Pada pagi yang hening itu, Hawa tersedar. Dia berasa agak sesak untuk bangun.Lengan Mikail yang masih memeluk tubuh Hawa.
"Mikail, aku nak bangun ni.Nak solat? " Hawa berkata separuh sesak.
"Tunggu la jap... " kata Mikail yang sedang mamai.
"Hurm... " Hawa duduk tetapi pinggang dijadikan bantal peluk Mikail.
Selepas 5 minit,Hawa bangun dengan perlahan agar tidak mengejutkan Mikail yang kembali tidur.
Hawa mencapai tuala untuk menyiram badannya. Setelah itu solat didirikan terlebih dahulu sebelum mengejut Encik Suami yang sedang dibuai mimpi.
"Mikail... bangun.. subuh dah nak habis ni! Bangun cepat!Aku turun bawah dulu. " Hawa mencuit bahu Mikail supaya bangun menunaikan ibadah. Hawa turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan.
Pada hari pertama mereka bergelar suami isteri. Bagaimana agaknya kehidupan mereka selepas ini.Soalan itu asyik bermain difikiran Hawa. Risau juga la dia.
Sedang Hawa menyiapkan sarapan sambil bercakap sendirian...
"Habis madu, sepah dibuang? Hurm.. " Hawa berkata seorang diri. Kalau orang nampak mesti dianggap gila.
"Apa yang madu, siapa yang buang? " suara Mikail menusuk ke gegendang telinga Hawa. Hawa terkejut lalu memalingkan mukanya. Dilihatnya Mikail dengan tuala dikepalanya menutup sedikit wajah kacak tersebut.
"Tak ada apa-apa.Hehe " Hawa hanya tersenyum.
"Aih.. tak kan baru kahwin sehari dah nak berMadu. Kau nak ke? " Mikail menyilangkan tangannya didada. Perkataan Madu sengaja ditekankan Mikail.
"Kau jangan berani." Hawa menghalakan pisau ke arah Mikail yang jauh dimeja makan.
"Aik.. pisau tu. Tak baik kau buat dekat suami kau " Mikail tersenyum nakal.
"Hehe " Hawa malu.
'Adeh... ape la kau ni Hawa ' Hawa berpaling daripada melihat Mikail.
"Nah, aku buatkan air kopi dan mee goreng je untuk hari ni. Kalau tak sedap kau pergi cari dekat kedai mamak." Hawa meletakkan sepinggan mee dan secawan air kopi panas.
"Semalam kau tidur okay? " Mikail kembali menanyakan soalan.
"Em.. okay la.Kau? " Hawa selamba menjawab.
"Aku? Semalam la tidur aku yang paling nyenyak. " Mikail tidak sedar apa yang dituturnya.
Hawa sudah tergelak terkekek-kekek.
"Pesal kau gelak! " Mikail hairan dengan isterinya itu.
"Em.. memang patut la kau nyenyak. Semalam aku yang jadi bantal peluk.Bukan main sedap kau peluk aku, sesak nafas aku dibuatnya " Hawa berkata. Geram jugaklah semalam.
Mikail yang sedang menghirup kopi panas itu tersedak. Dia langsung tidak perasan yang dia memeluk Hawa ketika tidur. Adakah dia sudah boleh menerima Hawa?
"Yeke.. mana ada la. Memandai je kau ni.Jangan harap. " Mikail menafikan apa yang dikatakan Hawa sambil mengelap baju yang teekena sedikit air yang tersembur tadi.
"Nah, kain. " Hawa memberikan tuala kecik kepada Mikail.Kemudian dia menekup mulutnya menahan gelak.
"Tolong aku jap! " Mikail meminta.
"Ape? " Hawa menyilangkan tangan didada sambil keningnya dijongketkan.
"Datang sini jap! " Mikail memanggil Hawa lagi.
"Yelah,yelah " Hawa datang mendekati suaminya.
"Tolong lap kejap! " Mikail meminta.
"Pesal kau ni, ada tangan lap la sendiri " Hawa mendengus.
YOU ARE READING
SUAMI AKU,BOSS AKU!
RomantizmMuhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut s...