Suami Aku,Boss Aku #21

76.5K 2.5K 32
                                    

Setelah hampir 30 minit menunggu, kelihatan susuk tubuh sasa Mikail menyinggah dihadapan mata Hawa. Hawa kembali lega tatkala Mikail kembali. Mikail datang mendapatkan Hawa.

"Kau pergi mana? " soalan pertama yang diajukan oleh Hawa.

"Dah jumpa kasut? " Mikail membalas dengan soalan juga.

"Dah. Tapi kau pergi mana! " Hawa bertanya kembali.

"Aku pergi tandas jap tadi!" MIKAIL dengan riaksi cemas.

"Huish.. lamanya." Mikail sudah cuak. Takkan la pergi tandas hampir 30 minit .

"Tak... alang-alang aku pergi mesin ATM. And aku beli barang aku sikit " Mikail selamba menjawab. Untuk menghilangkan perasaan syak wasangka si Hawa.
Hawa hanya mengamgguk dan menutup sesi pertanyaan.

"Ha..kau cakap dah dapat kasut jadi mana? Aku nak tengok! " Mikail membuka semula topik membeli kasut.

"Ha! ni, ni. Okay tak kasut ni? " Hawa menudingkan jari ke arah kasut yang sesuai dengan gayanya dan tidak terlalu vogue.

"Humm... boleh la. Tapi tak ada yang lagi tinggi ke? " Mikail mengambil kasut itu daripada genggaman Hawa dan menilik kasut tersebut.

"Okay la tu. Ni dah 5 inci... aku tak biasa lebih dari 5,aku tak pandai nak seimbangkan. " Hawa menunjukkan muka kasihannya kepada Mikail.

Muka Mikail sudah memerah. Dia menahan malu.Selepas kejadian di butik itu. Wajah Hawa sudah tidak tahan dipandangnya. Nampamnya si Mikail sudah jatuh cinta.

'Mikail sedar mikail! ' Mikail menepuk dahinya perlahan. Hawa yang tidak tahu apa-apa hairan sekali dengan tindakan Mikail itu.

"Kau okay ke?" Hawa risau.

"Dah la... nah ambil credit card ni lepastu kita blah! " Kasar kata Mikail. Kad kredit dihulurkan kepada Hawa.

Mereka pulang kerumah masing-masing, Hawa dihantar kerumahnya dan setelah itu Mikail selamat pulang ke kediamannya.

Hawa menaiki tangga perlahan-lahan, sehari suntuk asyik berjalan sahaja.Memilih baju, kasut dan macam-macam lagi. Esok kena pergi cari cincin pulak dengan mama.

'Haih.... Ya Allah. Penatnya....Lagi berapa hari saja aku akan jadi isteri orang.  ' Hawa baring di atas katilnya setelah dia selepas dia sudah mandi. Cincin runang yang tersarung dijarinya dibelek-belek.Dia meletakkan tangan kanannya di atas dadanya.Dia memejamkan mata seketika. Melihatkan yang dia begitu letih, dia terus terlena.

Jam menunjukkan tepat pada pukul 8:15.Hawa mencelikkan mata dan menutup kembali dek kerana cahaya matahari yang begitu terang. Agaknya semalam dia terlupa menutup langsir.

Jam loceng diatas meja dicapainya. Dia begitu terkejut dan matanya yang bulat menjadi lebih bulat.

"Astaghfirullah... apa nak jadi dengan kau Hawa! Isya' kemana, Subuh kemana!" Sepertinya matanya bergenang memikirkan dosanya meninggalkan solat fardu itu! "Haish... " Hawa kesal dan bertaubat kepada Allah.

Dia terus bangun dan mencari baju didalam almari closet. Dia mencapai sahaja apa baju yang sesuai. Sudah seperti tangkap muat sahaja.Dia menyeterika baju untuk dipakainya hari ini.

Dia terus mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Dia keluar dan memakai baju dengan gopohnya. Sebenarnya dia diminta untuk ikut menemani Datin Suhaila untuk pergi memilih cincin mereka.

Hawa sepatutnya bangun awal kerana Datin mahu bertolak adalah pada jam 9 pagi. Hawa cuba untuk cepat. Dia mengambil kunci keretanya. Dia memandu dengan had laju. Tiba-tiba kepalanya sakit, dia berasa pening. Dia teringat kemalangan yang menyebabkan dia terlantar dihospital. Hawa memberhentikan kenderaanya ketepi  dan menenangkan dirinya. Air mata yang bertakung dikolam matanya jatuh sebutir demi sebutir. Tentu sahaja dia masih fobia. Mengimbau kembali bagaimana rasanya apabila terantuk kuat.Semuanya masih segar diingatan.

Dia menyeluk didalam tas tangannya untuk mencari telefon pintar. Dia segera menaip pesanan ringkas buat Datin Suhaila. Memandangkan sekarang baru 9:15 minit pagi. Dia berpesan kepada Datin Suhaila supaya menunggunya sehingga dia tiba.Dia memberikan alasan logikal iaitu jalan jammed.Dia sudah tidak mampu berfikir tentang idea-idea yang lebih logik dan masuk dek akal.

Hawa menghidupkan kembali enjin keretanya. Dia berselawat dan membaca doa  sebelum memegang stereng kereta. Kali ini dia mahu memandu dengan tenang. Tidak terlalu slow dan tidak terlalu rushing seperti tadi.Datin Suhaila pasti akan memahaminya.

Hawa memakirkan kereta dengan baik. Kelihatan Datin Suhaila yang sudah berada di taman sedang duduk sambil menikmati teh. Datin Suhaila memanggil Hawa yang baru sahaja keluar dari perut kereta.

Hawa pergi mendapatkan Datin Suhaila. Disitu juga adanya Mikail, dan Dato Kamal. Sepertinya mesra sekali mereka tiga beranak. Hawa menyalami Datin Suhaila dan mereka berpelukan.

"Aikkk... Hawa menangis ke nak?" Datin Suhaila hairan melihat bakal menantunya itu. Matanya masih tersisa air mata.Hawa sedikit tersentak. Lupa pula dia untuk melihat cermin. Apabila ditegur, cepat-cepat dia mengelapnya.

"Tak ada apalah mama, Hawa tak tutup tingkap tadi maybe habuk masuk dalam mata. Sorry lambat mama. Hawa janji, Hawa tak buat lagi. " Hawa meminta maaf kepada semua, berjanji tidak akan buat lagi sambil mengangkat jari kelengkeng. Comel betul.

Pipi Mikail memerah apabila melihat aksi panas oleh Hawa. Bukannya adegan yang seksa untuk budak bawah umur melihatnya tetapi aksi comel Hawa itu. Mikail sudah tidak tertahan melihat kecomelan Hawa, dia mengalihkan pandangannya.

"Baiklah, tapi mama tak kisah pun. Asalkan Hawa selamat sampai sudah.Hawa dah sarapan?" Datin Suhaila bertanya lagi.

"Ah...umm...belum. hehe" Hawa menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Jomlah Hawa sarapan kejap lepastu kita pergi ya? " Datin Suhaila mempelawa Hawa tetapi Hawa menolak.

"Tak apalah, Hawa boleh tahan.Jadi jomlah kita pergi!"

"Tak de, makan dulu. Alas perut tu Hawa. " Datin memaksa Hawa.
"Yelah, tunggu kejap ye " Hawa malu juga tetapi apa boleh dia buat.

Semua masuk ke dalam perut kereta. Mikail sahaja yang belum masuk. Kebetulan, Hawa duduk dibelakang Mikail. Datin Suhaila setia dibelakang Dato' Kamal.

Datin Suhaila dan Dato' Kamal sudah rancak berbual. Mikail sengaja mahu masuk lambat sedikit. Dia mahu mengusik Hawa. Hawa yang sedang melentokkan kepalanya pada cermin kereta mengangkat kepalanya apabila Mikail mengetuk cermin dengan perlahan.Mikail yang berkaca mata hitam itu memberikan senyuman romantis dan juga flying kiss turut dilayangkan di luar kereta.

Setelah itu, Mikail masuk ke dalam kereta, dia membetulkan cermin pandang belakang dan terpampang wajah Hawa yang sudah menahan rasa malu. Badan dia juga lemah, lahaiiiii....kacaknya itu seperti putera raja yang sedang beradu. Tenang sahaja, ia mampu mencairkan setiap gadis yang memandangnya.

Datin Suhaila memandang Hawa hairan sekali. Dah kenapa la dengan bakal menantu aku tu.

"Hawa, kenapa ni? " Datin memegang bahu Hawa. Memang nampak lemah.

"Tak de pape... Hawa okay..hehe  " mata Hawa pejam celik, pejam celik.

"Ouh...okay lah " Datin kembali menyambung perbualannya dengan Dato'.

Hawa juga telah melentokkan kepalanya pada cermin kereta.
Tetapi matanya asyik memandang side mirror. Sekali Mikail membuka kaca matanya itu dan merenung tepat ke mata Hawa, segera Hawa terkejut dan duduk tegak, matanya terbeliak. Dia membetulkan kedudukannya dan sesekali membetulkan shawl yang terlilit.

Mikail hanya mampu tersenyum apabila melihat Hawa dari cermin pandang belakang. Kalau dah papa dan mamanya itu tiada, mahunya dia gelak melihat Hawa yang kelam kabut itu. Lucu sangat. Comel pun ada.

#support me plis ツ

If love this story... plis⇩
★Vote ★Share ★Coment

#komen anda amat membantu ✔
#cabut dulu↗


SUAMI AKU,BOSS AKU!Where stories live. Discover now