SEOUL INTERNATIONAL AIRPORT
Jeon Jungkook menolak bagasinya yang agak berat lantas dia memberhentikan langkahnya dan mengeluarkan Iphone dari poket seluar.
"Hello hyung,where are you?" kata Jungkook sambil menanggalkan kaca mata hitam yang dipakainya.
"Wait! Hyung on the way ke sana." balas lelaki itu yang tengah berada di hujung talian.
"Okey."
"Hi Encik".
Jungkook mendengar ada suara yang halus menegurnya, membuatkan dia sedikit terkejut. Dia menoleh badannya ke belakang. Jungkook melihat seorang gadis yang sedang tersenyum ke arahnya hingga menampakkan kedua-dua belah lesung pipit gadis tersebut.
"Hurmm..What do you want?" soal Jungkook kepada gadis itu.
"Encik nak beli bunga?lagipun kami tengah bagi diskaun sebanyak 5%." gadis itu tersenyum.
"Buat apa aku nak beli, lagipun bunga-bunga yang kau jual ni nampak layu. Oh pleaselah." Jungkook membuang pandangannya ke arah lain.
"Tapi encik.."
"Takde tapi-tapi." Jungkook pantas memotong kata-kata gadis itu. "And more thing, aku nak kau blahhh sekarang! Buat menyemak jer!".
"Encik, saya.."
"Dah aku tak nak dengar apa-apa yang keluar dari mulut kau. Kau pergi blahhh!!!!!!".
Gadis tersebut menundukkan sedikit kepalanya. Dia mengambil bakul bunga yang berada diatas lantai dan berlalu pergi dengan hati yang membara.
"Muka je handsome tapi perangai macam harimau. Elok lah harimau dengan dia, aku tengok muka pun dah nak sama."
=================
Park Seul menolak daun pintu kedai Beautiful Flower Shop dimana tempat dia bekerja. Dia meletakkan bakul bunga di atas meja sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Oitt Seul, apasal aku tengok muka kau masam macam limau kasturi jer ni?" sapa Halla iaitu rakan sekerja dan rakan karibnya dari sekolah rendah lagi.
"Takde pape pun, cuma aku bengang dengan sorang mamat ni,kurang ajar tau tak." Park Seul mencebik bibirnya.
"Heol, apa yang mamat tu buat sampai kau bengang macam ni?" tanya Halla sambil mengambil tempat duduk di tepi sisi kawannya.
"Kau tau tak, ada ke patut dia cakap bunga yang kita jual ni nampak layu. Then belum aku habis cakap lagi, dia suruh aku blahh. Huhh!gila!" luah Seul. Geram.
Jung Halla menggosok belakang badan kawannya supaya bertenang. "Biarkan jelah mamat tu, well mamat yang mulut macam tu mesti orang kaya kan. Diorang tu suka menghina org je dan juga suka berlagak."
"Hurmm, tapi menyakitkan hati tau. Geram aku nak lenyek-lenyek biar jadi kentang lenyek. Aku benci gila dengan mamat poyo tu."
Jung Halla ketawa kecil. "Kau ni, jangan lah benci dia sangat. Tak pasal-pasal nanti mamat poyo tu jadi Mr. Husband kau."
"Hekheleh, simpang jalan ke-44 lah. Tak ingin aku nak kahwin dengan dia. Boleh mati awal aku kalu hidup dengan harimau tu." Park Seul menunjukkan reaksi mukanya yang agak serius.
Jung Halla menggeleng-gelengkan kepalanya. "Dah-dah, daripada aku duk dengar cerita kau yang nak sampai klimaks mengarut tu, baik aku sambung kerja."
"Hekheleh,kau jugakan yang tanya aku. So aku ceritalah.".
====================
I Need You Girl~
Jeon Jungkook tersedar dari tidur apabila handphone miliknya berdering. Dia membuka sedikit kedua-dua belah matanya lantas mengapai handphone yang berada di atas meja bersebelahan dengan katil.
"Ya, hyung? kenapa call Kookie malam-malam ni?" soal Jungkook.
"Omo.. omo.. suara kamu ni macam baru bangun dari tidur je? By the way, kamu tak keluar pergi club ke malam ni?"
"Hurmmm.. Kookie mengantuk lah hyung. Lain kali lah Kookie pergi." suara Jungkook kedengaran sedikit serak.
"Okeylah kalau macam tu. Kamu teruskan jelah misi membuat peta kat atas bantal tu. Bye." Kim Taehyung ketawa kecil.
"Hurmm.. Ok.. bye-bye"
Jeon Jungkook meletakkan kembali handphone miliknya di atas meja. Di fikiran hanya ada satu iaitu menyambung balik tidurnya. Sebelum tidur dia mula teringatkan gadis berlesung pipit yang telah dia marahi di airport siang tadi.
"Lantak dia lah! Sapa suruh dia jual bunga tu dekat aku. Padan muka.Huhh.."
P/s: Author akn smbung ff ni nanti holiday..Maaf jika ad t'typo/bow/..u.u