Mikail memimpin Hawa sehingga mereka sampai ke dalam pejabat Mikail.

Hawa melakukan kerjanya seperti biasa.Mikail masuk ke dalam bilik dan hanya merenung kosong pada jam yang digantung pada dinding. Baru sampai kerja dah nak balik. Dia juga tidak sabar mahu membawa Hawa ke 'suatu' tempat yang dijanjikan. Mejanya agak berselerak dek kerana semalam ada mesyuarat dan kerjanya banyak yang tertunggak. Banyak benda yang harus dikerjakan. Tambah pulak mereka sedang melaksanakan sebuah projek baru.Mikail bertungkus lumus mahu menjayakan projek tersebut. Katanya projek tersebut bernilai puluhan juta. Dia tidak mahu mensia-siakannya.

Sebelum memulakan kerja, tempat yang berselerak itu dikemaskannya. Mikail juga adalah seorang yang perfectionist. Mana mahunya dia melihat ada yang tidak tersusun. Kalau ada pun tak adanya lama nak tertangguh.

Ketukan pintu membuatkan dia tersentak. Lalu menyuruh gerangan itu masuk. Senyuman diukir pada wajah kacak milik jejaka yang berumur dalam lingkungan 20an itu.

"Sayang... " kata Mikail. Dia hairan dengan Hawa.

Kata fikirannya, Hawa masuk ke dalam bilik kerana rindu.Mengarut.Betul la kata Hawa yang Mikail ni senget sedikit otaknya.

"Abang, nak kopi? Hawa buatkan." Hawa menyatakan tujuan apa dia masuk ke dalam bilik Mikail.

"Boleh jugak. Hati-hati. " itu yang terpacul dibibirnya.

"Ouh okay. " Hawa keluar dari bilik itu dan membuat kopi untuk suami tercinta.

'Hati-hati?Hahahaa. Macam-macam lah kau ni Mikail. Dekat je kut. ' pelik dengan dirinya sendiri. Dia tersenyum kelat.

SUAMI AKU,BOSS AKU!Where stories live. Discover now