Hawa cepat-cepat menyusun langkahnya dan berlari keluar daripada melayan karenah si Mikail tu.
Mikail? Sudah pasti dia mengekek, geli hatinya melihat Hawa yang tengah geram itu.
'Rancangan kecil aku dah berjaya!' MIKAIL tersenyum nakal.
MALAM menjelma, Hawa menginap disitu beberapa hari.Semua sudah berada di ruang tamu dan duduk disofa empuk itu.
"Alhamdulillah... selamat sudah kamu berdua bertunang. Kurang la rasa risau papa dekat Hawa ni.Dia masih lagi remaja. Yang Mikail ni dah boleh berkahwin dah. Sebab tu papa jodohkan kamu berdua." DATO ' KAMAL seperti biasa memulakan mukadimah beliau.
"Ye bang! Kurang sikit risau saya ni dekat Hawa. " Datin Suhaila sudah berpuas hati.
'Hmm...tulah sibuk sangat nak menantu... anak kandung sendiri diabaikan! ' Mikail mendengus seperti budak kecil.
"Aunty, Uncle... Hawa nak...cakap sikit boleh....? " takut-takut je Hawa bersuara.
"Kenapa Hawa? Cakap je... ape yang Hawa nak tanya? " Datin memegang tangan Hawa.
"Hawa ingat... Hawa nak balik kampung nenek la untuk tiga hari" Hawa bersuara.
"satu lagi... Hawa nak ambil cuti jugak! " Hawa membuat muka comel untuk meminta belas dari Dato' dan Datin.
"Hawa nak buat apa?Nanti dekat sana, sapa nak jaga Hawa?Hawa tak takut ke tinggal sorang diri? " Datin bertanya dengan soalan yang bertubi-tubi.
"Jangan risau, Hawa boleh duduk sorang-sorang, Alah apa nak ditakutkan dekat kampung tu... hehe... lagipun Hawa nak balik sebab nak melawat kubur arwah ibu,papa dengan nenek. Dah lama Hawa tak lawat diaorang! " Hawa dengan nada kesian meminta harapan agar dia diizinkan.
"Tapi dengan syarat.... Mikail perlu hantar dan ambil Hawa! Mama tak kasi kalau Hawa naik bas! " Datin mengizinkan Hawa tetapi dengan bersyarat.
"Oh...baik Aunty! " Hawa menundukkan mukanya.
"Dah Mikail nak naik bilik! " Mikail geram... balik balik nama gadis itu naik... tak boleh sekali pun dia berhenti dengar nama Hawa tu ditelinganya.
"Mikail! Duduk sekejap. Papa nak cakap dengan kamu! " Dato' Kamal mencelah.
"Ape lagi pa? " Mikail mencebikkan mukanya.
"Ni pasal kerja kamu!Dah seminggu lebih kamu pulang dari U.S tapi tak kerja lagi! " Dato Kamal berkata.
"Jadi bila Papa nak suruh Mikail mula bekerja? " Mikail duduk kembali di sofa itu.
"Sehari selepas kamu hantar Hawa? Macam mana? " Dato Kamal bersuara lagi. Kali ini perbincangan anak beranak itu pula.
"Boleh je pa! " Mikail sudah kembali senyum.
"Ha.. naikla ke bilik kamu! Papa nak tanya yang tu je! " Mikail akur dengan kata Papanya.
"Hmm.." Mikail naik ke atas.
"Hawa...kamu pun naik la! Mesti penat harini kan? " Datin mencelah.
'Hm... memang penat sangat. Memang penat sangat tengok karenah mamat otak tak berapa nak center tu.' HAWA berkata di dalam hati.
Mikail yang sudah menapak kaki setapak naik ke atas dan Hawa membuntuti Mikail.
"Cepat sikit boleh tak? " Hawa geram dengan Mikail yang sengaja lambat-lambat berjalan menaiki tangga.
"Sabar la Minah! " Mikail pula menunjukkan berangnya.
"Hergh! " Hawa mendengus.
"Woi Minah! Kau boleh tak diam!" Mikail yang sudah tidak tahan itu berhenti dan terus berpaling ke arah Hawa yang berada di belakangnya.
YOU ARE READING
SUAMI AKU,BOSS AKU!
RomanceMuhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut s...