Suami Aku,Boss Aku #39

68.7K 1.9K 33
                                    

Hawa naik masuk ke bilik dengan mimik muka yang sangat marah.Hatinya sakit melihatkan kemesran Encik Abang Suami dan adik perempuan kesayangannya, Hani.

Pintu bilik dihempas kuat dan tidak sempat Mikail hendak melangkah masuk, pintu sudah tertutup rapat membuatkan dia terkejut beruk disitu.

'Dah kenapa dengan si Hawa ni? Nak kata period? Baru ja dua hari lepas dah habis. Betul lah orang cakap,"Perempuan ni complicated" susah betul ada budak kecik ni... nak kena pujuk la ni? ' Mikail terkaku sambil didalam hati berkata kepada Hawa.

"Tok tok tok" Mikail mengetuk pintu untuk memujuk sang puteri yang sedang angin. Entah dia tak sabar pulak nak tengok wajah isterinya yang sedang marah itu.Sesetengah suami ni, part yang paling disukai adalah waktu isteri-isteri tengah marah, tengah merajuk,dan macam-macam lagi. Suka sangat!Pelik bebeno.

TETAPI masih tiada jawapan dari dalam bilik. Hawa masih berada didalam dan duduk di meja solek untuk membuka lilitan selendang.Tiada niat langsung dihati mahu membuka pintu. Tidurlah kau wahai sang suami di luar.

Satu idea yang terlintas di fikiran Mikail adalah.... jeng jeng jeng. Teringat kembali kata-kata sahabat dia yang tiga suku itu...

"....kau buatlah dia cemburu... " bak kata si Syakim.

'Buat Hawa cemburu? Boleh tahan.. kena pulak tu masa dia.. tak apa aku teruskan rancangan Syakim ni.Tak sia-sia jugak kau cakap benda bodoh ni dekat aku.' Mikail menganggap idea itu sangat bernas baginya tapi idea yang kurang bijak bagi korang yang tengah baca ni.

Mikail mengatur langkah dan turun tangga ke tingkat bawah. Dia duduk disofa sambil meleraikan sedikit ikatan tali leher. Dia mencapai alat kawalan jauh dan memilih rancangan yang menarik pandangan matanya.

Hawa yang masih kekal dengan posisinya, pelik. Pelik kerana sudah tidak kedengaran bunyi ketukan dari luar bilik. Dia baru terfikir untuk membuka pintu.

Hawa bangun dan  memegang tombol dan memulasnya.Alangkah terkejut terkangkang-kangkang hawa dimuka pintu apabila dia melihat....

Kelibat Mikail tidak dikesan. Hanya gurauan semata-mata. Hanya hiperbola sahaja.

Hawa menghentak kaki tanda geram.Mahunya tak geram, masa tak bagi masuk, ketuk sana ketuk sini macam orang baiki rumah.Bila dah dibuka pintu, orang pulak tak ada. Apa cerita ini?

'Eeee, sengaja betul la pakcik ni!Saja nak bagi orang bertambah sakit hati.  Jaga kau Mikail, ada ubi ada batas, silap hari, aku pulak yang balas!!!! ' Hawa mengepal penumbuk kecil. Giginya diketap kuat. Dia kembali menutup pintu dan megambil tuala  lalu berjalan ke kamar mandi.

Untuk kali ke-150 juta, mereka tanyakan soalan yang sama~
Bila kau nak dapat anak, aku jawab aku masih lagi anak dara~~~ *lagu ainan tasneem apabila dinyanyikan versi HAWA NAWFA.

Semasa Hawa sedang seronok berkaraoke didalam kamar mandi. Mikail naik ke atas untuk mengambil baju dan membasahkan diri. Kebetulan pula, bilik tidak berkunci dari dalam bilik. Sedang Mikail mengambil baju dan tuala didalam almari. Dia terdengar nyanyian Hawa dengan jelas.Si Mikail sudah ketawa mengekek.

'Orang nak bagi anak, dia yang tak mahu! Huh! Rindu la... kalau awak tak merajuk kan lagi senang... ' maka Mikail pun berHUHUHUHU berseorangan. Dia kembali meninggalkan bilik dan turun ke bawah semula. Badannya juga sudah belengas dan mengeluarkan bau-bau yang tidak menyenangkan.

Selesai sahaja Mikail mandi dan menunaikan solat maghrib berseorangan hari ini buat kali pertamanya tidak bersama isteri tercinta.Dia kembali duduk disofa dan meneruskan aktivitinya sebentar tadi.

Hawa duduk dimeja solek sambil merapikan ikatan rambutnya.Baju juga dikemaskan.Kini sudah sampai masanya dia membalas dendam untuk suami tercinta.

SUAMI AKU,BOSS AKU!Where stories live. Discover now