Suami Aku,Boss Aku #20

80.4K 2.4K 20
                                    

Sedang Hawa melihat semua baju didalam butik tersebut.Hawa sudah penat membelek baju. Mikail hairan dengan Hawa. Macam tu ke perempuan bila nak pilih baju. Patutlah berjam-jam kalau shopping.

" Ummm...Hawa,Mikail tengok dulu baju tu sebab Aunty ada urusan dekat butik di bangi. Jadi aunty akan suruh pekerja aunty tolong tengokkan dekat kamu berdua ya. Maafkan aunty. Lagipun aunty tengah rushing ni. Sarah, dia akan tolong Hawa to make the right decision. Okay. " Datin Marisya yang agak kelam kabut meminta diri daeipada Hawa dan Mikail. Pekerjanya iaitu Sarah pula yang menggantikan Datin Marisya.

"okay aunty. " Hawa menyalami tangan Datin Marisya sebelum dia pergi.

Mata Mikail tertancap pada satu busana jika dilihat amat seksa sekali bagi Hawa yang muslimah itu.

"Hawa! Look at this! Great? " Mikail tersenyum nakal sambil mengangkat ibu jarinya.

Mata Hawa membuntang dan sempat lagi dia menelan air liur.Baju yang terdedah pada bahagian belakang dan juga bahagian dada.Jika dia seorang yang free hair sudah lama dia setuju tetapi dia masih lagi waras.
Dia mengendahkan sahaja dan tidak berkata-kata setelah Mikail menunjukkan busana tersebut.
Mikail sengaja memainkan dia. Sikap Mikail itu yang membuatkan Hawa susah sangat nak menerima dia.

Hawa sambung membelek baju sehingga dia mendengar namanya dipanggil semula. Tetapi dia tidak mengendahkan kerana dia tahu Mikail akan mengenakan dia lagi. Sudah puas dikenakan. Hawa memekakkan telinganya.

"Hawa! Hawa! Tengok ni! " Mikail terjerit kecil.

Kali ini Mikail memang serius. Sebenarnya sudah tidak tahan menunggu Hawa yang sudah lama membelek-belek baju namun tiada perkembangan. Jadi Mikail mengambil keputusan untuk mencari busana mengikut citarasanya.

"Hawa! " Mikail sekali lagi memanggil Hawa. Melihatkan Hawa yang sedari tadi tidak menyahut atau tidak berpaling. Mikail berjalan menuju ke arah Hawa.

Sekarang Mikail sudah berada  dihadapan Hawa bersama baju pengantin ditangannya.

"Nah! Ambil ni pakai aku nak tengok! Cepat... sekarang! " Mikail membisik di telinga Hawa.

Hawa terkejut lalu mancapai busana tersebut dan masuk ke dalam fitting room. Dia selesai mengenakan baju pengantin tersebut ke atas badannya. Dia kelihatan begitu cantik dan shawl yang terlilit pada kepalanya masuk sekali dengan baju itu.

'Bagus jugak mata kau, Mikail. Cantik pulak! Good taste! Not bad huh? ' Hawa sempat memuji dirinya. Eh bukan dirinya tetapi baju tersebut.

"Hawa... dah siap belum? " Mikail bertanya kepada Hawa.

"Jap jap sikitttt je lagi "kata Hawa yang sedang touch-up shawl dan melabuhkan pada bahgian dada.

Sarah berjalan ke arah Mikail dan melabuhkan punggungnya ditepi Mikail. Mikail yang berkaca mata hitam itu hairan melihat pekerja Datin Marisya yang sedari tadi sudah tersengih seperti kerang busuk itu.

'Pehal pulak minah ni! Tak pernah tengok orang kacak ke apa? ' Mikail memuji dirinya.

Walaupun Mikail berkaca mata hitam tetapi matanya sesekali memandang Sarah sambil menjeling panas ke arahnya.

Sarah yang sedang seronok sendirian mendekatkan dirinya pada Mikail.Mikail masih lagi tenang dan menyilangkan kakinya.

'Haih... kalau kau datang sini nak teman adik kau.Dah lama aku try kau.Ni perempuan tu tunang kau. Tak ade chance aku nak mengayat.hergh ' Sarah mengomel didalam hati.

Hawa yang sudah selesai membetulkan tudungnya bersedia untuk keluar. Dia menyelak kain tirai itu dan melangkah setapak. Dilihatnya aksi panas Mikail dan Sarah. Sarah yang sedang cuba untuk memaut lengan Mikail tidak sempat apabila kelibat Hawa sudah berada diluar bilik persalinan.

SUAMI AKU,BOSS AKU!Where stories live. Discover now