Park Seul mengeluarkan semua bahan-bahan seperti sayur-sayuran dan daging dari peti untuk dimasak. Dia mengambil getah rambut yang berada di dalam poket seluar lalu mengikat rambutnya yang panjang.Kedua-dua belah earphone di sumbat ke telinganya dan punat 'play' pada mp3 yang berwarna merah jambu ditekan.
"Yeay, lets get it started." Park Seul menyanyi keriangan dan tangannya lincah melakukan kerja-kerja memasak.
"Yes I'm the bad boy so i like the bad girl ! Yeah!! "
Jeon Jungkook yang menonton televisyen di ruang tamu terus menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak ku sangka tak ku duga suara isteri aku macam pontianak melalak atas dahan pokok. Hari-hari kalau dengar suara perempuan tu menyanyi gamaknya boleh pecah telinga aku. Terus berubah jadi mamat pekak. Kau ada?
"Dont tell me bye bye~ (Run) You make me cry cry! ".
Jungkook menekup telinganya dengan kedua-dua belah tangan. Akibat tidak dapat tahan dengan kemerduan suara isterinya, dia bingkas bangun dan meniti anak tangga satu-persatu untuk ke bilik.
"Haishh, duduk dalam bilik lagi tenang dari tengok televisyen dekat ruang tamu sambil dengar pontianak melalak." Jungkook merebahkan badannya di atas katil. Merasakan berat matanya untuk dikuak, jejaka itu mengambil keputusan untuk tidur. Maka bermulalah sesi memproses air liur basi dan tahi mata.
Setelah bertungkus-lumus di dapur selama sejam, akhirnya segala makanan siap dimasak. Tangan dibasuh hingga cuci sebelum gadis itu menghidangkan makanan di atas meja makan yang terlalu besar buat mereka berdua. Tidak lupa juga disediakan jus anggur sebagai langkah berjaga-jaga jika ada yang tercekik makanan nanti.
"Siap!" kelihatan Park Seul begitu berpuas hati. Tanpa membuang masa, dirinya menjengah ke ruang tamu menjenguk suaminya yang berkemungkinan sudah lapar.
"Takde?" kepala yang tidak gatal digaru. "Dalam bilik la tu." Seul mencemik. Mahu tidak mahu, anak tangga menuju tingkat atas di daki malas.
"Awak.." pintu diketuk.
"Makanan dah siap." beritahunya.
Tiada sahutan dari dalam. Hampir lima minit Park Seul berdiri dihadapan bilik Jeon Jungkook. "Nak makan ke tidak?" omel dirinya perlahan. Tombol pintu dipulas segera. Kelihatan Jungkook lena diulit mimpi. Dengan terjingkit-jingkit, Park Seul cuba menghampiri katil bersaiz king tersebut.
"Eun Soo..Eun Soo-ya"
Serta-merta Park Seul kaku. Eun Soo? siapa Eun Soo? Bekas teman wanita dia ke? Persoalan tersebut mula menjadi tanda tanya dalam dirinya. Entah kenapa tiba-tiba hati gadis itu dipagut cemburu. Rasa sakit dan pedih bagai dihiris belati.
Perasaan yang bercampur-baur disaat ini diketepikan segera. "Awak~bangunlah." paha Jungkook dicuit beberapa kali.
Mata yang terpejam rapat kini celik. Wajah tersenyum Park Seul menyapa pandangannya seketika sebelum gadis itu kembali cemberut.
"Apa dia?" Jungkook bersandar pada kepala katil. Matanya digosok-gosok.
"Makanan dah siap. Saya tunggu awak kat bawah" jawab Park Seul lantas berlalu pergi tanpa sedikit pun melihat muka suaminya.
Aku kena ambil tahu juga siapa gadis yang bernama Eun Soo tu. Kalau dia tu girlfriend Jungkook tapi mesti si Kook tu dah lama kahwin dengan dia. Haishh, serabutnya rasa kepala otak ni. Tapi asal aku sakit hati hah. Ishh!! Dengus hati Seul yang tidak tenang.
Jeon Jungkook memandang pelik isterinya. "Kau ni apasal? Sekejap gigit kuku, sekejap serabaikan rambut. Macam orang gila pun ada aku tengok muka kau ni." Jungkook melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan Park Seul.
Seul menjeling suaminya. "Kalau saya gila bukan awak ambil kisah pun." bidas Park Seul sambil menghulurkan semangkuk nasi putih kepada Jungkook.
Jungkook merampas dengan kasar mangkuk tersebut. "Suka hati kau lah nak cakap apa pun tapi aku nak tanya kau ni. Kau masak apa ni hah, bodoh?"
Amboi amboi amboi~ Sebelum kahwin sampailah kahwin, asyik aku je yang kena cop bodoh. Kau nak sangat ke isteri kau ni bodoh duk pegang sudip sambil ketuk-ketuk kepala macam orang gila, hah? Lagipun orang bodoh mana boleh hafal-hafal resepi bagai. Gila betul. Rungut Park Seul.
"Woi! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"
"Saya dengarlah. Saya masak makananlah. Takkan masak pasir dengan lumpur pula."
"Memanglah bukan pasir tapi aku tak nak makan makanan yang ni." bentak Jeon Jungkook.
Getah yang terikat pada rambut ditarik kasar. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas. Kini Park Seul kelihatan tertekan dengan sikap jejaka tersebut. "Ni pun salah awak juga. Tadi saya tanya awak nak makan apa then awak jawab 'apa-apa jelah'. Bila saya masak, tak nak makan pula." jarinya ditunding tepat ke wajah Jungkook
Jungkook tersenyum sinis. "Dah! Aku tak nak makan." sudu dihempas kasar ke atas meja.
"Degil." omel Seul perlahan. Sup rumpai laut dicurahkan ke dalam mangkuk berisi nasi kemudian digaul-gaul, cukup serbati. Park Seul tersengih.
"Awak, ada something dekat gigi awak. Cuba awak nganga, saya nak tengok."
Ada something? Bagaikan pak pandir yang lurus bendul, dinganga seluas boleh mulutnya. Peluang keemasan tidak harus dilepaskan, sudu berisi nasi bercampur sup rumpai laut disumbat segera ke dalam mulut suaminya.
"Liat sangat nak makan kan, rasakan." mangkuk dihempas ke atas meja. Dengan langkah tergesa-gesa, Park Seul berlalu pergi dari dapur.
"Seul!!!!!!!!!!" bibir diketap geram. Sungguh dia terkena dengan gadis itu.
Makanan yang terhidang dihadapan mata direnung seketika. Perut mendendangkan lagu Arirang membuatkan Jungkook menelan air liur. Sudu pantas dicapai. Sup rumpai laut dihirup.
Sedapnya. Tak sangka pula si Patrick tu pandai memasak. Bisik hati Jungkook.
Tidak sampai 10 minit, semua makanan selamat masuk ke dalam perutnya.
Bburppp~~
Jejaka itu sendawa. Dia tersenyum. Bak kata pepatah, kenyang perut senang hati.
P/s: okey,,dh siap..mian cause dh 3 hri x update..kalu x best..komen jer.. :'3