Di dalam bilik, Hawa sedang mengikat rambutnya di depan meja solek setelah selesai mandi dan juga solat.
"Kenapa tak bawa aku masuk je dalam bilik ni!" Hawa hairan .
"Ke ada apa-apa! Ke dia tipu aku! Dia... Angkat...aku.. Semalam?" bermacam-macam persoalan timbul di benak Hawa.
"Oh...ye tak ye la...bilik ni tingkat paling atas.Mana nak larat nye Datin angkat aku!" Hawa sudah mencapai selendang dan menutupi kepalanya.
Hawa turun ke dapur untuk menolong Mak Jah. Tak lama kemudian, Datin Suhaila dan Izz turun untuk sarapan.
"Hawa dah selesai solat?" Datin Suhaila bertanya kepada Hawa yang sedang sibuk menolong Mak Jah.
"Dah.. ma..mama... hee" kekok jugalah Hawa membalas.
Datin hanya tersenyum puas. Izz yang duduk di atas kerusi mengajak Hawa dan Mak Jah bersarapan bersama.
"Kak Awa,Mak Jah jom la makan sama!" Izz memanggil mereka berdua.
"Kejap,sayang." Hawa membalas sambil tersenyum ke arah Izz.Kebetulan Mikail yang sudah turun,sampai didepan Izz.Dia terdengar panggilan 'sayang' ,terkejut lalu tersadung pada kerusi.
Hawa melihat kejadian itu,apalagi gelak sakan dan sempat mengalirkan air mata .Itu memberikan suatu kepuasan baginya. Dia mengelap air mata dan kembali memperbetul semula tudung dan wajahnya.
Mikail menahan sakit, ibu jari kakinya diusap-usap beberapa kali.Sakit!!siapa yang tak sakit.
'Kau siap Hawa,kau gelakkan aku ye!Siap kau dekat pejabat nanti!' Mikail geram.
Datin Suhaila,Mak Jah dan Izz hanya tergelak kecil.Namun diendahkan sahaja si Mikail.Kata anak jantan,apa la sangat kalau nak dikirakan dengan tersadung kecil tu.
"Awak tu jangan perasan sangat ye!Bukan 'sayang' tu dekat awak!" Datin Suhaila berseloroh sambil mata mengerling ke arah Mikail.
"Hihihi!" Hawa tergelak tanda faham apa yang dimaksudkan oleh Datin Suhaila.
'Hawa,kau sorang je yang lebih!Malu pulak!Ah...biar la ape kurangnya diaorang ..gelak jugak kan' Hawa berkata didalam hati dan tangannya masih bergerak mengacau sup cendawan.
Setelah selesai ,Hawa menutup api dan mencapai mangkuk besar untuk dimasukkan kedalamnya. Dia baru sahaja mahu memasukkan sup ,Datin menyuruh supaya berhenti dan memintanya sesuatu.
"Dah..dah...Hawa tolong Mama jap boleh?" Datin Suhaila mengambil senduk dari Hawa.
"Ye..boleh Ma.Ape die?" Hawa bersedia menolong.
"Ambilkan minyak angin untuk mama dekat atas jap!Kesian Mikail,sakit jugak Mama tengok!" Datin Suhaila bisik ke telinga Hawa.
"Ouh...okay" Hawa melihat Mikail yang sudah murung wajahnya.
'Lahai....parahnye sakit kau tu!Hidup tak menyusahkan aku,tak senang!Tu la kau Hawa,gelak sangat dekat orang.Kan dah susah!Tak pelah bakal hubby punya pasal,lautan api sanggup kurenang tau!' Hawa sempat ber jiwang karat. Hahaha.
Hawa naik ke atas dan mencari minyak angin,botol minyak angin diambil dan segera turun ke bawah. Melihatkan ketiadaan Mikail dimeja makan mahupun ruang tamu , hati Hawa sudah panas namun mukanya beriaksi tenang sahaja.
"Ma,Mikail mana?" Datin sudah cuak dengan soalan Hawa.
"Maaf la Hawa,susahkan kamu,Mikail dah keluar pergi office." Datin sepertinya acuh-acuh menjawab soalan.
"Ouh..yeke tak apa!Bukan salah mama pun!" Hawa hanya tersenyum hambar.
'Aku Dah Agakkkk!!!! wuish...Ariff Mikail!!!!Huih!!!#-$-36#-hdwgsngs;#*#+#*#62jahqhwan' Hawa merapu di dalam hati.
YOU ARE READING
SUAMI AKU,BOSS AKU!
RomanceMuhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut s...