"Aigoo." keluhan dilepaskan usai Jeon Jungkook membersihkan sisa darah di bahagian bawah hidung dan bibir Park Seul. Sesekali mata itu mencuri tumpu wajah isterinya yang tampak begitu pucat sekali.
"Kau kenapa Seul? Makin lama makin kerap kau pengsan dan hidung selalu berdarah? Kau ada sembunyikan sesuatu ke Seul? Kau sakit?" terbit kerisauan di hati Jungkook. Dengan teragak-agak, pipi mulus Park Seul disentuhnya.
''Lembut.'' bagaikan terpukau dengan kelembutan pipi gadis itu, Jeon Jungkook ketawa halus. Kini, pipi Seul dicubit dengan berani.
Alahai, macam kuih mochi. Geram nak gigit. Tapi sayang nanti kau dah tak cantik kalau aku gigit.
"Huishh, apa ni? Relax, Kook." sedar akan tingkahnya, cepat-cepat Jungkook menampar kedua-dua belah pipinya.
Bini kau sakit tapi sempat lagi kau buat lawak bodoh. Jeon Jungkook, Jeon Jungkook.
Lelaki itu bingkas bangun dari katil namun duduk kembali apabila menyedari ada pergerakkan kecil dari Park Seul. Wajah gadis itu diamati lama sehinggalah Jungkook kaku tiba-tiba. Seul menghadiahkannya satu senyuman sebaik mereka bertentang mata.
Walaupun dalam keadaan sakit, boleh pula kau senyum ya Seul? Aku tahu, ianya senyuman palsu. Kau tak nak buat aku risau kan?
"Uhm..aaa..kau..kau dah ok?" gagap dan kekok Jungkook menyoal. Cukup terasa debaran di dadanya.
"Saya ok." jawab Seul ringkas diiringi satu senyuman. Dia tahu Jungkook risau akan dirinya melalui riak yang terpamer di wajah lelaki itu.
"Seul, kau tak nak pergi hospital ke? Buat check up. Manalah tahu kau ada penyakit ke apa?" Jungkook memberi cadangan. Berderau darah Park Seul apabila mendengar soalan dari suaminya. Kalau dia buat checkup, mesti rahsianya akan terbongkar. Dia tidak mahu Jeon Jungkook tahu tentang penyakitnya.
"Eh, hmm. Hospital ek?" Park Seul menelan air liur.
"Yelah, hospital. Takkanlah aku nak kau buat checkup dekat kandang kuda pula." bidas Jungkook.
"Apasal? kau takut ke macam mana?" sambung jejaka itu lagi kemudian tergelak besar.
Banyak kau aku takut dengan hospital tu. Aku takut kau tahu rahsia aku je. Biarkan aku sorang yang menanggungnya. Aku tak nak kau tahu.
"Mana ada saya takut. Alah awak, tak payahlah. Nanti saya menyusahㅡ"
"Tak menyusahkan pun." pantas Jeon Jungkook memotong percakapan isterinya. Terdiam Park Seul seketika.
Sejak bila Jeon Jungkook jadi macam ni? Caring semacam je?
"Tapi awak, hmm. Saya okeylah. Ni perkara biasa. Saya tak ada penyakit yang bukan-bukan. Dari kecil lagi saya macam ni. Saya dah jumpa doktor. Doktor cakap antibodi saya tak kuat." bohong Park Seul dek terpaksa.
Harap-haraplah Jungkook boleh termakan dengan pembohongan kali ini dan mungkin juga buat kali terakhir.
"Kau ni degil jugak kan? Aku suruh pergi tapi tak nak." Jungkook berpeluk-tubuh. Park Seul sekadar mencebik.
"Yelah, yelah. Malas aku nak paksa. Kalau kau pengsan lagi, malas aku nak layan." ujar jejaka itu dengan nada sedikit serious, hakikatnya dia sekadar berseloroh.
"Pheww." Seul menghembus nafas kelegaan. Termakan juga si Jungkook dengan pembohongannya yang ala kadar itu.
"Aku nak ke dapur dulu. Nanti aku datang balik." Jungkook mengorak langkah ke arah pintu. Park Seul hanya mengangguk dan memerhatikan susuk tubuh Jeon Jungkook yang mula keluar dari bilik dan hilang dari pandangannya.
"Aish." wajah diraup kasar. Air mata yang bergenang kini merembes membasahi pipi. Perit dan sakit. Betapa peritnya untuk gadis itu berterus terang tentang penyakitnya. Betapa sakitnya bila dia terpaksa berbohong dan berpura-pura menjadi seorang insan yang ceria.
Wajah disembam ke bantal. Park Seul terus menangis dan menangis sehinggalah dia tertidur lagi.
*****
Pintu dikuak dari luar. Jeon Jungkook melangkah masuk ke dalam bilik dengan menatang dulang berisi semangkuk bubur dan segelas susu suam. Langkahnya disusun berhati-hati hingga ke katil.
"Aigoo." dulang diletakkan ke atas meja setelah beberapa buah buku dialihkan. Kini wajah Park Seul yang terlena dibuai mimpi diamati. Matanya kelihatan bengkak."Dia menangis ke?" tebak Jeon Jungkook. Segera jejaka itu menghenyak punggungnya ke birai katil.
"Seul, bangun. Aku ada bawa makanan" pipi Seul dicubit geram.
"Eung." kesakitan yang terasa pada pipi membuatkan Seul terjaga dari tidurnya. Apabila mata dicelik, wajah Jungkook menyapa pandangannya dan Seul sedikit terkedu. Jungkook tidak henti menyentuh dan mencubit kedua-dua belah pipinya.
"Ishh awak ni, sakit tau tak? Ingat pipi saya ni macam kuih ke apa? yang boleh cubit-cubit tu." bebel Park Seul. Tangan Jungkook ditolak jauh.
"Amboi, ni kira nasib baik tau aku cubit pipi kau." Jungkook tersenyum sinis.
"Ke kau nak aku simbah kau satu baldi air baru kau nak bangun?" kali ini Jungkook tergelak besar.
Tengok! perangai still sama. Bila la nak berubah? Suka sangat menganjing orang. Sakit hati tau tak. Nak je aku lempang-lempang muka kau biar berbirat. Biar tak handsome.
"Oii! oii! oii Patrick! mengelamun jauh lagi nampak? Dah sampai mana? Malaysia ? Indonesia atau Dubai?" jari dipetik beberapa kali.
"Suka hatilah nak mengelamun ke apa..yang awak kisah kenapa?" jelingan maut dihadiahkan kepada Jungkook.
"Banyaklah kau. Dah, makan bubur tu. Alang-alang bubur tu masih panas. " arah Jungkook tegas.
"Awak yang masak ke?" silih berganti wajah Jungkook dan semangkuk bubur yang masih berwap dipandang.
"Tengoklah siapa. Ini Jeon Jungkook. Bukan Jeon Biskut" seloroh Jungkook dan pada masa yang sama turut berbangga kerana berjaya memasak bubur. Sedap atau tidak, itu lain cerita.
"Mesti sedap punya." Seul tersenyum nipis. Tidak sabar dirinya untuk merasa bubur buatan Jungkook.
"Eh eh eh, mestilah sedap. Aku yang masak." mangkuk dihulurkan kepada Seul.
"Aku nak keluar jumpa Taehyung hyung. Ada urusan. Kau makan sampai habis. Kalau tak siap kau." Jungkook menggugut.
"Baik, encik suami." Seul mengangguk akur.
p/s : Finally!!! author nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada readers yang masih support fanfic author yg ni. Author sayang sama kamu. 🙆💕 Tbh, author dah malas nak sambung tapi demi korang, author akan endkan fanfic ni. Okeh. 👍🙈💕 Harap suka part ni. 🌞💕